Monday, November 2, 2015

Tips Penyediaan Resume Yang Berkesan


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni aku ada pening sikit. Sebab dari awal pagi tadi asyik terbelek-belek resume calon pencari kerja untuk jawatan Kerani dan Pegawai di sebuah bank dekat Limbang ni. Ya la, kan dah tugas aku sebagai Pembantu Perhubungan Perusahaan memang kenalah buat screening awal resume calon-calon sebelum diserahkan kepada majikan untuk sesi panggilan temuduga.

So, hasilnya banyak resume yang aku reject disebabkan banyak faktor kesalahan dan kepincangan di dalam resume tersebut. Antara yang aku dapat detect ialah :

  • Resume tidak lengkap - Contoh : Calon hanya hantar sijil-sijil akademik sahaja. No. telefon pulak main tulis dekat salinan Kad Pengenalan.
  • Resume tidak disertakan dengan gambar berukuran passport.
  • Resume ada gambar, tetapi bukanlah standard berukuran passport.
  • Resume dah cantik, tapi tetiba ada kesan liquid dan dibetulkan dengan tulisan menggunakan pen.
  • Resume tidak disokong dengan sijil-sijil yang berkaitan. Contoh : Jawatan kerani nak calon ada Sijil Kemahiran Komputer/Applikasi Microsoft dan yang berkaitan. Dalam resume ada ditulis kemahiran tersebut, tetapi sijil sokongan tidak disertakan. We need prove.
  • Resume dibuat dalam bentuk karangan.
  • Resume panjang lebar iaitu lebih daripada dua mukasurat.
  • Resume banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, kata nama khas dan kata nama am, dan grammar ( bagi yang membuat resume menggunakan Bahasa Inggeris).
  • Resume tidak dibuat dengan betul. Ada yang main klip saja. Ada yang stapler tapi masih tertanggal-tanggal mukasuratnya. Ada yang print resume menggunakan kertas sijil.
Baiklah. Sebagai manusia yang bertimbangrasa, aku xla reject buta-buta semua resume tu kecuali pada point yang pertama sekali tu memang aku reject la. Aku pun kena jaga kredibiliti aku sebagai penjawat awam untuk tidak buat kerja hentam keromo atau asal ada saja. Aku kena jaga imej penjawat awam di mata umum lebih-lebih pelanggan kami yang terdiri daripada majikan di sektor swasta.

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Jika korang rajin (WAJIB rajin merajinkan diri), bolehlah ke portal JobsMalaysia. Dekat sana ada disediakan Pusat Maklumat Kerjaya (Career Info Centre). Korang klik jak dekat link tu dan boleh baca tips penyediaan resume, jenis-jenis resume, the do's and the don'ts di dalam penyediaan resume.

 (Klik gambar untuk ke pautan Portal JobsMalaysia)

http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/index.php
 (Klik gambar untuk ke pautan Pusat Maklumat Kerjaya)

Ok, dekat dalam Pusat Maklumat Kerjaya tu banyak maklumat dikongsikan untuk dijadikan bahan rujukan seperti tips penyediaan resume yang berkesan dan tatacara menghadiri temuduga. Jadi, jangan malas dan rajinlah membaca info-info terkini. Kalo boleh online FB hampir 24 jam, takkan yang ini tak boleh kan?

Kalau nak request untuk hadir ke Klinik Kerjaya pun boleh. Nanti akan diumumkan bila tarikh Klinik Kerjaya akan diadakan. Tunggu tau!

Selepas entri ini, aku akan kongsikan pula susun atur sijil-sijil akademik bagi temuduga di sektor awam. Terima kasih kerana sudi membaca. Peace yo!

Psst : Maaf bahasa agak informal. Supaya pembaca lebih senang faham. Hehe...

Segmen : Be On Fixqrimalek's Bloglist!

http://itsfixqrimalek.blogspot.my/2015/11/segmen-be-on-fixqrimaleks-bloglist.html

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Aku join segmen ni hewhew...dekat bawah tu syarat-syarat untuk join segmen ni k...daaan aku tag Miss Nora and Didee untuk join hehehe...

Here's how :

  1. Wajib follow my blog! Pastikan you guys follow sebab senarai bloglist  bukan berdasarkan baclinks but your name yang appear kat my follower
  2. Buat entry pasal this segmen "Be On Fixqrimalek's Bloglist" at your beautiful blog! Entry mesti ada banner kat atas tu :)
  3.  Dah siap! tinggalkan baclinks post yand dibuat tadi di ruangan comment entry ni :) bukan ni shoutbox ye.
  4. Tag seorang or more untuk join this segmen! the more the merrier.
  5. Share this segmen kat blog lain :)

    Done.
Weehuuu...

Sunday, November 1, 2015

Happy Birthday Azrul Ariff Lee aka Chang2

01/11/11 - jam 2.37am, Chang2 lahir ke dunia ketika usia kandungan 31 minggu 5 hari. Due date sepatutnya 30/12/2011. Doc ckp Chang2 mesti masuk kaca sbb paru2 belum matang.

01/12/11 - Chang2 umur sebulan sdh masa tu. Papa n Mama bawa Chang2 jalan2 selepas dari klinik bersuntik utk sebulan.

01/09/2012 - Chang2 berumur 10 bulan time Chang2 masuk wad sebab kena jangkitan kuman di paru2. Nothing has ever broken my heart to see you getting sick and hurt.

04 - 05/09/2012 - Hari ke 4 dan ke 5 - Doc ckp cuba buka bantuan oksigen utk bagi Chang2 bernafas tanpa bantuan oksigen. Kalo paras oksigen dlm badan ok, esok dah boleh keluar. Tapi, sayangnya masa tu paras oksigen Chang2 bawah dari 92%. So, kena stay lagi. Hari keenam test lagi. Finally, Chang2 dah boleh balik rumah. Yay!!!


26/03/2015 - Baru lepas sehari mama balik dari KL, Chang2 tergelincir di bilik mandi dan belakang kepala koyak tekena bucu simen di bilik mandi. Darah banyak. Sampai hospital, kena tiga jahitan.



01/11/2015 - Chang2 hari ini. Detik 12.01 pagi, Chang2 sudah masuk 4 tahun. 4 tahun yg banyak memberi erti di dalam kehidupan mama, 4 tahun suka dan duka Chang2 bersama mama. 4 tahun yg singkat bagi mama sbb mama masih ingat detik Chang2 lahir ke dunia 4 thn yg lalu. Segar dan kemas dalam ingatan. Chang2 sgt istimewa di mata mama. I am proud to have u in my life. You are my most precious gift that Allah has ever give to me. I am sorry for not being the best mom for u but believe me, I will give my very best only for u.

"Happy Birthday son. May your life will be full with joy and happiness. May Allah bless u always. May u become a good son and obedient to the elders and i'm hoping that u will succeed in everything that u do. Aamiin."

Hugs and kisses,
Mama.