Assalamualaikum Salam Sejahtera Kepada Anda Semua Semoga Bahagia!!!
Haaa...tajuk entri kali ni merupakan ucapan salam yang aku selalu taip pada setiap entri aku. Sebagai pembuka katalah kiranya. Tapi, kalo korang perasan kata salam ini sebenarnya aku ambil dari lirik lagu Assalamualaikum dari Kumpulan Rabbani.
Mula-mula dulu aku tak terfikir tau. Kadang-kadang main taip je entri tanpa ada kata-kata salam. Aku pun tak ingat sejak bila aku start mulakan kata salam tu.
Tapi, aku ingat juga antara sebabnya ialah bila aku mula follow blog Maria Elena, dia selalu taip, Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalo jawab sayang. So, mungkin la dari situ aku terus terfikir nak letak kata salam.
Lepas tu, salah satu penyebabnya adalah aku sentiasa teringat dekat classmate aku yang bernama Norizah. Dia ni sikit lagi jadi pangkat mak mertua aku disebabkan dulu aku bertunang dengan anakbuah dia. Ye la, dah dia bersepupu dengan abah kepada ex-tunang aku, so memang jatuh pangkat jadi mertualah padahal kitorang sama umur dan sama kelas kot hahaha...
Kawan aku ni memang gila-gila. Aku memang takde kawan yang bajet tak gila hahaha...sebab aku sendiri pun memang gila. Setiap pagi, asal dia mula melangkah kaki untuk masuk ke dalam kelas memang dia akan bagi salam dekat semua orang sambil nyanyi lagu ni kuat-kuat. Biar satu kelas dengar katanya. Dah la kelas kitorang tu semua perempuan, dah nama juga SMK. Perempuan kan hehe...Kadang-kadang cikgu dekat bawah pun selalu tegur dia sebab suka bagi salam kuat-kuat hahaha...
Tetiba rindu dengan zaman sekolah. Dah 11 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. Last tingkatan 6 atas pada tahun 2004. Tahun 2005 aku jadi penganggur sejati. Selepas 3 tahun menanam jagung dekat kampung dan berkelana sana-sini dengan pelbagai jenis pekerjaan,17 Mac 2008 barulah aku berjaya diterima sebagai penjawat awam.
Nostalgia sungguh.
Nostalgia, nostalgia jugak. Aku sebenarnya dah terkena Monday Blues, tapi memandangkan hari ini dah 01hb maka aku dengan rasminya sibuk dengan persediaan membuat laporan bulanan untuk dihantar ke Ibu Pejabat. Tapi, sekarang ni aku masih lagi struggle untuk menyiapkan task untuk mengemaskini data peserta Azam Kerja yang ditugaskan oleh pihak Ibu Pejabat. Bukan sikit nak update wooo...data 66 orang peserta tuuu...Jumaat lepas aku sempat update data sehingga 38 orang sahaja memandangkan server jadi slow. Nasib baik dari pagi Jumaat tu aku dah dapat update data seramai 25 orang peserta. Sebelah petang aku cuma dapat update data untuk 13 orang lagi. So, total memang 38 la.
Hari ini aku kena siapkan baki data untuk 28 orang peserta lagi. Dari jam 10.00 pagi tadi aku dah siapkan sebanyak 7 data peserta. So, masih berbaki 21 lagi. Dah la esok due date. By the way, Chayo chayo kataku kepada diriku hahaha...
Hari ini aku kena siapkan baki data untuk 28 orang peserta lagi. Dari jam 10.00 pagi tadi aku dah siapkan sebanyak 7 data peserta. So, masih berbaki 21 lagi. Dah la esok due date. By the way, Chayo chayo kataku kepada diriku hahaha...
Ngelat je ko ek. Mentang-mentang server down sekejap tadi kan hahaha...
2 comments:
As salam. selamat bertugas pd hari isnin yg biru! huhuhuhu..abam kie folo sini ye? no 360. tq.
Salam knl kak...thnks sudi myinggah ke blog lya
Lya org bfrt tpi tgl kat kingtgn ikut suami brtugas d cna
Post a Comment