Wednesday, February 3, 2016

Throwback : Santai Hari Sabtu (30.01.2016)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari Sabtu yang lalu aku bawak anak-anak berjimba sambil ambil angin luar. Cheh kau ayat hahaha...Ye la, si husband seawal Subuh lagi dah keluar ke ulu untuk pegi memancing dengan anakbuah dia. So, kitorang dekat rumah tak tau nak buat apa.

Lepas breakfast, mandi-manda dan aku pun siap cuci dan jemur kain, kitorang keluar cun-cun jam 12 tengahari. Aku terus bawak dorang pegi jalan-jalan di SuperSave dulu kemudian kitorang masuk ke Limbang Plaza. Aku bawak dorang pegi playground dekat Pezzo & Sugarbun.

Ingatkan nak kena bayar kalo main dekat sana. Rupanya tak juga. Tapi, notis pembayaran ada je dilekat dekat dinding menghadap playground tu. Keee pekerja dorang cuti pada hari itu? Ah lantaklah sebab takde orang pun pergi kutip bayaran dekat kitorang. Budak-budak lain pun selamber je main dekat situ.


Agak-agak dalam 30 minit dorang main, Chang2 dengan Adik Icha dah start sibuk nak makan. Lapar katanya. Aku pegilah beli makanan dekat Sugarbun. Kitorang makan je dekat situ sebab memang tempat makan pun hahaha...Aku tak dapat nak makan sangat sebab meja tempat kitorang duduk makan tu betul-betul menghadap aircond. Sejuk plak seluruh anggota badan sampai menggigil. Aku kan memang tak tahan sejuk. So, aku pergi kaunter SB aku minta bekas untuk tapau makanan kitorang bawa balik rumah. Chang2 dengan Adik Icha pun makan ala-ala je sebab masih sebok nak main. Aku bagi masa lagi dalam lebih kurang 30 minit lepas tu kitorang pun bergerak untuk balik.

Sebelum balik tu aku singgah dulu pergi hospital sebab nak bawa Chang2. Badan dia panas sikit. Dah jumpa MA, dah dapat ubat barulah kitorang betul-betul bergerak untuk balik ke rumah. But, sebelum balik tu sempat lagi menyelfie dalam kereta hahaha...


Sila muntah berkati-kati ye hahaha...Kitorang anak-beranak memang macam hini la perangainya hahaha...So, sila bawak bertenang dan bawak bersabar kihkihkih...

Sampai rumah, kitorang terus duduk makan. Sib baik aku tapau bawa balik makanan kitorang tadi. Kalo tak memang terpaksa la aku masak hahaha...Dah la time tu dah masuk jam 3 petang. Gitu gini, lepas makan and lepas bagi Chang2 makan ubat, dorang pun tido. Kepenatan agaknya. Aku pulak pergi naik atas untuk kemas bilik tidur kami.

Kemas punya kemas tak sedar masa tup-tup dah jam 6. Dah nak masuk Maghrib. Dalam aku mempercepatkan daya mengemas, tetiba aku dengar Adik Icha memanggil aku dari bawah. Aku sahut la juga, aku kata "mama di atas ni". Lepas tu, aku tunggu dia naik, tak jugak naik. Kali kedua, Adik Icha panggil lagi. Aku pun ulang kembali ayat sebelum tu. Masih jugak tak naik-naik. Last-last, aku yang turun. Sekali aku turun, eh? Budak berdua tu masih tidur. Aik? Sapa yang panggil aku tadi? Ah, sudah! Aku dah start seram-seram kuku dah. Aku terus bangunkan dorang. Kan dah dekat nak Maghrib. Aku pun terus pasang semua lampu dan tutup pintu dan semua tingkap.

Seram pulak rasanya. Sapa la yang panggil aku tu?