Friday, December 11, 2015

Throwback Semalam : Nasi Beriani Sempena MPAKKSPTKL dan Farewell PSH

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum tu, aku ada penah post pasal persiapan menyusun atur hadiah pada entri INI. So, pada 10.12.2015, berlangsunglah Majlis Penutupan Akaun Kelab Kebajikan dan Sosial PTK Limbang sekaligus Farewell PSH AZAM yang bakal tamat kontrak pada 15 Disember ini...sob sob~~~

Sebelum tu, aku dan dua orang lagi rakan seopis pergi buat kerja luar nuuun jauh dekat Tedungan. Pergi buat Lawatan Kemajuan ke premis-premis majikan. Bertolak dari opis jam 9.00 pagi. Nak ke Tedungan ambil masa juga dalam 45 minit. Dah tu line telefon x berapa nak ada sebab Tedungan tu dah dekat sempadan Malaysia - Brunei Darussalam. Dalam asyik melawat, tak sedar masa dah pukul 11.00 pagi. Alamak! Sepatutnya majlis bermula pukul 11.00 pagi tu la.

Kitorang pun rushing balik opis. Rupanya, kawan opis yang lain ada call di hpku, tapi x bersambut sebab xda line. Sampai di opis mereka semua dah mula makan nasik beriani sebab takut nasik tu dah sejuk dan x sedap lagi. Boss kata petang nanti la baru buat penyampaian cenderahati dan farewell tu. Aku ok je. Aku terus sambar nasik beriani dan makan dekat workstationku. Lapar x lapar sebenarnya, sebab sebelum jalan ke Tedungan dah breakfast mee hoon goreng di opis. Lepas tu, rakan sekerja yang sorang lagi ajak makan roti canai dekat restoran sebelum bertolak ke Tedungan. Tapi, nasik beriani tu sungguh mencabar selera hehehe...sebab tu la aku kembang membang hahaha!

Tadaaa!!! Nasik beriani dengan ayam kurma

Abaikan muka ngegeh kamek ya hihihi

Hahaha...sori jika gambar di atas tu buat korang muntah angin hahaha...Petang tu, jam 3.00 petang macam tu, berlangsunglah majlis. Aku jadi MC bidan terjun memandangkan En. Nazerul yang selalu jadi MC sibuk sikit. Apa-apapun majlis berjalan dengan lancar dan hadiah dah selamat disampaikan hehehe...


Tu diaaa...aku sengaja letak gambar Miss Deb aka Debora Saran Anak Edwin dekat tengah-tengah sebab dia akan menamatkan kontrak tak lama lagi huhuhu...kitorang dah macam adik-beradik dah. Birthday pun sama 09 September...tahun jak berlainan...Kitorang dah ketawa menangis bersama...kitorang dah adventure bersama (masuk keluar kampung / naik perahu menyeberang sungai untuk masuk ke kampung di area ulu / berjalan kaki sejauh 45 minit untuk sampai ke kampung ulu / buat pemantauan dari sedekat bandar ke sejauh kampung / berlari merdeka 2.5KM sama-sama walaupun aku tertinggal di belakang / dah melompat ala-ala Ultraman sama-sama)...dan banyak lagi kenangan yang kami ukir sepanjang beliau berkhidmat dalam tempoh hampir setahun sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) AZAM Kerja dekat opis kami.

Gambar Last!

Dari Kiri : Deb, Nora and Me...Kame Hame Haaa!!!

Untukmu Deb, Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru. Selamat menempuh alam perkahwinan pada bulan Februari tahun 2016. Semoga sukses selalu...mmuuaahhxx~~~

No comments: