Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

Kecelaruan Minda!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Terus-terang aku katakan aku mengalami kecelaruan minda sejak akhir-akhir ini. Dah tak tau nak bahagi-bahagikan badan. Mana sibuk dengan tugas hakiki, mana sibuk nak handle business, mana sibuk nak manage rumahtangga.

Penat!

Memang penat. Tapi aku yakin aku pasti boleh. Cuma hari ini aku memang sangat teruk punya kecelaruan minda. Minggu ni memang minggu busy untuk buat report walaupun minggu lalu aku kerja dari jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 malam pada hari Khamis, 8.30 pagi hingga 10.30 malam hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 10.30 malam hari Sabtu dan 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang hari Ahad. Semua gara-gara program besar yang diadakan di daerah Limbang ini iaitu Sejiwa Senada Limbang yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Fuh!

Hari Isnin dah masuk kerja balik to normal hours (8.30 pagi - 5.30 petang). Hari ini masih sibuk dengan nak buat report sebab hari ini dateline! Dengan LMD yang error dari semalam, aku tak dapat nak buat apa. Sebab most report kena generate from LMD then compile dalam Excel kemudian barulah boleh dihantar ke Ibu Pejabat. Sigh~~~

Demi kerana ingin meleraikan kecelaruan yang ada, maka aku membebel di entri ini. Mahapkan saya ye~~~

Sekian.

Wednesday, December 23, 2015

Melantak Sakan!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum cerita pasal melantak sakan, aku nak bagitau aku dah submit cerpen tengahari tadi. Nerbes wooo. Kalo diikutkan semalam aku dah submit tapi aku baru perasan dorang nak biodata lengkap penulis berserta gambar berukuran passport. So, aku ingat aku ada simpan gambar passport yang tak pakai dekat rumah. Pagi tadi baru aku godek-godek fail dokumen dekat rumah and ambil gambar tu huhu.

(Klik Gambar Untuk Kasi Beasr Mata)

Baik. Now, cerita pasal melantak sakan. Pagi tadi aku dah breakfast Nasi Goreng Kampung disebabkan dekat restoran tu xda Nasi Goreng Pattaya. Hadap je la. Dah namanya rezeki juga kan dan of course x lengkap jika tidak ditemani dengan Nescafe Panas. Baru jitu dan padu. Ada umph!!!

So, tengahari tadi aku malas nak keluar sebenarnya. Lagipun sekarang ni tinggal kitorang berlima jak yang ada dekat opis. Tu pun yang lain dah keluar. Mujur kawan sorang datang tepat jam 2 petang, so aku pun keluar la sekejap. Dan alasan lagi satu, kan dah breakfast nasik pagi tadi. Bajet perut tu tahan la. Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya keroncong di dalam perut hahaha...Tekak aku ni nak juga makan Nasi Goreng Pattaya. Tak boleh tak. Nafsu tu, nafsu. So, dalam jam 2 lebih tadi aku gagahkan jugak la pegi keluar untuk tapau NGP tu. Aku pun pegi la di restoran feveret iaitu Seri Wangi Cafe (feveret sebab dia ada WiFi free).

Sampai di SWC, aku terus yakin minta tapaukan NGP dan Nescafe Peng aka Nescafe Ais. Haaa jangan tak tau dekat Sabah Sarawak ni kalo mintak air ais dorang x sebut ais, dorang akan sebut Peng (Sarawak) atau Ping (Sabah). "Errr...kak tapaukan Nescafe Peng satu". Ah, tu mintak Nescafe Ais la tu.

Sambil tunggu order, aku pegi jenguk akak yang tengah goreng pisang dan cucur dekat luar. Aku order lagi pisang goreng RM2 dan cucur sayur RM2 untuk bawak ke opis jamu kawan-kawan makan dengan aku-aku sekali la makan hahaha...

Dah siap order, dah bayar aku pun balik opis la. Sampai di opis, kawan sorang lagi beli eskrem Crunch. Wooo, ngam sangat. So, pakej makan lengkap dengan pencuci mulut sekali ye hahaha...Rezeki. Alhamdulillah syukur.


Gambar atas tu tengah duduk tunggu order. Sepinggan pisang goreng campur cucur sayur. Eskrem Crunch. Tengok meja akak, penuh dengan fail yang dah update tapi belum simpan dalam kabinet lagi. Yang lagi penuh, NGP + Nescafe Peng + Eskrem Crunch haaa amekaw!!! Melantak sakan kan. Licheeennn!!!

 Aku janji nak tulis pasal entri program haritu kan. Tapi, macam x sempatlah nak tulis hari ini. Sebab gambar pun banyak dan belum pilih dan belum edit dan belum tentu hahaha...mungkin minggu depan la kot. Lagipun, esok cuti public dan sekaligus aku balik ke kampung mertuaku pulak. Kan panjang cutinya tu, esok Maulidur Rasul, lusa Krismas kemudian Sabtu dan Ahad. Isnin pulak aku sambung cuti sebab nak daftar Chang2 dan Adik Icha masuk Tabika Perpaduan.

So, sampai sini saja setakat ni. Nanti pandai la tu aku membebel di next entri. Kbai!

Wednesday, December 16, 2015

Serabut Serabai Seribut Kusut Menyusut Mindaku Selalu!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam aku x sempat post apa-apa entri disebabkan aku bizi...cliche sangat la alasan ni hahaha...tapi memang betul la. Begini la norma kerja SYMP. Seawal jam 8.45 pagi aku dah bertolak ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Limbang untuk menyampaikan ceramah berkaitan bimbingan kerjaya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Audiens hanya seramai 10 orang. Mereka ini adalah golongan yang secara sukarela mendapatkan bimbingan/rawatan/kaunseling untuk mengatasi masalah ketagihan mengikut jenis kategori dadah yang mereka hadapi. Aku x boleh ambil gambar. Boss AADK x benarkan so, aku hormat keputusan itu. Eh, tapi gambar aku bleh plak dorang ambil. Hahaha...sebenarnya dorang nak simpan dalam galeri aktiviti dorang la. Cumanya, aku sebagai ORANG LUAR memang x boleh ambil gambar sebab dikhuatiri aku akan sebarkan pulak sedangkan perkara itu adalah SULIT dan orang2 gomen macam kami ni terikat dengan Akta Rahsia Rasmi. So, jangan pepandai mau langgar peraturan keh!

Perenggan kedua. Sesi ceramah selesai dalam jam 11.30 pagi. Aku balik ke opis. Sebelah petang pulak nak kena hadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Persediaan Karnival Transformasi Belia di Pejabat Residen Limbang. Meeting punya meeting, tetiba baru teringat tarikh Karnival bertindih dengan tarikh Program Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) nanti. Lepas tu, Tuan Timbalan Residen nak juga Jabatan kitorang join pameran semasa Karnival tu. Dah tu, aku just jawab, "Saya akan berbincang semula dengan Ketua Pejabat saya". Berhemah kooo jawapan aku hahaha...

Perenggan ketiga. Balik opis jam 3.30 petang aku terus mengadap boss. Bincang punya bincang akhirnya boss putuskan supaya team pameran dibahagi kepada dua team yang pada mulanya diterajui oleh 5 orang termasuk aku la. Sila lihat jadual asal termasuk jadual diriku sendiri hahaha

16.12.2015 (Rabu) - Aku kena siapkan bahan pameran dan borang-borang yang perlu dibawa semasa membuka booth pameran untuk dua program iaitu Mobile Outreach di Kuala Medalam (Ulu Limbang) dan Karnival Transformasi Belia.

17.12.2015 (Khamis) - Aku cuti rehat. Balik ke kampung sebelah bapa di Kg. Padas Damit, Beaufort, Sabah untuk hadir majlis kenduri tahlil hari ke 100 untuk arwah datuk dan arwah nenek. Al-Fatihah.
*Catatan : Arwah datuk meninggal seminggu selepas bermulanya Ramadhan. Arwah nenek meninggal sebulan selepas arwah datuk meninggal.

