Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Acaner nak jadi blogger yang matang eh? Rasa macam susah je sebab aku ni pun jenis yang tak matang-matang lagi even dah status mak orang hahaha...
Acaner nak jadi blogger yang matang eh? Rasa macam susah je sebab aku ni pun jenis yang tak matang-matang lagi even dah status mak orang hahaha...
Seriously, aku nak sangat jadi seorang penulis blog yang matang. Tadi aku baru je terjah blog my kesayangan My Little Parade. Dia ni sangat matang. Dari segi penulisan pun aku suka. Aku kenal dia dari FB. Nama FB dia dulu Kotak Hitam. Gambar-gambar yang dia post semua cantik. Lepas tu, kitorang bersua muka pertama kali bila dia announce dekat FB nak cari freelance MUA untuk mekapkan talent untuk sesi outdoor photoshoot.
(Klik Gambar Untuk Direct Ke Blog Beliau)
Best berkolaborasi dengan beliau. Sangat kelakar jugak kadang-kadang. Ada beberapa siri kolaborasi kitorang. Sampai kitorang berkonvoi dari Sandakan - Kota Kinabalu - Kuala Penyu untuk hadir majlis perkahwinan adik lelaki kepada salah seorang ahli Sandakan Photography Lover. Aku plak jadi mak andam terjun masa tu disebabkan pengantin perempuan terlupa nak tempah mak andam sempena majlis perkahwinan dorang. Soon to be known rupanya keluarga pengantin perempuan merupakan saudara mara aku sebelah bapa. Lepas tu kitorang berkonvoi balik dari Kuala Penyu - Kota Kinabalu - Kudat - Kundasang - Sandakan. Semua perjalanan tu hanya dalam tempoh tiga hari sahaja. Korang boleh baca tentang tu dekat >>> Trip To Kuala Penyu <<< dan >>> Sandakan Photography Lover <<<
Beliau juga sekarang memiliki sebuah kedai buku yang diberi nama Hipsta. Lokasi kedai ; Harbour Mall, Sandakan. Cari je kompom jumpa. Dia pun ada tulis zine sendiri. Aku dah beli. Harga dia RM 7 je. Isi kandungan dalam zine ni ada sikit-sikit diambil dari tulisan dalam blog dia juga.
Tu diaaa zine yang diberi tajuk Yang Terdalam
Best kan dapat capai impian...Beliau dulu memang selalu mengimpikan nak ada kedai buku ala cafe. Sebelum beliau dapat memiliki kedai buku sendiri beliau bergiat aktif di dalam aktiviti Kedai Buku Jalanan. Aktiviti selain membaca dan menyewa buku, beliau juga adakan aktiviti mendeklamasi sajak dan busking. Semua ni show live ni depan orang ramai. Beliau selalu buat dekat area Harbour Mall tu juga tapi di kawasan luar bangunan la. Bukan dekat dalam bangunan Harbour Mall. Sambutan? Sangat menggalakan. Nak tau apa pekerjaan beliau? GURU.
Best kan? So, jangan kasi lama, pergi terjah blog beliau sekarang!
2 comments:
Kematangan lahir dari kejujuran.. Kejujuran menulis melahirkan gaya kita sendiri. Saya pon tak matang... :P
japg nak blogwalking sana
Post a Comment