Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Ini cerita semalam yang membuatkan darah aku membuak-buak! Ececeh...kemain ko jah hahaha...Errr tapi ini cerita betul la.
Ini cerita semalam yang membuatkan darah aku membuak-buak! Ececeh...kemain ko jah hahaha...Errr tapi ini cerita betul la.
Cenggini.
Petang semalam aku ajak anak-anak pergi main di playground dekat area open air. Nama taman tu ialah Taman Kenangan. Kiranya dah agak lewat kami bertolak tapi demi kerana nak tunaikan janji dengan anak-anak, kitorang pergi je la dekat sana.
Sampai di sana, ramai jugak la bebudak main di playground tu. Aku siap bawa dua botol air mineral untuk bagi budak berdua tu minum kalo dorang haus. Masuk je kat situ, Chang2 dan Adik Icha mula melebarkan sayap masing-masing. This is my territory katanya hahaha...

Abang sempat membuat sign Peace dan si Adik mengkhayal di atas majestic ride nya
Mainan peberet Adik Icha
Semua gambar di atas adalah sebelum semuanya dimusnahkan akibat beberapa insiden kecil. Budak-budak, biasalah. Terutama Adik Icha yang agak sukar untuk mengalah walaupun dengan orang lain. Kalo dia nak main yang itu, dia nak jugak. Walaupun aku dah beberapa kali cuba tukar minatnya kepada permainan lain. Tak macam abang, abang sangat mengalah sampaikan dia dah tak tahu nak main apa lagi sebab mainan lain dah di conquer oleh bebudak lain. Aku tak kisah. Budak-budak kan.
Sampailah ke satu insiden. Ada sorang budak kecil ni, aku agak umur dia dalam 2 tahun menuju ke tiga tahun la kot. Sebab dia masih pakai pampers. Budak lelaki. Adik Icha, pantang dia kalo bila time dia nak main ada orang tiba-tiba potong line. Masa tu dia nak main papan gelongsor. Aku dah pujuk Adik Icha, aku kata, "biarlah adik tu (rujuk kepada budak lelaki tadi) main dulu, nanti Adik Icha ikut dekat belakang". Adik Icha mulai buat muka marah and muncung sedepa. Ah, sudah. Tapi, entah kenapa tetiba budak lelaki tu nak pukul Adik Icha. Adik Icha nak balas tapi aku cepat-cepat larang. Dia tak jadi balas. Akan tetapi, perkara yang membuatkan aku naik darah tetiba bila budak lelaki tu meludah dekat Adik Icha. Otomatik aku tertinggi suara, aku kata 'Ey!".
Mata aku masa tu dah melilau mencari mana dia makpak budak tu tapi takde, lepas tu baru aku perasan ada dua orang kakak dia (sebab muka sebijik) pun main dekat situ. Tapi, dah kakak budak tu asyik bermain, dorang dah tak hiraukan adik dorang tu tadi.
Aku paling pantang sekali bila main ludah-ludah ni. Even orang yang dewasa yang suka meludah sana-sini pun aku dah hangin, inikan pulak budak-budak yang masih kecil main ludah-ludah. Chang2 dengan Adik Icha aku tak pernah ajar untuk meludah lebih-lebih lagi bila nak meludah dekat orang. Pantang sangat! Aku sendiri pun meludah hanya selepas memberus gigi. Itu saja.

Dah tu, aku suruh Adik Icha turun dan aku bawak dorang jauh sikit dari tempat main tu. Aku saja nak cool down kan emosi aku dan suruh budak berdua tu rest sekejap. Aku bagi dorang minum sambil duduk dekat replika kerbau dalam pagar.
Wajah murung Adik Icha dan wajah blur Chang2
Aku saja biar dorang main dekat pagar tu sementara nak cool down. Dah minum dah cool semua, budak-budak kata nak main lagi. Aku tengok budak kecik tu pun dah takde so aku pun ajak dorang main lagi dekat playground tu.
Masa tu tinggal sorang budak je lagi yang duduk dekat playground tu. Dia duduk dekat gelongsor yang macam terowong tu. Masa tu Chang2 dah asyik main papan gelongsor yang rata je. Dia tak berani main yang ada terowong tu. Adik Icha pula, memang peberet dia yang ada terowong tu.
Taaaaaaaaaaaapiiiiiiiiii, haaa kau! Budak yang duduk dekat gelongsor terowong tu tak bagi Adik Icha masuk la pulak. Sekali aku tengok, lahhh...budak ni kakak kepada budak kecik tu tadi. Hurmmm...baru je nak cool down, dah nak naik darah lagi.
Aku kata dalam hati, takpe. Sabar je la. Budak-budak kan. Aku suh Adik Icha main permainan lain. Dia main jugak la papan gelongsor yang rata dan yang ada gelombang sikit-sikit tu. Tapi, tau la Adik Icha cepat bosan sebab dia nak juga main yang ada terowong tu.
Budak tu kemain lagi, bila Adik Icha nak masuk dari bawah, dia turun ke bawah. Bila Adik Icha nak masuk dari atas, dia blok dari atas. Saje je nak buli anak aku. Dah la depan mak dia kan. Aku kata dekat Adik Icha, main yang lain lagi la k.

Dah tu Adik Icha pun dah moody. Nak juga main yang ada terowong tu. Budak tu pun tanak berganjak dari situ. Adik Icha pun marahlah. Lepas tu, aku ajak Adik Icha main gelongsor yang ada gelombang. Dekat situ baru aku nampak budak tu nak tarik kaki Adik Icha. Aku diam lagi. Bila Adik Icha dah turun ke bawah dan nak naik masuk ke dalam terowong, budak tu turun ke bawah jugak untuk blok dekat situ supaya Adik Icha tak dapat masuk.
Aku dah tak boleh sabar. Budak tu besar dah kot. Aku agak dalam 7 @ 8 tahun macam tu. Direct je aku sound budak tu, "Kau pahal ar?!"...ehehe takde la. Nampak macam gangster sangat diriku. Aku cakap camni, "Kau kenapa? Tempat ni semua orang boleh main. Bukan kau punya sorang. Bagilah dorang main dekat sini". Pap! Aku perasan jugak muka aku merah padam sebab aku terasa bahangnya. Aku bukan saja nak suka-suka sound anak orang tapi agak-agaklah. Dah macam adik-beradik pembuli. Dari yang kakak sampailah ke adik yang kecil tu.

Lepas tu, perlahan-lahan budak tu beredar dari situ dan ikut jejak kakaknya yang sorang lagi main jongkang-jongket. Aku biar je la Chang2 dengan Adik Icha main dekat situ dalam 10 minit lagi. Time dorang main tu, ada je bebudak yang baru datang main dekat situ tapi takde la nak buli budak yang lain. Habis tempoh 10 minit, aku pun ajak budak berdua tu balik. Sempat aku usha budak perempuan yang tadi tu. Dia dah tak bermain lagi. Lepas tu, aku tengok kakak dorang yang sorang tu pegang adik lelakinya dan bawa budak tu ke playground tu semula. Mungkin kakak dia dengar kot masa aku mula-mula terrr tinggi suara.
Lantaklah.
Balik rumah, aku rasa macam poyo je aku marah dengan bebudak tu. Tapi, sebagai ibu sakit hati aku tengok anak-anak aku kena buli depan mata.
No comments:
Post a Comment