Wednesday, April 27, 2016

Hilang Nikmat Kesihatan...Suara Jadi rock! Yeyearghhh!!!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Curi masa sikit untuk update. Ekceli aku baru lepas dari buat Lawatan Kemajuan ke premis majikan bersama seorang pegawai tadi.

Seperti yang korang tau @ tak tau hahaha...minggu lepas aku ke Miri untuk bertugas sempena Program Penempatan Pekerjaan (3P) Bahagian Miri yang diadakan di Permy Mall, Miri pada 23 hingga 24 April baru-baru ni.

Hari Jumaat, 22hb tu ada taklimat untuk petugas program. So, kitorang bertolak awal. Hari Khamis dah bertolak dari Limbang ke Miri. On the way tu, dari Brunei lagi dah ada hutan yang tepi jalan tu terbakar. Sampailah ke Miri di area berhampiran CIQ Sungai Tujuh tu. Jerebu jangan ceritalah. Bau asap masuk ke dalam kereta.

So, malam tu aku dah start pening-pening lalat. Rupanya demam. Esoknya, selepas breakfast kitorang gerak la ke Pejabat Tenaga Kerja Miri for the taklimat. Selepas taklimat tu, aku tolong mana yang patutlah. So, aku tolong susun box yang ada isi stationeries yang perlu digunakan semasa program berlangsung nanti. Aku susun punya susun sampailah ke part rubber band yang tebal kaler putih tu aku serender. Bukan apa, bau getah baru keluar dari kedai tu sangat menusuk hidung dan membuatkan aku pening nak muntah. Mau tak mau, aku tebalkan muka pergi mintak panadol dengan orang opis PTK Miri.

Lepas makan panadol dua biji, aku lepak sekejap dalam pantry opis tu. Kawan-kawan lain ajak juga ke tempat tapak program tapi aku tak larat. Aku rest sekejap. Hilangkan pening. Dah ok sikit aku sambung buat kerja. Sebelah petang barulah aku dengan kawan sorang lagi pergi ke tapak program. Sampai malam. Malam tu aku tapau je. Makan dekat dalam bilik hotel.

Esok, masih demam tapi mild fever je. Masih lagi boleh bawa badan. Bersiap seawal jam 5.30 pagi sebab nak kena berada di tapak program jam 7.00 pagi. So, dalam demam pun aku sempat menconteng gak hahaha...

Walaupun dah conteng pakai mekap, nampak jugak muka tu muka sakit kan...huhu

Program Berlangsung : Day 1

Program Berlangsung : Day 2

Mekap : Day 2...mata dah merah...pakai lipstick MN Kiss Proof No. 14 untuk cover muka pucat

Hati manyak sinang sebab dah selesai dah program. Time selfie di tempat kejadian adalah jam 5.40 petang.

Food hunting dekat bandar Miri. Aku lapaq nak makan burger kambing + nasik tapau. Sakit, sakit jugak. Tapi, selera makan tetap macam dinosor hahaha

Ok. Mekap yang mana satu yang korang suka? Please vote hahaha...nak tau jugak kan.

Tapiii...apa yang pasti, hari Isnin tu kitorang dah on the way balik Limbang. Dalam perjalanan tu jugaklah aku dah start batuk-batuk mungkin sebab aircond kuat plus jerebu dekat luar. Suara semakin lama semakin rock. Sampailah ke hari ini. Nak bercakap pun susah. Batuk tak henti. Hingus pun asyik meleleh je huhuhu...Nak tengok bukti??? Meh aku tunjuk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/

Kesian kan. ~(^,^)~

1 comment:

Lee said...

Hello Nor, good to know you going to Miri. The last time I was there was wayyyyy back early '80s. If I remember their laksa and mee rebus not too bad.
Have a safe flight and have fun.
Keep a song in your heart.
lee.