Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Syukur Alhamdulillah...Kereta Dah Sihat!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam, si husband dapat panggilan telefon. Rupanya dari orang yang melanggar keretaku tempoh hari. Dia kata keretaku dah siap dah...Yay!!! So, pagi ini my husband pergi ke workshop. Sementara tu, aku terpaksa angkut anak-anak naik opis sekali. (Sib baik boss xda hehehe)...

Tadaaa!!!

Syukur alhamdulillah. Akhirnya aku dah dapat drive kereta sendiri. Serius, aku seriau bawa kereta orang walaupun kereta tu kereta baru dan selesa. Barang orang kan. Anyway, aku sangat berterima kasih kerana orang tu bertanggungjawab malahan menjaga kebajikan kami yang ketiadaan kereta selama seminggu dan siap isikan minyak kereta lagi. Full lagi tu. Terima kasih sangat.

Sementara kami menunggu si husband pergi workshop, kami (aku dan anak-anak) sempatlah juga pose dengan props dekat kaunter depan yang dibuat khas oleh staff opis sempena Hari Natal yang mendatang. Ada banyak sebenarnya props tu, tapi since Chang2 dengan Adik Icha ter-over-eksaited dengan props2 tu, maka aku stopkan dorang dari terus eksaited hahaha...

Chang2 dengan misai melentik dan Adik Icha dengan topeng ala-ala rimau gituh!

 Abaikan rupa wajah Chang2 yang agak setim di situ sebab dia x sihat sebenarnya. Selsema dan batuk. Mula-mula Chang2 demam, lepas tu selsema daaan terus pakej batuk sekali. Esoknya, mamanya la pulak yang kena. Lusa, giliran Adik Icha plak yang kena. So, ini memang pakej family la ni hehehe...Tinggal si Mr. AIL saja yang masih terselamat. Kuat sangat antibodi dia kan. Aum!

So, kepada mereka yang xda idea macamana perkara perlanggaran tu boleh berlaku bolehlah baca di SINI untuk cerita throwback nye yeee...

Thursday, March 17, 2011

Syukur Alhamdulillah Hari Ini Banyak Kisahnya

Alhamdulillah...

Tadi aku dengan kawan seopis cek status pengesahan dalam perkhidmatan...bila bukan website SPA, ini yang aku dapat...


Masih x puas hati kami call lagi kementerian dan SPA sekali...so benda ni memang sudah confirm...kebetulan plak 17 Mac 2008 tarikh lantikan ke perkhidmatan...hari ni genap 3 tahun tarikh lantikan...aku lapor diri 27 Mac 2008...belum genap la 3 tahun...aku dapat berita yang menggembirakan...so memang confirm la 17 Jun 2010 adalah tarikh pengesahan dalam perkhidmatan aku...syukur alhamdulillah...

Hari ni jugak aku isi borang KPSL...teruja bai...tapi sambil tu aku tetap cek update mengenai permohonan aku yang ini...


Masih belum ada kabar berita...tapi aku tetap tunggu...sebab tu la sekarang ni teruja gila isi KPSL sebab exam KPSL untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 adalah bulan Mei ini...mulai sekarang aku kena rajin2 la baca buku Undang-undang Buruh...wajib!!!

Kisah lainnya pulak hari ini besday bestie aku nun di KK sana...sapa lagi kalo bukan Noor Suziana Malli aka Bibs...yang aku x sempat jumpa hari tu...T_T...tapi apa2pun still wishing her the best...

Dalam gembira tetap ada sedihnya, hari ni jugak genap sebulan pemergian 'dia' yang tersayang...semoga Allah swt cucuri rahmat ke atasnya...hati ini sangat rindu dengannya...harap2 aku akan terus tabah menghadapi dugaan dariNya...Insyaallah...

Pssst : terus semangat mo wat kerja...(konon!padahal sibuk blogging hahaha...)