Wednesday, December 23, 2015

Melantak Sakan!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum cerita pasal melantak sakan, aku nak bagitau aku dah submit cerpen tengahari tadi. Nerbes wooo. Kalo diikutkan semalam aku dah submit tapi aku baru perasan dorang nak biodata lengkap penulis berserta gambar berukuran passport. So, aku ingat aku ada simpan gambar passport yang tak pakai dekat rumah. Pagi tadi baru aku godek-godek fail dokumen dekat rumah and ambil gambar tu huhu.

(Klik Gambar Untuk Kasi Beasr Mata)

Baik. Now, cerita pasal melantak sakan. Pagi tadi aku dah breakfast Nasi Goreng Kampung disebabkan dekat restoran tu xda Nasi Goreng Pattaya. Hadap je la. Dah namanya rezeki juga kan dan of course x lengkap jika tidak ditemani dengan Nescafe Panas. Baru jitu dan padu. Ada umph!!!

So, tengahari tadi aku malas nak keluar sebenarnya. Lagipun sekarang ni tinggal kitorang berlima jak yang ada dekat opis. Tu pun yang lain dah keluar. Mujur kawan sorang datang tepat jam 2 petang, so aku pun keluar la sekejap. Dan alasan lagi satu, kan dah breakfast nasik pagi tadi. Bajet perut tu tahan la. Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya keroncong di dalam perut hahaha...Tekak aku ni nak juga makan Nasi Goreng Pattaya. Tak boleh tak. Nafsu tu, nafsu. So, dalam jam 2 lebih tadi aku gagahkan jugak la pegi keluar untuk tapau NGP tu. Aku pun pegi la di restoran feveret iaitu Seri Wangi Cafe (feveret sebab dia ada WiFi free).

Sampai di SWC, aku terus yakin minta tapaukan NGP dan Nescafe Peng aka Nescafe Ais. Haaa jangan tak tau dekat Sabah Sarawak ni kalo mintak air ais dorang x sebut ais, dorang akan sebut Peng (Sarawak) atau Ping (Sabah). "Errr...kak tapaukan Nescafe Peng satu". Ah, tu mintak Nescafe Ais la tu.

Sambil tunggu order, aku pegi jenguk akak yang tengah goreng pisang dan cucur dekat luar. Aku order lagi pisang goreng RM2 dan cucur sayur RM2 untuk bawak ke opis jamu kawan-kawan makan dengan aku-aku sekali la makan hahaha...

Dah siap order, dah bayar aku pun balik opis la. Sampai di opis, kawan sorang lagi beli eskrem Crunch. Wooo, ngam sangat. So, pakej makan lengkap dengan pencuci mulut sekali ye hahaha...Rezeki. Alhamdulillah syukur.


Gambar atas tu tengah duduk tunggu order. Sepinggan pisang goreng campur cucur sayur. Eskrem Crunch. Tengok meja akak, penuh dengan fail yang dah update tapi belum simpan dalam kabinet lagi. Yang lagi penuh, NGP + Nescafe Peng + Eskrem Crunch haaa amekaw!!! Melantak sakan kan. Licheeennn!!!

 Aku janji nak tulis pasal entri program haritu kan. Tapi, macam x sempatlah nak tulis hari ini. Sebab gambar pun banyak dan belum pilih dan belum edit dan belum tentu hahaha...mungkin minggu depan la kot. Lagipun, esok cuti public dan sekaligus aku balik ke kampung mertuaku pulak. Kan panjang cutinya tu, esok Maulidur Rasul, lusa Krismas kemudian Sabtu dan Ahad. Isnin pulak aku sambung cuti sebab nak daftar Chang2 dan Adik Icha masuk Tabika Perpaduan.

So, sampai sini saja setakat ni. Nanti pandai la tu aku membebel di next entri. Kbai!

No comments: