Wednesday, April 27, 2016

Hilang Nikmat Kesihatan...Suara Jadi rock! Yeyearghhh!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Curi masa sikit untuk update. Ekceli aku baru lepas dari buat Lawatan Kemajuan ke premis majikan bersama seorang pegawai tadi.

Seperti yang korang tau @ tak tau hahaha...minggu lepas aku ke Miri untuk bertugas sempena Program Penempatan Pekerjaan (3P) Bahagian Miri yang diadakan di Permy Mall, Miri pada 23 hingga 24 April baru-baru ni.

Hari Jumaat, 22hb tu ada taklimat untuk petugas program. So, kitorang bertolak awal. Hari Khamis dah bertolak dari Limbang ke Miri. On the way tu, dari Brunei lagi dah ada hutan yang tepi jalan tu terbakar. Sampailah ke Miri di area berhampiran CIQ Sungai Tujuh tu. Jerebu jangan ceritalah. Bau asap masuk ke dalam kereta.

So, malam tu aku dah start pening-pening lalat. Rupanya demam. Esoknya, selepas breakfast kitorang gerak la ke Pejabat Tenaga Kerja Miri for the taklimat. Selepas taklimat tu, aku tolong mana yang patutlah. So, aku tolong susun box yang ada isi stationeries yang perlu digunakan semasa program berlangsung nanti. Aku susun punya susun sampailah ke part rubber band yang tebal kaler putih tu aku serender. Bukan apa, bau getah baru keluar dari kedai tu sangat menusuk hidung dan membuatkan aku pening nak muntah. Mau tak mau, aku tebalkan muka pergi mintak panadol dengan orang opis PTK Miri.

Lepas makan panadol dua biji, aku lepak sekejap dalam pantry opis tu. Kawan-kawan lain ajak juga ke tempat tapak program tapi aku tak larat. Aku rest sekejap. Hilangkan pening. Dah ok sikit aku sambung buat kerja. Sebelah petang barulah aku dengan kawan sorang lagi pergi ke tapak program. Sampai malam. Malam tu aku tapau je. Makan dekat dalam bilik hotel.

Esok, masih demam tapi mild fever je. Masih lagi boleh bawa badan. Bersiap seawal jam 5.30 pagi sebab nak kena berada di tapak program jam 7.00 pagi. So, dalam demam pun aku sempat menconteng gak hahaha...

Walaupun dah conteng pakai mekap, nampak jugak muka tu muka sakit kan...huhu

Program Berlangsung : Day 1

Program Berlangsung : Day 2

Mekap : Day 2...mata dah merah...pakai lipstick MN Kiss Proof No. 14 untuk cover muka pucat

Hati manyak sinang sebab dah selesai dah program. Time selfie di tempat kejadian adalah jam 5.40 petang.

Food hunting dekat bandar Miri. Aku lapaq nak makan burger kambing + nasik tapau. Sakit, sakit jugak. Tapi, selera makan tetap macam dinosor hahaha

Ok. Mekap yang mana satu yang korang suka? Please vote hahaha...nak tau jugak kan.

Tapiii...apa yang pasti, hari Isnin tu kitorang dah on the way balik Limbang. Dalam perjalanan tu jugaklah aku dah start batuk-batuk mungkin sebab aircond kuat plus jerebu dekat luar. Suara semakin lama semakin rock. Sampailah ke hari ini. Nak bercakap pun susah. Batuk tak henti. Hingus pun asyik meleleh je huhuhu...Nak tengok bukti??? Meh aku tunjuk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/

Kesian kan. ~(^,^)~

Wednesday, April 20, 2016

1st Mini Giveaway by CikNurul

*Klik Sini* 
(Sila Klik Banner Untuk Join) 

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Ini second giveaway yang aku join for bulan April. So, kepada yang berminat tekan je banner tu untuk join ye :D

Friday, April 15, 2016

Hakikat Sebenar

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ini aku nak buat perbandingan tentang masalah kulit wajah aku yang semakin di mamah usia huhuhu...Tahun ni kan aku dah 31 tahun hahaha...tua dah...

Baik...aku kongsikan dulu gambar aku yang telah di terisixti kan...hahaha...