18.12.2015 (Jumaat) - Kenduri tahlil dibuat selepas selesai sembahyang Jumaat. Selepas kenduri selesai, aku terpaksa balik semula ke Limbang sebab bertugas untuk pameran. Pada masa yang sama, Karnival Transformasi Belia bermula juga pada tarikh ini. Perasmian diadakan pada sebelah malam. Tapi, tidak perlu membuka booth pameran pada hari tersebut. Namun, perasmian akan disusuli dengan persembahan nyanyian dari artis jemputan iaitu FIQ Mentor.(Perkataan 'namun' di situ ada makna. Aku nak pergi tengok FIQ tapi masa tu mesti aku masih otw dari Beaufort ke Limbang. Makan masa 3 jam jugak).

19.12.2015 (Sabtu) - Seawal jam 6.30 pagi team 1 (diketuai oleh aku) akan bertolak ke Kuala Medalam untuk program Mobile Outreach tu. Sementara, team 2 (diketuai oleh rakan seopis, En. Shamsul) akan start bertugas pada jam 7.30 pagi di Dataran Jubli Emas untuk Karnival Transformasi Belia. Jarak dari bandar Limbang ke Kuala Medalam tu nak juga makan masa dalam hampir 2 jam. Manakala, Dataran Jubli Emas tu di kawasan bandar je.

20.12.2015 (Ahad) - Team 1 dan Team 2 akan bergabung dan meletop di tapak Karnival Transformasi Belia sehingga Karnival berakhir.

There goes my jadual. Mana tak serabut? Serabut tak serabut? Huhu. Dan huhu lagi. Tapi xpa. Ai ken du it. Chayo2!!! Ganbatte Kudasai!!! Fighting!!!

Sori. Entri kali ini banyak membebel dari menulis. Hahaha~~~hoi apa lagi dok tercangok-cangok depan PC! Pigi potostet sana! Banyak borang mau potostet!

Saturday, October 31, 2015

31.10.2105 - 12.36am - 99% Battery Tab

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

I kenot selip.
Tadi layan movie Fantastic Four dengan anak-anak, lepas Mr. AIL balik dari memancing, kami movie marathon tengok Pitch Perfect 1 & 2...

Tapi, apa aku buat di tengah2 malam macam ni masih belum tidur?

Maybe aku berfikir. Maybe aku susah hati. Kusut memikir masa depan. Sebenarnya aku paling risau pasal anak-anak la. Tahun depan dorang masuk sekolah sudah. Aku dah daftarkan Chang2 & Adik Icha masuk Tabika Perpaduan. Walaupun tahun depan Adik Icha baru masuk 4 tahun, Tabika Perpaduan boleh terima dia sebagai murid.

Aku saja bagi Chang2 & Adik Icha masuk sekolah sama-sama sebab bagi aku dorang tidak boleh dipisahkan. Macam kembar walaupun bukan. Chang2 dengan Adik Icha beza 11 bulan 13 hari saja. And suprisingly, esok 01.11.2015 Chang2 will be 4 years old!!!Yay!!!

Am I overthinking? Or am I overprotecting? Hurm...

Mudah-mudahanlah segala urusanku dipermudahkan dan semoga anak-anakku dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Aku hanya mampu berserah.

Wednesday, April 15, 2015

2015 yang kriiik kriiik (I'm Sorry~~~)

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

OHHH My!!!

Baru aku sedar ini post pertama aku di tahun 2015. C'mon man!!!

Ignorance nya aku...aduhai.

Dek kerana kesibukan kerja dan rumahtangga, aku lupa untuk menulis di sini.

MAAFKAN AKU!

Ini sebagai mukadimah bagi tahun 2015 yang telah masuk ke suku tahun pertama pun huhuhu...

Pssst : aku akan menjenguk sebentar saja lagi k...banyak cerita menarik yang aku mau share...yapediduuu!!!

Tuesday, June 10, 2014

Only A Short Writing

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia,

It's been a while since I last wrote in my blog. I've been busy all the time with work, family and myself. Sigh!

But, I think...errr...sambung ke BM hahaha...akan datang aku akan pastikan aku akan tulis apa saja even post sekeping gambar pun cukuplah asalkan ada post dekat sini. Sekian, terima kasih.

Pssst : jangan banyak bunyi lagi sana...pi buat kerja cepat!

