Monday, December 7, 2015

Throwback : Sabtu-Day with Le Familia

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari Sabtu dan Ahad minggu lalu, aku memang off tenet. Saja. Kebetulan juga aku memang x sihat. So, mood nak online tu memang kelaut la. Jumaat petang, lepas balik dari kerja, aku bawa anak-anak berjalan kaki dari rumah ke gerai aunty yang jual sayur dekat kawasan perumahan tempat kitorang. Jauh tu xjauh la jugak. Kacang je kalo setakat nak jalan kaki. See the leg la hahaha...

See??? Ada foot di situ...bukan leg hahaha

Sabtu. Mr. AIL ajak pegi jalan-jalan lawat aunty dia. Tapi, kebetulan la pulak aunty tu balik kampung. Miss-communication la pulak. Call2 x bersambut. So, aku cadangkan kitorang pegi Tasik Mas bawa anak-anak jenjalan dekat sana sebab ada banyak playground.

Hahaha ni kali la...dengan bapak budak sekali main buaian...ish ish ish 

Gambar yang ada bapak budak tu, kitorang masih di Tasik Mas. Tapi, tu la...masa kitorang datang xda siapa pun yang main dekat playground. Dah tu, bila anak-anak start main je, alih-alih ramai la pulak rombongan ibu bapa dan anak-anak datang main dekat situ. Aku bukan x suka, tapi aku mengelak supaya Adik Icha x membuli anak orang lain huhuhu...Apa je yang anak orang main, dia pun nak main tu juga. Lepas tu siap jeling-jeling lagi. Aku menggeleng x sudah hahaha...Kalo si abang tu aku x risau, dia sangat bertoleransi. Bila kawan nak main mainan yang ini, dia pergi cari mainan lain. Dia x suka rebut-rebut. Lepas tu, dia paling suka kalo ada budak lain main kejar-kejar, dia pulak yang terlebih eksaited dan join dikejar sekali hahaha...

Lepas tu, kitorang nak balik dah. Aku dan Mr. AIL pakat-pakat nak singgah dekat Taman Kenangan yang berhadapan dengan sungai Limbang. So, kitorang pun singgah. Kaki memang melangkah kanan, masa kitorang pergi sana taman tu masih lengang xda orang. So, pergi la bawa anak-anak main dekat sana. Puas jugak la dorang main dekat situ. Adik Icha keluar masuk terowong. Naik turun. Merangkak. Ikut suka ko lah nak.

Ada la dalam setengah jam kitorang dekat situ, baru la ada mak pak lain yang bawak anak-anak dorang main di sana. So, kami pun bergerak balik la. Sampai di rumah, tak masuk ke dalam rumah lagi. Sambung main kejar-kejar depan rumah. Tak apa la. Bukan selalu. Aku pun sejak dua menjak ni jarang duk rumah hari Sabtu sebab selalu kerja luar huhu...Kerja luar bukan yang dekat stesen sendiri...terpaksa ke luar stesen huhu...dan huhu lagi...

Ahad. Aku off tenet. Nak berehat sepuas-puasnya sambil berulit dengan anak-anak. Mr. AIL keluar gi mancing. Best jugak, dia balik dari mancing dapat 12 ekor ikan lajong (tu nama local, nama saintific aku x tau sangat)...separuh tu dia bagi dengan jiran. Ikan lajong ni ikan air tawar. Sedap digoreng @ buat sup. Aku xda ambil gambar, kalo ada nanti ku share dekat sini ye hehe...

Last but not least. Terima la gambar selfie dari aku yang kesilauan hehe...

Smile :)

2 comments: