Showing posts with label annoying. Show all posts
Showing posts with label annoying. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Annoying!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kau rasa perlu ke kau nak tetiba cerita perihal orang lain dekat aku walaupun orang tu rapat dengan aku?

Kau rasa WAJIB ke kau nak tau perihal kehidupan orang lain yang langsung takde kaitan di dalam kehidupan kau walaupun kau tinggal berjiran?

Aku rimas dengan orang macam nih. Takde angin takde ribut tetiba ajak cerita pasal perihal kehidupan orang. Aku yang rapat dengan dia pun aku takde sibuk nak tanya perihal hidup dia melainkan dia sendiri cerita dengan aku.

Aku dah la sibuk struggling nak kemas meja, alih-alih kau buka topik pasal hal orang. Eh, aku takde masa nak campur hal orang lebih-lebih hal peribadi. Sama jugak aku tak suka kalau orang lain sibuk nak ambil tahu pasal kehidupan aku tanpa aku rela nak bercerita tentangnya.

Kau pergi main jauh-jauh. Aku tak suka. Titik!

Wednesday, September 25, 2013

Jerawat tersembunyi di dagu...annoying tau?!!!


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Arghhh!!!Aku x suka x suka x sukaaa!!!Memang la muka aku ni jarang-jarang berjerawat, setahun sekali pun payah sebab kulit aku jenis kering, bukan jenis yang berminyak...tapi tu la...bila sudah datang menyerang, tiba-tiba datang dari dalam dan sakitnya ya ampun!!!...macam juga rupa jerawat batu tapi x timbul...apa niii aaaaaaaa!!!Tensen aku...peh!!!

Ni mungkin sebab akhir-akhir ni aku kurang tidur kot...ya ka???Selalu jugak kurang tidur...arrgghhh!!!Apakah ini semua!!!Ceh...reaksi tulisan jak lebih, tapi sebenarnya muka aku time taip post ni is pokerface hahaha...propa jak lebih...hahahaha...


Pssst : lepas ni aku mo post pasal aktiviti aku jalan-jalan semalam hewhew...