Monday, August 7, 2017

Korang yang first time nak jadi ibu, pernah tak bualkan 5 topik hangat ni?

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Hari ini Che Tie berkursus kat Kolej Komuniti Miri. Training of Trainers untuk eRezeki.

Korang boleh tolong Che Tie tak? Tolong klik je link kat bawah ni. Ni antara tugasan yang diberi kepada semua peserta kursus.

1) http://noradzwaty.sharethisstory.net/my-1068962-11148
2) http://noradzwaty.sharethisstory.net/my-1068962-11118

Terima kasih kawan-kawan!

Wednesday, July 26, 2017

Che Tie Dah Naik Pangkat! Wow Sukenyeee! Hanya Bermula Dari RM50 Jeee!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Mungkin ada yang tau, mungkin ada jugak yang tak tau yang Che Tie dah berkecimpung dalam dunia bisnes MLM yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu Smart Tycoon Group atau lebih dikenali sebagai #STG.

Che Tie join pada 10 Jun 2016. Meaning to say dah setahun lebih dah Che Tie dalam dunia bisnes MLM under #STG.


Mula-mula Che Tie daftar sebab dah jatoh chenta dengan kopi garam buluh yang dulu diberi nama Mineral Coffee. Ye la. Sebab nak guna sendiri & nak beli ikut harga member je pun. But now Mineral Coffee dah tukar nama jadi Min Kaffe. Sedap! Lemak-lemak masin. Memang takde gula tapi berjaya membantu Che Tie mengatasi masalah migrain dan gastrik.

Serius. Memang Che Tie dulu kalo dah kena migrain memang berminggu-minggu la menderita. Kalo kena gastrik pulak wajib inject baru gastrik hilang. Tapi, still pandai datang balik. Rindu lettewww hahaha...

Sejak Che Tie dah amalkan Min Kaffe migrain & gastrik tanak kawan dengan Che Tie lagi dah hahaha...kesian.

And now tanpa sedar, dari Zero now Che Tie dah buat sales terkumpul sebanyak 12K! To be exact 12,200 TAPV & still counting! Sales ni hasil dari Che Tie guna sendiri & jual kat customer! Kau kannn...guna sendiri pun dapat point, ni kan lagi kalo jual kat customer!


Nampak tak kat situ dia tulis 'Highest Rank' D6...Ah kalo dah kat tahap ni memang dah boleh dapat BONUS 3 angka! Sebab selepas D6 ni, Che Tie bakal naik pangkat lagi pegi SM iaitu Sales Manager. Bila dah menjejak ke pangkat Sales Manager, di situlah gerbang BONUS 4 ANGKA bakal bermula!

Nak capai ke pangkat Sales Manager tak jugak susah, tapi tak jugak senang. Dan jangan ingat bila anak-anak & cucu dah ramai ko dah tak perlu buat kerja! KENA BUAT KERJA JUGAK!

Sebab dalam bisnes stail STG, "Kau buat kau dapat, kau tak buat, ko tengok saja orang lain dapat!" Haaa tu pesanan mentor iaitu founder STG, CDM Norazlin Nordin yang memang thorbaekkk!!!

So, sekarang ni dah nak dekat closing date. Nanti 10hb bulan depan, kitorang akan tuai hasilnya. Apa lagi, BONUS laaa! Bonus akan dibayar pada setiap 10hb setiap bulan. Lalala~~~

Korang rasa best ke best buat biz ni? Kalo nak cuba bleh contact Che Tie! Ni link wasap Che Tie

Http://www.wasap.my/60128134672

Hewhew~~~Che Tie akan guide sampai jadi!

Friday, July 7, 2017

Saya Ada 'Berlakon' Di Dalam Movie Isteri Untuk Dijual bersama Nora Danish dan Kamal Adli. Sila Baca Full Entri!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Pagi semalam Che Tie macam biasa turun opis. Bawa peralatan menconteng sebab ada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri kat Wisma Persekutuan Limbang ni. Majlis mula kol 10am. Che Tie menconteng dari jam 8am. Tak sampai sejam pun. Biasa la, yang jadikan kerja menconteng tu lambat sebab Che Tie online lagi, balas wasap lagi hahaha...



Ok tu je selfie Che Tie yang ngegade plus terover sedikit hahaha...

Ok lepas tu korang tengok gambar ni pulak


Tadaaa~~~Yakin je kan pakai bunga besar pink kat kepala hahaha...

Ok korang tengok video ni pulak k...


Sapa dah pernah tengok movie Isteri Untuk Dijual???

Che Tie seriously TAK PERNAH tengok lagi movie tu sampailah kawan-kawan opis Che Tie bagitau Che Tie pasal movie tu pagi semalam. Gara-gara pelakon extra yang kena interview oleh Nora Danish dalam scene yang Nora Danish nak casting jadi model dalam company Kamal Adli. Tu la akak yang pakai baju & tudung hitam yang ada bunga pink besar kat kepala tu muka dia exactly the same macam muka Che Tie.

Semua orang yang tengok scene tu ingat akak tu adalah Che Tie! Korang boleh tengok screenshot komen kawan-kawan fb Che Tie.








Hahaha...sampai sekarang Che Tie masih tak percaya. Tapi betul la kan, orang kata kat dunia akan ada 7 orang mukanya serupa. Che Tie dah jumpa 3 orang termasuk Che Tie & anak Che Tie sendiri iaitu Adik Icha, tinggal nak cari baki 4 orang lagi hahaha...

