Wednesday, December 16, 2015

Serabut Serabai Seribut Kusut Menyusut Mindaku Selalu!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku x sempat post apa-apa entri disebabkan aku bizi...cliche sangat la alasan ni hahaha...tapi memang betul la. Begini la norma kerja SYMP. Seawal jam 8.45 pagi aku dah bertolak ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Limbang untuk menyampaikan ceramah berkaitan bimbingan kerjaya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Audiens hanya seramai 10 orang. Mereka ini adalah golongan yang secara sukarela mendapatkan bimbingan/rawatan/kaunseling untuk mengatasi masalah ketagihan mengikut jenis kategori dadah yang mereka hadapi. Aku x boleh ambil gambar. Boss AADK x benarkan so, aku hormat keputusan itu. Eh, tapi gambar aku bleh plak dorang ambil. Hahaha...sebenarnya dorang nak simpan dalam galeri aktiviti dorang la. Cumanya, aku sebagai ORANG LUAR memang x boleh ambil gambar sebab dikhuatiri aku akan sebarkan pulak sedangkan perkara itu adalah SULIT dan orang2 gomen macam kami ni terikat dengan Akta Rahsia Rasmi. So, jangan pepandai mau langgar peraturan keh!

Perenggan kedua. Sesi ceramah selesai dalam jam 11.30 pagi. Aku balik ke opis. Sebelah petang pulak nak kena hadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Persediaan Karnival Transformasi Belia di Pejabat Residen Limbang. Meeting punya meeting, tetiba baru teringat tarikh Karnival bertindih dengan tarikh Program Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) nanti. Lepas tu, Tuan Timbalan Residen nak juga Jabatan kitorang join pameran semasa Karnival tu. Dah tu, aku just jawab, "Saya akan berbincang semula dengan Ketua Pejabat saya". Berhemah kooo jawapan aku hahaha...

Perenggan ketiga. Balik opis jam 3.30 petang aku terus mengadap boss. Bincang punya bincang akhirnya boss putuskan supaya team pameran dibahagi kepada dua team yang pada mulanya diterajui oleh 5 orang termasuk aku la. Sila lihat jadual asal termasuk jadual diriku sendiri hahaha

16.12.2015 (Rabu) - Aku kena siapkan bahan pameran dan borang-borang yang perlu dibawa semasa membuka booth pameran untuk dua program iaitu Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) dan Karnival Transformasi Belia.

17.12.2015 (Khamis) - Aku cuti rehat. Balik ke kampung sebelah bapa di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah untuk hadir majlis kenduri tahlil hari ke 100 untuk arwah datuk dan arwah nenek. Al-Fatihah.
*Catatan : Arwah datuk meninggal seminggu selepas bermulanya Ramadhan. Arwah nenek meninggal sebulan selepas arwah datuk meninggal.

18.12.2015 (Jumaat) - Kenduri tahlil dibuat selepas selesai sembahyang Jumaat. Selepas kenduri selesai, aku terpaksa balik semula ke Limbang sebab bertugas untuk pameran. Pada masa yang sama, Karnival Transformasi Belia bermula juga pada tarikh ini. Perasmian diadakan pada sebelah malam. Tapi, tidak perlu membuka booth pameran pada hari tersebut. Namun, perasmian akan disusuli dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan iaitu FIQ Mentor.(Perkataan 'namun' di situ ada makna. Aku nak pergi tengok FIQ tapi masa tu mesti aku masih otw dari Beaufort ke Limbang. Makan masa 3 jam jugak).

19.12.2015 (Sabtu) - Seawal jam 6.30 pagi team 1 (diketuai oleh aku) akan bertolak ke Kuala Medalam untuk program Mobile Outreach tu. Sementara, team 2 (diketuai oleh rakan seopis, En. Shamsul) akan start bertugas pada jam 7.30 pagi di Dataran Jubli Emas untuk Karnival Transformasi Belia. Jarak dari bandar Limbang ke Kuala Medalam tu nak juga makan masa dalam hampir 2 jam. Manakala, Dataran Jubli Emas tu di kawasan bandar je.

20.12.2015 (Ahad) - Team 1 dan Team 2 akan bergabung dan meletop di tapak Karnival Transformasi Belia sehingga Karnival berakhir.

There goes my jadual. Mana tak serabut? Serabut tak serabut? Huhu. Dan huhu lagi. Tapi xpa. Ai ken du it. Chayo2!!! Ganbatte Kudasai!!! Fighting!!!

Sori. Entri kali ini banyak membebel dari menulis. Hahaha~~~hoi apa lagi dok tercangok-cangok depan PC! Pigi potostet sana! Banyak borang mau potostet!

2 comments:

Diya Hanun said...

Uish busy betul ni, mcm tak menang tgn nak siapkan semua..

Nor Adzwaty Rokkafella said...

@Diya tu la pasal...tp dah settle dah semua hehe