Friday, February 19, 2016

Nak Panjat Gunung Tapi Tak Tercapai, Kali Ni Nak Panjat Bukit Pulak

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

(Gambar pinjam dari Google)

Rasanya dah bertahun-tahun menyimpan hasrat nak memanjat Gunung Kinabalu tapi tak kesampaian. Jeles tau tengok orang lain dah sampai dekat atas puncak tu. I is the very the jelly. Korang macam mana? Ade ke yang dah sampai ke puncak Gunung Kinabalu???

Rasanya, rasanya la...mungkin impian tu hanya setakat impian sahaja. Tapi takpe. Tak dapat panjat gunung, kite panjat bukit la pulak. Dekat Limbang ni ada Bukit Mas. Aku masih belum merasa trailnya lagi. Kata orang sini boleh tahan jugaklah. Tahun 2013 aku dah merasa naik turun bukit semasa dalam sesi melawat peserta e-Kasih di Kg. Bahagia, Long Napir yang memakan masa 45 minit berjalan kaki. Semput jangan kiralah, nak putus usus aku memanjat bukit bukau. Nak-nak lagi dengan badan sado aku ni huhuhu...

Korang boleh baca kisah Trip To Long Napir di sini >>> PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 <<<

Dekat kampung mak aku jangan ceritalah. Memang kawasan berbukit jugak. Sedangkan rumah mak aku di atas sikit berbanding rumah nenek aku. Tapi, boleh je main panggil orang dari beranda rumah. Sepelaung je kata orang hahaha. Mungkin sebab tu suara kami besar dan lantang sebab sekali laung tu mau jugak pakai udara dari perut hahaha...

Dekat Semenanjung pun banyak lagi bukit-bukit yang menarik kan. Aku cuma tau selama ni Bukit Broga je. Tu pun sebab dah ramai kawan-kawan Semenanjung post dekat FB. My BFF, Norazalifah pun dah sampai di sana. Mencik! Korang boleh tengok 10 Bukit Di Semenanjung Yang Kaki 'Hiking' Wajib Panjat At Least Sekali.

Nampaknya, aku kena tanamkan azam untuk mengurangkan lagi lipatan lemaks di badan aku mulai tahun ini. Boleh ke idok? Sama-samalah kita tengok nanti ye.

5 comments:

nora razalli said...

tkpe..pnjat bukit dlu
nnti ade la tu rezeki panjat gunung kinabalu :)



JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

Just said...

nasib baik sdh sdh naik gunung kinabalu time muda remaja.. 2x la jg naik. ada jg rasa mo cabar diri sendiri lg skrg ni tp mampu ka... muahahah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

heee mana tau dpt pnjt nanti kan kak..

Fiza Rahman said...

Bestlah dah ada pengalaman panjat bukit. Teringin nak gi broga. Tapi tak tau bila ☺☺

Cik Roxa said...

hahaha tak pernah naik bukit apatah lagi gunung.. kejap aje pancit :p