Tuesday, March 4, 2014

Suara Yang Tidak Terdengarkan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pernahkah anda merasakan dalam kehidupan harian anda yang kelihatan normal, suara anda hampir-hampir tidak didengari?

Atau perkara ini berlaku pada setiap hari?

Anyone?

Sebenarnya aku emosi bila tengok video klip lagu Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna. Dan lagi aku teremosi selepas tengok movie Mama kemarin. Emosi terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Hebak bukan hahaha...

Kawan aku cakap, aku kalo x meroyan sehari memang x sah. Tu kawan aku cakap la. Tapi, aku meroyan aku x cakap directly dari mulut, aku luahkan perasaan secara menulis. Tulislah di mana-manapun, fb, wechat, blog dan lain-lain. Boleh jadi aku menulis di cebisan kertas recycle, pastu aku buang. Release jugak tension hahaha...

Anyhow, aku mau share lirik lagu Ning tu...video klipnya tu kan bikin kesian...Ning dapat suami yang gay hewhew...

Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu

Hati makin curiga
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya

Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati

Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada

Pssst : lagu ni tiba-tiba aku suka sebab dia OST drama Romi Cinta Julia :D

Thursday, October 31, 2013

Jasad di bumi otak ke lain...how???

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku fikir macam-macam sekarang ni. sakit otak. Tapi sapa suh bodoh fikir yang bukan-bukan. Kan makan diri sendiri. Makan dalam wooo...terasa macam kebodohan yang dirancang.

Aku kenapa ni sejak akhir-akhir ni emo x tentu pasal? Bukan period pun. Takkan pernahnya period selagi aku masih amalkan suntikan perancang keluarga. Hampir setahun sudah x period. Jimat duit. X perlu beli pad. Pantiliner saja. Atau mungkin sepatutnya masa ini aku perlu period tapi hormon terganggu gugat makanya emosi berubah-ubah.

Aku kalut, kabut, buntu. Kenapa aku mesti memikirkan benda yang menyakitkan jantung? Yang susah diri sendiri. Konon just let go...let go mu la. Ingat ini punya stress macam kau susah mau birrak ka? Ini jenis punya stress jenis yang kalah-kalah fikir tentang masalah negara. Terus terang aku cakap kau. Iyaaa...betul...

Apa-apapun rasanya syaitonnirojim berjaya menghasut aku. Astaghfirullahulazim...aku wajib beristighfar. Betapa selama ini aku sering melupakanNYA. Ya Allah ampunkan dosa hambaMU ini. Hamba khilaf. Hamba cuma seorang hamba yang hina. Hamba sangat kerdil di sisiMU Ya Allah...bantulah hambaMU ini...tetapkanlah keimananku Ya Allah...sesungguhnya aku berdosa kepadaMU Ya Allah...ampunkan aku...

Pssst : jiwa yang sakit perlu diubati segera. Sekarang si Chang2 demam. Demam mau naik usia esok jam 1201am...esok dia genap 2 tahun...yay!!!Alhamdulillah...anakku dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki...aminnn...

Monday, December 19, 2011

Hari membebel Sedunia

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

...dan aku plak yang sedih...ntah la mo kata sedih...x jugak...tapi banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ini yang sering mengundang airmataku...entah la...harap2 ni cuma perasaanku saja...

Tambah2 lagi hari ni...adoihhh...mana dengan urusan di JPJ sangat menyebalkan...pg JPJ mo renew lesen deraibing...tapi pegawai yang bertugas tu sangat hampeh...langsung x mesra rakyat...benci la...

Pastu ehemmm...xbaik bincang hal rumahtangga di sini...biar kan zip saja la...tu biasa la kan...sedangkan lidah lagi tergigit...inikan plak suami isteri...hahaha...

Pastu...entah la...semua aku rasa serba x kena...rasa cam mo teriak saja ni...adui...tiba2 aku rasa aku cam budak2...c'mon...grow up la kuding adehhh...

Ni lagi...soap drama di tv ni langsung buat aku tambah moody hahaha...bangang jak aku ni wakakaka...

Pssst : aku dalam dilema koma noktah titik tanda seru...sarkastiknya makcik dalam drama Tentang Dhia ni...aku cili karang mulut ko tu...arghhh!!!

Wednesday, June 15, 2011

Hari Non Werdless Wednesdei~~~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni memang rasanya suma orang akan marah aku sebab sepatutnya hari ni hari Wordless Wednesday...tapi aku bantai gi membebel buat hapa kan...hahaha...sukati aku jak...

Actually aku ada mo tanya kamurang ba ni...apa perasaan kamurang kalo ada satu benda tu kamurang yang penat2 berusaha untuk merealisasikannya lepas tu ada orang lain sesedap rasa jak mintak benda tu dari kamurang camtu jak???Lepas tu siap main paksa lagi...siap call hari2 lagi bila mo hantar benda tu kepada dia...apa kamurang rasa???

I have put so much effort on doing that thing...sampai sanggup bersengkang mata sampai tengahmalam gara2 mo rakam suara aku untuk dimasukkan ke dalam slideshow...lepas tu gi edit slide lagi...bukan 1 slide tapi 3...tu pun suma slide panjang2 punya...kalo setakat 1 slide tu cuma 10 mukasurat aku no hal...urghhh!!!ingat sedap ka???3 malam aku bersengkang mata owh...sedangkan si boss pun mau orang lain (dari pejabat lain) memohon benda tu secara bersurat tapi ada orang ni sedap molot jak paksa aku bagi dia benda tu sedangkan itu dikira hakmilik pejabat!!!

Arghhh...aku malas mo layan tapi aku rimas bila kena call hari2...rasanya bek aku bagi dia slide yang kosong tu kan...biar dia rakam suara dia sendiri...rite...tapi x ka aku kejam kalo cenggitu???What say u???

Pssst : no comment

Does it really matter anymore???

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni rasanya aku masih blur...setelah sekian lama x mengupdate apa2...sekali update nah kau...rasa x puas hati...sorry...hari ni aku emo sikit...tapi bila makin sibuk buat kerja...lupa sekejap la...

Tapi ada baiknya jugak sebab xla aku menambahkan lagi nisbah migraine aku yang makin menjadi2 sejak akhir2 ni...dan khabarnya ada berita gembira...tadi menteri kewangan di opis ni sudah sibuk buat kew.8...nampaknya dalam bulan Ogos nanti aku akan mendapat lambakan tunggakan kenaikan gaji...yay!!!Ngam la tu dekat2 raya mesti mo pakai duit lebih sikit kan...boleh la...hehehe

Dan harap2 la dalam bulan 8 or bulan2 yang terdekat urusan permohonon opsyen berpencen tu selesai cepat...nampak cam aku ni mata duitan tapi aku ada agenda yang perlu disegerakan...nanti la aku akan sebarkan berita baik itu nanti...malas mo cakap sekarang...bak kata orang...Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...so harap2 semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang...amin amin ya rabbal alamin...

Pssst : kamurang rasa aku ni x sasau ka hahaha...

Bengangnya!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Kamurang pernah merasa bengang ka???Mesti la pernah kan...apa punya soalan daaa...aku sekarang ni mengalami tahap bengang melebihi 100% sudah ni...apa x...ada jak benda yang menyakitkan hati esh...

Pertama sebab ini :

Cua kamurang kelik tu gambar kasi besar mata

Ada nampak anak panah tu???Di situ tarikh dorang terima permohonan aku tu...07/06/2011...tapi yang buat aku hangin...sebab permohonan tu aku sudah hantar dari 31 Mac 2011 aka 31/03/2011 lagi...huuuu T_T

Ok...bukan salah dari dorang tu tapi sebenarnya dari pihak pengurusan kami la...aku sungguh kecewa...dan lagi satu sekarang ni tengah haibattt mo isi SKT (Sasaran Kerja Tahunan) dalam sistem HRMIS yang bagi aku sangat la cerewet...boleh ka tu request sama pihak yang berkenaan supaya buat sistem yang mesra pengguna???Arghhhhhh...aku mo makan budak la kalo cenggini...

Pssst : jangan hiraukan text di atas sebab semuanya adalah hasil kekecewaan yang teramat dahsyat!!!