Tuesday, March 4, 2014

Overprotective!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sejak aku jadi mama ni, aku jadi terlalu overprotective dalam segala hal. Itu x boleh, ini x boleh. Ini x baik untuk bla bla bla...semua la...lebih-lebih lagi bila melibatkan my two precious children.



Bila aku terbaca status dari Saiful Nang ini, aku agak tersentap sikit la hehe...

Bila kita kaya, kita mula manjakan anak dengan macam-macam benda kerana dulu-dulu kita susah, maka kita tak mahu anak-anak juga susah. Dulu-dulu kita perit nak bangunkan perniagaan yang kini dah jadi juta-jutaan. Maka, kemahuan anak-anak semua dimewah-mewahkan. 

Sampai masa, mereka mengeluh mengapa anak mereka tidak sebijak mereka? 

(diam)

Pasal dulu mereka pandai kerana mereka hidup dengan cabaran bukannya main petik sahaja barang boleh mari. Jangan pula suruh anak jalan kaki pergi sekolah kerana mereka jalan kaki ke sekolah dulu-dulu. Bijaklah sikit…berikan cabaran kepada mereka melebihi mereka tercabar bermain Angry Birds dan Flappy Birds. 

Goddit?

SAIFUL NANG
Bekas Orang Susah


Pada pendapatku la kan, ada benarnya kata-kata SN ni...aku bukan kaya, aku cuma kuli-kuli kerajaan saja...pendapatan pun so-so...sejarah hidup aku pula, aku anak keempat dari 5 beradik...bapa dulu kerja sebagai anggota polis, pencen pada pangkat kopral tahun 2004...my mom? Surirumah fulltime...

Sebenarnya aku pernah bertanggapan begini, dulu aku sudah merasa hidup susah, so kenapa mau anak-anak pun merasa apa yang aku rasa dulu? My childhood time tidaklah seperti anak-anak orang lain pada masa itu. Aku belajar masak sendiri pada usia 10 tahun. Kakak-kakak aku yang sulung dan yang no2 sudah berkahwin dan tinggal dengan mertua masing-masing. Kakak yang no3 masih sekolah pada masa itu dan tinggal di asrama. Yang tinggal cuma aku, adik aku, mak dan bapa. Bapa jarang ada di rumah sebab bertugas di luar dari stesen demi menjaga keamanan sejagat. My mom pula, berkebun dan bertanam padi demi membantu sara hidup keluarga. Aku? Selepas pulang dari sekolah kadang-kadang direct ke ladang sawah padi milik my mom sebab di rumah memang tiada orang. Adakala aku malas ke ladang, aku terus balik rumah. Tapi, ketiadaan my mom di rumah means, tiada orang akan masak untuk aku. Dari situ, aku belajar masak sendiri. Hanya untuk isi perut sendiri sementara menunggu my mom dan adik balik dari ladang.

Back to the future, sekarang aku punya dua orang cahaya mata. Aku memang sayang sangat dengan dorang. Aku x mau perkara yang buruk terjadi terhadap dorang. Misalkata terjadi sesuatu, aku mesti akan break down. Mungkin itu naluri keibuan aku la.

Tapi, bila aku bandingkan kehidupan aku dulu dan sekarang, tidak kurang jauh bezanya. Cuma, aku tidaklah bersawah padi. Aku kerja di federal. So faham-fahamlah. Gaji yang ada pun cukup untuk makan pakai. Cukup untuk aku besarkan anak-anak aku. Dalam masa yang sama, aku bersyukur kerana aku tidak dimewah-mewahkan kerana aku sendiri tidak suka bermewah-mewah.

Aku tidak punya barang kemas. Aku hanya punya cincin perkahwinan yang dibeli di Zhulian. Harga memang murahlah. Kurang dari RM100. Bukan sebab suamiku x mampu membelikan aku cincin emas. Tapi, disebabkan aku alergik dengan barang kemas terutama emas, makanya aku x mau pakai emas dan barang kemas yang lain. Bagus juga untuk mendidik diri agar tidak bermewah-mewah. Untuk apa beli emas kalau langsung tidak boleh pakai kan? Membazir saja. Lagipun bagi aku cinta tidak boleh diukur dengan material. Cinta itu diukur dengan kesetiaan dan kejujuran pasangan kita.

So, berbalik kepada hal anak-anak. Sekarang aku menjalankan method pembelajaran secara amali. Bila aku masak, aku akan dukung anak-anak secara bergilir-gilir untuk bagi dorang tengok macamana rupanya orang sedang memasak. Apa yang dimasak, bagaimana rasa masakan itu.

Untuk pembelajaran kendiri, aku bagi dorang rasai pengalaman pahit dulu. Seperti, bagaimana peritnya jatuh selepas main basikal dengan cara berbahaya walaupun sudah dilarang. Bila sudah kena, aku pasti akan suruh dorang buat balik perkara yang sama. Dan resultnya, anak-anak belajar yang perkara itu menyakitkan dan tidak perlu berulang. So, dorang takkan buat balik la.

Aku pun mau jadi parents yang tidak akan memanja-manjakan sangat anak-anak dengan material. Sekarang ini pun aku tidak berapa benarkan anak leka dengan gajet. Aku mau anak-anakku explore dunia luar beserta cabaran-cabarannya. Biar mereka punya jati diri.

So, kesimpulannya, manjakan anak biar berpada-pada. Jangan keluarkan kata-kata sesal di kemudian hari kerana kita terlalu memanjakan mereka sedari kecil.

Pssst : menjadi ibu bapa di zaman sekarang semakin kuat cabarannya. Semoga aku boleh!


Suara Yang Tidak Terdengarkan

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pernahkah anda merasakan dalam kehidupan harian anda yang kelihatan normal, suara anda hampir-hampir tidak didengari?

Atau perkara ini berlaku pada setiap hari?

Anyone?

Sebenarnya aku emosi bila tengok video klip lagu Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna. Dan lagi aku teremosi selepas tengok movie Mama kemarin. Emosi terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Hebak bukan hahaha...

Kawan aku cakap, aku kalo x meroyan sehari memang x sah. Tu kawan aku cakap la. Tapi, aku meroyan aku x cakap directly dari mulut, aku luahkan perasaan secara menulis. Tulislah di mana-manapun, fb, wechat, blog dan lain-lain. Boleh jadi aku menulis di cebisan kertas recycle, pastu aku buang. Release jugak tension hahaha...

Anyhow, aku mau share lirik lagu Ning tu...video klipnya tu kan bikin kesian...Ning dapat suami yang gay hewhew...

Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu

Hati makin curiga
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya

Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati

Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada

Pssst : lagu ni tiba-tiba aku suka sebab dia OST drama Romi Cinta Julia :D