Wednesday, February 10, 2016

4 Hari Bergelumang Kain

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Empat hari cuti dari hari Sabtu hingga Selasa bukanlah waktu untuk aku berjimba sakan sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri untuk menyettlekan segala kain main tudung mudung aku yang berselerak dan terkeluar dari almari Narnia ku hahaha...

Sabtu tu aku cuma mampu tengok je la kain-kain tu sebab aku sibuk nak siapkan breakfast, dah tu siapkan anak-anak...lepas tu barulah aku sendiri bersiap dan menconteng muka untuk hadir ke majlis perkahwinan geng keras kitorang seperti di entri ku yang sebelum ini.

Ahad, aku cuci segala kain main dulu. Tudung mudung belum lagi. Sebab kain main masih bergelumang dan bergelut dalam bakul di atas bilik. Mana lagi yang sedia ada di dalam mesin basuh. Boleh tahan.

Isnin, barulah aku konsentrasi mencuci segala mak shawl, makcik pakcik kepada tudung masuk instant, halfmoon, fullmoon dan segala moon moon...lain lagi satin bawal, ikan bawal, ikan kekek mak eloi eloi hahaha...

Aku cuma sempat snap gambar ini je. Tu pun baru terfikir nak snap time nak angkat kain dari jemuran. Eh, angkat tudung la hahaha...


Ini baru sebahagian. Sebahagian yang lain sudah dicuci awal sebelum cuti 4 hari. Bukan nak ngeshow yang aku ni banyak tudung, tapi ini masalah malas nak mencuci ni. Lepas tu, masalah utamanya jugak di sini adalah...walaupun banyak tudung, aku tetap suka pakai tudung yang sama berulang kali kerana satu faktor je...sebab aku malas meng-iron hahaha...

Selasa. Baru ada masa mau lipat kain baju and simpan tudung mudung ke tempat yang sepatutnya. Dan aku jangkakan perkara ni cuma akan berulang lagi 365 hari akan datang hahaha...

Sekian.

No comments: