Tuesday, April 5, 2016

Kecelaruan Minda!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Terus-terang aku katakan aku mengalami kecelaruan minda sejak akhir-akhir ini. Dah tak tau nak bahagi-bahagikan badan. Mana sibuk dengan tugas hakiki, mana sibuk nak handle business, mana sibuk nak manage rumahtangga.

Penat!

Memang penat. Tapi aku yakin aku pasti boleh. Cuma hari ini aku memang sangat teruk punya kecelaruan minda. Minggu ni memang minggu busy untuk buat report walaupun minggu lalu aku kerja dari jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 malam pada hari Khamis, 8.30 pagi hingga 10.30 malam hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 10.30 malam hari Sabtu dan 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang hari Ahad. Semua gara-gara program besar yang diadakan di daerah Limbang ini iaitu Sejiwa Senada Limbang yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Fuh!

Hari Isnin dah masuk kerja balik to normal hours (8.30 pagi - 5.30 petang). Hari ini masih sibuk dengan nak buat report sebab hari ini dateline! Dengan LMD yang error dari semalam, aku tak dapat nak buat apa. Sebab most report kena generate from LMD then compile dalam Excel kemudian barulah boleh dihantar ke Ibu Pejabat. Sigh~~~

Demi kerana ingin meleraikan kecelaruan yang ada, maka aku membebel di entri ini. Mahapkan saya ye~~~

Sekian.

2 comments:

Sha Mohamed said...

Better luahkan dari pendam..
Semoga diberikan ketenangan untuk awak melalui semua kesibukkan itu..

mizzura said...

takpe...penat tapi tgkla hasilnya..bila suksess satu program, smooth semua..kita pon puas hati..