Effect Camera 360

Nampak cam flawless jak kulit muka ku kannn...Hari ni, seperti hari-hari biasa aku memang tak mekap sangat. Cuma lukis kening je. Segala macam kerim, foundation...even mascara pun aku tak pakai. Cumanya, ini ada luar biasa sikit sebab aku pakai contact lens kaler brown. Jangan tak tau, aku jual contact lens ye ngeee...

Ok. Sekarang meh tengok kulit wajah aku yang sebenar.


Tedenggg...Kening pun tak kemas hahaha sebab hari-hari aku selalu nak kejar masa, takde masa nak kemaskan kening tu. Lukis je apa yang ada. Daku memang jenis spesis yang kureng bulu kening dan juga bulu mata so jangan heran kalo korang gagal mencari di mana letaknya bulu mata ai hahaha...

Jeragat manja dah mula muncul dek kerana daku selalu jugak berkerja di bawah pancaran matahari. Jangan ingat aku ni kerja just duduk melekat dalam opis k. Daku pun selalu berkerja outdoor. Mata merah sebab tak cukup-cukup tido. Ada jerawat malu-malu kucing jugak dekat situ yang nak tak nak je keluar. Dahi dah ada kedutan halus kerana daku kalo seteress daku akan selalu mengerutkan kening tanpa sedar hahaha...

Aku buat ni bukan apa. Sekarang aku tengah nak promote dua jenis produk iaitu Perlaking dan Ellaine Skin Care (sebab daku dah jadi dropship untuk kedua-dua produk ni). Nak tengok gambar jugak? Haaa meh sini aku belanje gambar dua produk ni.

Gambar totally ambil dari En. Google ye

Yang atas ni Perlaking. Sekotak ada 30 sachet serbuk mutiara asli. Makan style kemam je.


Yang ini sekerinshot dari hp aku

Yang ini Ellaine Skin Care. Ada Facial Cleanser, Toner, Cream Day & Night. Kata supplier aku, aku dropship pertama yang berasal dari Sarawak. Hehe. 

Produk lain yang aku jual ialah Ey Legacy Foundation.




Cantik kan???

Aku belanja lagi satu gambar yang aku main conteng-conteng muka hehe...

Tadaaa...the power of make up...dari muka makcik kepada muka bebeh...hihihi

Jauh bezakan dari gambar yang pertama tadi tu. Moralnya di sini, aku kena mula jaga pemakanan dan mula ambil supplement dan produk penjagaan kulit yang betul demi kerana tak nak nampak macam makcik-makcik hahaha... 

So, if korang nak bertanya apa-apa bolehlah WhatsApp aku ye. Ini pertama kali aku mendedahkan nombor talipon aku dekat dalam blog.

#SayaJualContactLens
#Perlaking
#EllaineSkinCare
#EYLegacyFoundation
#TrustedDropship
#IGReseller

Sebarang pertanyaan bolehlah WhatsApp 012-8134672

~(^,^)~

Wednesday, April 13, 2016

Mini Segmen by Syaidah Seha

*Klik Sini* 
(Sila Klik Banner Untuk Join)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Silakan join kepada yang sudi. Ni 1st segmen yang aku join pada bulan April.

Tuesday, April 12, 2016

It's Been Long~~~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

It's been long kan. Last entri 05.04.2016. Fuh! Cun seminggu tak berupdate. Aku masih dalam mood swing. Penat belum terbayar lagi walaupun dari hari Khamis minggu lepas aku ambik cuti. Means aku cuti 4 hari la. Tapi, kerja dekat rumah pun bertimbun. Mana nak layan anak-anak lagi. Mana nak layan customer lagi. Boleh tahan la jugak tahap stress dia hahaha...

Ada rasa nak cuti lagi tapi takleh la pulak. Dari hari Isnin tu masih struggle nak siapkan last report yang terpaksa tidak dihantar last week due to system error. Well, kitorang ada website yang menyimpan data berkenaan perkhidmatan pekerjaan. All of the data kena generate from this website we call LMD. So, dari 1st April tu lagi website tu tak dapat nak access.

Apa-apapun sebelum tengahari tadi aku dah send report tu dekat HQ. So, for the time being aku free sekejap la. Esok-esok bizi lagi. Minggu depan nak kena kerja outstesen la pulak. Minggu depan aku pegi Miri sebab kena jadi petugas import hehehe...

