Wednesday, March 9, 2016

5 THINGS I HATE THE MOST

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku telah di tag oleh my sekutu iaitu sis Ct Roxalynna NH. Lama dah dia tag aku sebenarnya tapi sejak kebelakangan dan kedepanan ini aku sangat bizi. Gila-gila punya bizi. Ini pun aku cuba try test untuk mengadakan masa demi menaip entri ini walaupun fail hijau berlambak minta tunggu dikemaskini dan didaftarkan ke dalam portal. Jom berhuhu...

Rasanya macam pernah dah aku post pasal benda ni...tapi time tu bukan sebab ditag la huhu...Tapi, bila aku godek-godek blog aku tak jumpa...ah lantaklah!

Jom mula!

1. Meludah Merata-rata

Spesis manusia yang meludah merata-rata ni selalu membuatkan darah aku cepat naik dan aku terus jadi geli-geleman sampai ada masa aku rasa nak muntah. Sedangkan aku sendiri hanya meludah selepas memberus gigi. Serius aku tak suka!

2. Susunan Tak Betul

Aku ni mungkin skema la jugak sebab bila aku buat kerja mesti mau tersusun. Kalo buat filing, aku pastikan nombor rujukan tersusun mengikut tarikh ataupun huruf. Serius aku sangat rasa annoying bila orang lain buat susunan tak betul. Even time jemur kain pun aku akan susun pakaian mengikut jenis, warna dan sekiranya pakaian tu berpasangan, mesti dijemur secara berpasangan ye.

3. Bau Minyak Wangi Terlampau

Yang ini aku memang sangat pantang lebih-lebih lagi di pagi hari time perut masih kosong belum berisi. Perut aku sangat sensitif dengan bau minyak wangi dan bau teh (memang tak boleh minum teh). Jika salah satu benda ni aku terhidu di awal pagi, kompom rosak mood satu hari hahaha...

4. Grammatical Error

Aku paling pantang sekali bila terlihat, ternampak atau terbaca ada orang buat kesalahan tatabahasa tak kira di dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Selalunya aku nampak di dalam resume calon pencari kerja la. Kalo bahasa santai seperti yang aku guna di dalam blog memang beterabur la bahasa sebab bukan rasmi kan. Dekat group WhatsApp pun kadang-kadang aku selalu betulkan grammar orang. Gile kan? Dah boleh jadi pengganti watak Dato Rahim Razali dalam cerita Osman Baku hahaha...

5. Susah Buat Keputusan

Yang ini memang aku pantang jugaklah. Tapi bergantung kepada keadaan jugak. Cuma, bila aku tengok situasi mahupun keadaan tu yang kau senang nak buat keputusan tapi kau susahkan diri untuk buat keputusan, memang aku panas. Terutama bila bab dekat mana nak pergi makan hahaha...Tapi, bila aku ada time tu memang paling senang pergi makan cenanai la...Cenanai tu singkatan kepada roti canai...hehehe...

Ok. Siap dah. Tapi, sorry sebab aku memang tak sempat nak tag sesiapa. Ini pun dari pagi tadi aku draft, save, draft lagi, save. Sib baik aku dah balik jam 5.30 petang so ada masa sikit la untuk update entri ni. Sorry ye, aku tak dapat nak tag sesiapa. Sapa yang nak tag diri sendiri pooon boleh. Komen je dekat Chatbox nun.

Adios amigos!

No comments: