Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Hari ketiga di tahun 2014. Cepat saja masa berlalu kan. Tup-tup hari ini juga genap 4 bulan aku bertapak di tanah Limbang ni. So, kepada tahun 2013, selamat tinggal buatmu bersama kenangan pahit manisku yang tersisa di dalamnya. Moga tahun ini berkuranganlah airmataku yang berjuraian bak air terjun mencurah-curah ke ladang gandum.
Buat teman seblogger yang banyak menumpukkan komen di blogku ini, terima kasih kerana sudi singgah dan mengomen biarpun blogku ini tidak semeriah blog orang lain. Terima kasih arigato. In sha Allah jikalau ada kesempatan aku akan membalas semula komen-komenan anda dan memblogwalkingkan diriku ke blog-blog anda. Terima kasih once again hewhew...
Pssst : Selamat tahun baru!
Pssst : Selamat tahun baru!
No comments:
Post a Comment