Tuesday, February 16, 2016

Update Tercepat!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Dah tak terupdate dalam beberapa hari ini. Bukan apa. Sebab sekolah dah start balik. Rutin harian persekolahan pun bermula. 

Dah tu petang semalam, hadir meeting dekat Pejabat Residen menggantikan boss. 

Hari ini, satu hari menghadiri Taklimat Petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak. 

Esok pulak, bakal hadir meeting sekali lagi dekat Pejabat Residen bagi menggantikan boss memandangkan esok pegawai dari Jabatan Akauntan akan datang ke opis untuk membuat audit kewangan. 

Lusa, dah nak prepare slide untuk ceramah kerjaya yang bakal diadakan di Dewan Suarah sempena Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan & Masyarakat yang akan dirasmikan oleh menteri KPWKM sendiri. Event berlangsung pada hari Sabtu ini. Penceramah pula, aku sendiri la huhuhu...

Jumaat, buat preparation terakhir untuk barang pameran yang akan dibawa ke Dewan Suarah sempena program SATU tu nanti.

Masak!

No comments: