Wednesday, February 17, 2016

Feeling Down!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


Entah kenapa tetiba feeling down pulak hari ini. Mungkin disebabkan awal pagi lagi aku dah terhidu bau rokok. Kena lagi time perut tengah kosong. Terus mood swing. Aku dah pesan banyak kali jangan nak merokok dalam kereta, tapi entahlah. That smell is killing me hardly. Bukan softly keyh...hard!

Dah la perut aku ni sensitif pada bau-bauan. Sensitif sangat. Bayangkan sajalah, aku tak boleh nak pakai perfume di awal pagi sebab gastrik aku akan naik otomatik-ly. Bau rokok? Perut dan kepala aku akan meragam. Bau teh pun sama, mesti perut rasa berangin dan memulas-mulas. Tu baru bau tau, belum lagi kalo minum teh.

Aku paling tak faham kenapa ada sesetengah orang boleh tahan dengan segala bapak kepada bau-bauan yang macam tu. Pernah sekali, aku tunggu bas nak gi keje. Ada sorang laki mana entah, dari jauh aku dah terbau minyak wangi dia. Otomatik perut aku berangin dan aku start loya-loya. Pening dia jangan cakap la. Apa jenis perfume yang dia pakai tu aku pun tak tau. Keee dia tertumpah perfume dekat baju dia. Huhuhu...Sudahnya, sampai je ke opis terus aku jadi singa. Rosak mood satu hari.

Aku ada baca pasal kisah bau-bauan ni dekat >>>SINI<<<. Memang pergh la punya bau tu. Giler hahaha...Macam mana lelaki boleh tahan dengan bau-bauan yang sangat menyengat perut?

Dan, salah satunya tu ada aku sebut dalam entri ni. Pasal bau rokok dalam kereta. Ingatlah, wahai encik lelaki, kalau korang jenis yang merokok, silalah kasihan pada ister/anak/orang di sekeliling anda. Janganlah biarkan nyawa isteri/anak/orang di sekeliling anda terancam.

Aku sangat tidak suka dengan bau rokok. Huh!

2 comments:

dwatyKNY said...

samalah... saya juga... kat opis ni... kadang budak2 lelaki pas g merokok berckp... kuat tul baunya...

Nabila Syifa said...

sama lah. sy xtahan asap n bau rokok.