Wednesday, July 26, 2017

Che Tie Dah Naik Pangkat! Wow Sukenyeee! Hanya Bermula Dari RM50 Jeee!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Mungkin ada yang tau, mungkin ada jugak yang tak tau yang Che Tie dah berkecimpung dalam dunia bisnes MLM yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu Smart Tycoon Group atau lebih dikenali sebagai #STG.

Che Tie join pada 10 Jun 2016. Meaning to say dah setahun lebih dah Che Tie dalam dunia bisnes MLM under #STG.


Mula-mula Che Tie daftar sebab dah jatoh chenta dengan kopi garam buluh yang dulu diberi nama Mineral Coffee. Ye la. Sebab nak guna sendiri & nak beli ikut harga member je pun. But now Mineral Coffee dah tukar nama jadi Min Kaffe. Sedap! Lemak-lemak masin. Memang takde gula tapi berjaya membantu Che Tie mengatasi masalah migrain dan gastrik.

Serius. Memang Che Tie dulu kalo dah kena migrain memang berminggu-minggu la menderita. Kalo kena gastrik pulak wajib inject baru gastrik hilang. Tapi, still pandai datang balik. Rindu lettewww hahaha...

Sejak Che Tie dah amalkan Min Kaffe migrain & gastrik tanak kawan dengan Che Tie lagi dah hahaha...kesian.

And now tanpa sedar, dari Zero now Che Tie dah buat sales terkumpul sebanyak 12K! To be exact 12,200 TAPV & still counting! Sales ni hasil dari Che Tie guna sendiri & jual kat customer! Kau kannn...guna sendiri pun dapat point, ni kan lagi kalo jual kat customer!


Nampak tak kat situ dia tulis 'Highest Rank' D6...Ah kalo dah kat tahap ni memang dah boleh dapat BONUS 3 angka! Sebab selepas D6 ni, Che Tie bakal naik pangkat lagi pegi SM iaitu Sales Manager. Bila dah menjejak ke pangkat Sales Manager, di situlah gerbang BONUS 4 ANGKA bakal bermula!

Nak capai ke pangkat Sales Manager tak jugak susah, tapi tak jugak senang. Dan jangan ingat bila anak-anak & cucu dah ramai ko dah tak perlu buat kerja! KENA BUAT KERJA JUGAK!

Sebab dalam bisnes stail STG, "Kau buat kau dapat, kau tak buat, ko tengok saja orang lain dapat!" Haaa tu pesanan mentor iaitu founder STG, CDM Norazlin Nordin yang memang thorbaekkk!!!

So, sekarang ni dah nak dekat closing date. Nanti 10hb bulan depan, kitorang akan tuai hasilnya. Apa lagi, BONUS laaa! Bonus akan dibayar pada setiap 10hb setiap bulan. Lalala~~~

Korang rasa best ke best buat biz ni? Kalo nak cuba bleh contact Che Tie! Ni link wasap Che Tie

Http://www.wasap.my/60128134672

Hewhew~~~Che Tie akan guide sampai jadi!

Friday, July 7, 2017

Saya Ada 'Berlakon' Di Dalam Movie Isteri Untuk Dijual bersama Nora Danish dan Kamal Adli. Sila Baca Full Entri!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pagi semalam Che Tie macam biasa turun opis. Bawa peralatan menconteng sebab ada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri kat Wisma Persekutuan Limbang ni. Majlis mula kol 10am. Che Tie menconteng dari jam 8am. Tak sampai sejam pun. Biasa la, yang jadikan kerja menconteng tu lambat sebab Che Tie online lagi, balas wasap lagi hahaha...



Ok tu je selfie Che Tie yang ngegade plus terover sedikit hahaha...

Ok lepas tu korang tengok gambar ni pulak


Tadaaa~~~Yakin je kan pakai bunga besar pink kat kepala hahaha...

Ok korang tengok video ni pulak k...


Sapa dah pernah tengok movie Isteri Untuk Dijual???

Che Tie seriously TAK PERNAH tengok lagi movie tu sampailah kawan-kawan opis Che Tie bagitau Che Tie pasal movie tu pagi semalam. Gara-gara pelakon extra yang kena interview oleh Nora Danish dalam scene yang Nora Danish nak casting jadi model dalam company Kamal Adli. Tu la akak yang pakai baju & tudung hitam yang ada bunga pink besar kat kepala tu muka dia exactly the same macam muka Che Tie.

Semua orang yang tengok scene tu ingat akak tu adalah Che Tie! Korang boleh tengok screenshot komen kawan-kawan fb Che Tie.








Hahaha...sampai sekarang Che Tie masih tak percaya. Tapi betul la kan, orang kata kat dunia akan ada 7 orang mukanya serupa. Che Tie dah jumpa 3 orang termasuk Che Tie & anak Che Tie sendiri iaitu Adik Icha, tinggal nak cari baki 4 orang lagi hahaha...

Sapa-sapa yang kenal akak ni tolong bagitau Che Tie k..nak jejak kasih hahaha