Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Very very late post. Sorry. Hari ni pun aku masih terkial-kial nak pilih gambar yang mana untuk dimuatkan di dalam entri kali ni. Rasa nak masukkan semua gambar je hahaha...tamak!
It starts with...seawal jam 6.30 pagi kitorang (aku, my bff aka Kak Dayang dan driver) bertolak untuk ke S.K. Kuala Medalam yang dipercayai memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke sana. Kami singgah sekejap di Nanga Medamit sebab driver nak beli air dan gula-gula katanya. So, singgahlah di kedai runcit yang ada dekat sana.
It starts with...seawal jam 6.30 pagi kitorang (aku, my bff aka Kak Dayang dan driver) bertolak untuk ke S.K. Kuala Medalam yang dipercayai memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke sana. Kami singgah sekejap di Nanga Medamit sebab driver nak beli air dan gula-gula katanya. So, singgahlah di kedai runcit yang ada dekat sana.
Lepas tu kitorang teruskan perjalanan. Dekat hujung jalan Nanga Medamit dah xda jalan berturap ye, kena lalu jalan batu. Bermula la perjalanan mesin urut Ogawa yang nyaman hehehe...Kitorang sampai dekat S.K. Kuala Medalam dalam jam 7.45 pagi macam tu la. Kitorang terus angkat barang pameran dan terus ke Dewan S.K. Kuala Medalam untuk set up apa-apa yang patut. Program ni ekceli anjuran Pejabat Residen Limbang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Limbang dan Angkatan Tentera Malaysia.
Gambar 1 : Petugas sedang sibuk menyusun atur kedudukan kerusi untuk
digunakan semasa perasmian program. Gambar bawah ; orang ramai mulai
menyerbu ke 'pondok' kitorang untuk mendapatkan info berkaitan
kekosongan jawatan terkini yang ada di Limbang dan juga kaedah-kaedah
perburuhan.
Gambar 2 : Orang-orang kampung dari kampung berdekatan seperti Kg. Kuala Medalam, Kg. Rantau Kurra, Kg. Meruyu dan sebagainya, sama-sama bergotong-royong mengecat bangunan sekolah yang agak lusuh catnya. Gambar bawah ; Penghulu Siga (Penghulu Kg. Kuala Medalam) mula mengumpulkan durian hasil dari kebun durian beliau untuk dijamu kepada tetamu yang hadir termasuk orang-orang kampung.
Gambar 3 : Sementara menunggu YB Paulus @ Palu Anak Gumbang, ADUN N.69 Batu Danau, Limbang memulakan ucapan perasmian, kitorang disuruh duduk diruangan yang telah disediakan di hadapan pentas dan yang paling penting sempat selfie ye hehehe...
Gambar 4 : Selesai berucap, sesi bergambar bersama YB, Pegawai Daerah Limbang, Jeneral Brigade ATM, dan wakil-wakil Ketua Jabatan termasuk aku yang sememangnya mewakili Ketua Jabatan untuk sama-sama menjayakan program ini. Berdiri di atas pentas merupakan penerima Bantuan Warga Emas dari Jabatan Kebajikan Bahagian Limbang. Gambar tengah ; YB menandatangani Visitor's Book. Gambar bawah ; sesi menyampaikan cenderahati kepada YB yang disampaikan oleh aku hewhewhew...
Gambar 5 : Ermmm...perlukah aku bagi caption lagi? Sudah jelas lagi berselfie, kitorang makan durian sampai puas. Sorang 4 biji durian. Sedap wooo!!!
Lepas makan durian, kita berdua beralih arah ke ruangan pertandingan memasak anjuran Jabatan KEMAS Limbang yang mana peserta yang menyertai memasak makanan tradisional seperti ayam pansuh (ayam yang dimasak di dalam buluh), ikan sungai di bakar (aku lupa apa nama ikan tu), dan pelbagai jenis masakan ikan-ikan air tawar. Aku makan sampai bermandi peluh kooo. Warna lipstick pun dah pudar. Aku x kisah janji aku dapat makan. Gambar pun dah tak sempat nak ambil dah lepas tu hahaha. Dah tu, ada sorang kakak ni, dia dengan baik hati tolong kopekkan lagi buah durian yang masih berbaki dan simpankan di dalam plastik untuk aku dan Kak Dayang bawa pulang. Weehooo!!!
Dah tu, kitorang kena panggil masuk semula ke Dewan untuk makan tengahari pulak. Ah, sudah! Perutku memang dah mengencang waktu tu. Tapi, aku gagahkan jugak pergi menjamah atau dalam erti kata lain, melahap makanan yang disediakan oleh petugas dari Jabatan KEMAS Limbang. Lepas makan tengahari, kitorang pun bersurai. Masuk ke dalam kereta, aku dah tersandar hahaha.
Apa-apapun, selain pengalaman makan-makan yang memang ohsem tu, aku dapat tau juga S.K. Kuala Medalam tu sudah wujud since tahun 70an bila mana ada seorang uncle bekas pelajar sekolah tu cerita dengan aku bahawa dia pernah bersekolah di sekolah tu pada tahun 1977. Mereka merupakan pelajar terawal yang mempelopori sekolah tu. Kagum aku sekejap walaupun kami bersembang tidak jauh dari tandas guru sebab masa tu aku nak guna tandas tapi, tetiba jak uncle tu bawa aku berbual. So, aku layankan sahaja la. Mungkin dia tengah asyik down memory lane kan.
Apa-apapun sekolah tu juga merupakan bekas sekolah husband aku. Suweet kan? Eheh...tergedix sekejap. Sori hehehe...
By the way, nanti aku akan sambung pasal cerita Karnival Transformasi Belia Bahagian Limbang yang berlangsung bermula 18hb - 20hb Disember baru-baru ini.
Kbai.
Kbai.
No comments:
Post a Comment