Dan, selain daripada aku membebel pasal kerja, aku nak bagitau aku dah launch my new IG Shop yang diberi nama Liyyah Shop. Tadaaa!!! Boleh kelik gambar ye. Dia terus ke link IG Shop hamba~~~

Liyyah Shop 

Tak banyak lagi gambar dekat dalam tu sebab aku masih dalam proses mengumpul gambar testimoni untuk di edit dan letak watermark. Penting tau watermark ni. Orang tak boleh suka-suka nak copy paste gambar yang kita gunakan untuk tujuan promosi. Yang gambar dekat dalam IG aku ni of course aku dapat dari supplier, mujur supplier tak letak watermark sebab dia nak mudahkan kerja kitorang untuk kerja-kerja edit mengedit.
 
Sejak adanya IG Shop aku ni, aku tiba-tiba rasa eh? ke mana masa pergi? eh? eh? eh? Eh dah jam 1pagi? Eh dah 12 haribulan? Eh? Eh? Eh? Haaa kau. Aku tak cukup tangan, mana nak edit testimoni, mana nak edit gambar bagi cantik cun utk simpan dalam IG. Aku nak jual dan nak c.o.d barang ready stok yang ada dekat rumah lagi...ohhh i believe i can fly~~~


Dan aku terbaca satu artikel ni, memang kene sangat ah dengan situasi diri aku sekarang. Aku terlalu sibuk sampaikan aku kena struggle for semua bende yang ada di sekeliling aku. Tapi, aku nasihatkan korang jangan la jadi macam aku ye. Mujur la jugak Encik AIL tu pandai jeling-jeling kite kalo dah hanyut sangat asyik melayan hp (melayan customer sebenarnye). Kadang-kadang aku mintak excuse jugak dari customer untuk buat itu ini dalam rumah dan janji akan reply balik mesej sekiranya aku dah free. Hehehe...

Korang, kalo nak baca pasal artikel yang aku sebut tadi tu, korang baca nih >>>Malaysias Who Are #TooBusy For Themselves, Know What It's Like To...<<<. Haaa, korang baca dan hadam. Banyak jugak point die yang membuka mata. Tolong aku huahuahua~~~

Baiklah korang. Aku dah kehabisan idea. Nanti In Shaa Allah, jika aku ada kelapangan serupa hari ini, aku akan up entri lagi. Pada mereka yang sudi mendropkan comments di Shout Box tu terima kasih banyak-banyak. Aku akan visit satu-satu dan tinggalkan jejak. Dan berkemungkinan besar aku akan follow back. Ngeee ~(^,^)~


Jangan serik untuk mengunjungi blog kesayangan ku ini. Kbai!

Tuesday, April 5, 2016

Kecelaruan Minda!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Terus-terang aku katakan aku mengalami kecelaruan minda sejak akhir-akhir ini. Dah tak tau nak bahagi-bahagikan badan. Mana sibuk dengan tugas hakiki, mana sibuk nak handle business, mana sibuk nak manage rumahtangga.

Penat!

Memang penat. Tapi aku yakin aku pasti boleh. Cuma hari ini aku memang sangat teruk punya kecelaruan minda. Minggu ni memang minggu busy untuk buat report walaupun minggu lalu aku kerja dari jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 malam pada hari Khamis, 8.30 pagi hingga 10.30 malam hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 10.30 malam hari Sabtu dan 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang hari Ahad. Semua gara-gara program besar yang diadakan di daerah Limbang ini iaitu Sejiwa Senada Limbang yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Fuh!

Hari Isnin dah masuk kerja balik to normal hours (8.30 pagi - 5.30 petang). Hari ini masih sibuk dengan nak buat report sebab hari ini dateline! Dengan LMD yang error dari semalam, aku tak dapat nak buat apa. Sebab most report kena generate from LMD then compile dalam Excel kemudian barulah boleh dihantar ke Ibu Pejabat. Sigh~~~

Demi kerana ingin meleraikan kecelaruan yang ada, maka aku membebel di entri ini. Mahapkan saya ye~~~

Sekian.