Sapa-sapa yang kenal akak ni tolong bagitau Che Tie k..nak jejak kasih hahaha

Thursday, June 8, 2017

PERUBAHAN CHE TIE SELAMA 5 TAHUN

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!


2012 - 27 tahun (preggy Adik Icha)
2013 - 28 tahun
2017 - 32 tahun (makin bebeh ðŸ˜‚😂😂)

Ada apa pada angka kan...hehehe...

Jangan kamu muntah hijo arrr...mentang-mentang la Che Tie jual Set Sabun Hijau a.k.a Set Marine Essence hahaha...Sekali-sekala puji diri sendiri kan...bukan selalu hihihi...

Inilah hasil penggunaan produk Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM)

LUARAN

1. Beauty Bar a.k.a Sabun Hijau sebagai pencuci muka


2. Krim Bio Ever Plus untuk awet muda


3. Cozuma CC Cream untuk perlindungan kulit muka


4. Premium Beautiful Hands & Body Lotion untuk melembab dan menghaluskan kulit badan


DALAMAN

1. Herba Maharani untuk menjaga kesihatan dalaman wanita


2. Pad Bio Seleza untuk menjaga kesihatan Miss V terutama sewaktu period


3. Femi9 Wash untuk menjaga kesihatan Miss V (boleh juga dipakai sebagai pencuci muka)


SUPPLEMENT

1. Min Kaffe untuk energy booster sepanjang hari


2. Garlic Tablet untuk membuang angin dalam badan dan membantu melawaskan penghadaman


*Kalo Min Kaffe bergabung dengan Garlic Tablet dia jadi Set PKP (Projek Kempis Perut). Memang boleh membantu menurunkan berat badan*

See...semua barang yang Che Tie pakai tu semua membawa faedah untuk kesihatan Che Tie. Paling best semua produk tu boleh mendatangkan BONUS walaupun hanya untuk kegunaan sendiri. Kalo jual, dapat UNTUNG RUNCIT lagi.

Nah! Apa lagi alasan untuk kamu tak join bisnes stail #STG ni???

RM 50 jerrr untuk join. Bukan mahal pun...

So...apa tunggu lagi, ask me how, ask me now! Klik >>>SINI<<< je, nanti korang akan direct ke wasap Che Tie ye~~~



Wednesday, June 7, 2017

KULIT SENSITIF LA PULAK! ATASI DENGAN SET MANDIAN #MARINEESSENCE

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!




Kekal segar sepanjang hari dengan set mandian #MarineEssence
Ada Beauty Bar Soap utk cerahkan celahan yang gelap
Ada Nourishing Bodywash utk kegunaan kulit yg sensitif
Ada Nourishing Shampoo utk mengatasi masalah rambut gugur & kelemumur
Ada Toothpaste utk masalah gusi berdarah, nafas berbau, gigi kuning & fungsi lain
Nak cuba? PM/WA Che Tie sekarang!

Tuesday, June 6, 2017

INFINENCE HIJAB BY RIZMAN RUZAINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hai hai hai...Che Tie hereee~~~

Kali ini nak bagitau Che Tie ada jual hijab yang direka KHAS oleh RIZMAN RUZAINI yang diberi nama INFINENCE HIJAB!

Korang kan nak vogue the vass gitu kann di Hari Raya ini...


Here's some pics untuk korang cuci mata...



Koleksi Stellina


Koleksi Essential


Koleksi Essential +

SETIAP PEMBELIAN INFINENCE HIJAB X RR AKAN DAPAT FREE EXCLUSIVE RR BROOCH!!! TAKDE JUAL KAT PASARAN LAGI BROOCH TU YE!!!


STELLINA


ESSENTIAL +


ESSENTIAL

Setiap koleksi didatangkan dengan 6 pilihan warna berserta brooch yang disertakan sekali seperti di dalam gambar.

Cantik kan?

Sapa nak order boleh contact Che Tie. Tapi, kalo nak harga laaagiii murah better daftar jadi member. Bila dah daftar, bukan setakat dapat harga member, malahan berpotensi untuk dapat BONUS setiap bulan yang akan dibayar pada 10hb setiap bulan. SETIAP BULAN OKAY!

Sooo, jangan kasi lama. Korang bleh wasap Che Tie guna link kat bawah ni...


#ProjekSTG
#ElitKingdom
#ELITRayaMerecik
#RoketRaya

Monday, June 5, 2017

ATASI MASALAH GASTRIK DI BULAN PUASA DENGAN #MINKAFFE

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

[PROMO ISTIMEWA TERHAD KEPADA AGEN SAH SHOM 01-30 JUN 2017]
Sapa yang ada gastrik tu baiklah mencuba Min Kaffe ni. Kompom posa korang tahun ini super osem!
Pada agen sah SHOM, jom grab Min Kaffe ni banyak2 sebab ada PROMO menarik tau sehingga hujung bulan ni.
Pada yang nak grab peluang untuk dapatkan harga PROMO Min Kaffe, RM 50 je kalo nak join member. So, bolehlah mendaftar sebagai agen mulai sekarang!
PM/WA Che Tie kalo nak order or nak grab PROMO! READY STOCK GAISSS!
Pssst :
Bergambar dengan kotak pun jadi la. Nanti bergambar tengah minum kang ada plak kena kecam hahaha...


Tuesday, May 30, 2017

Best Betul Main Google Maps Nih! Jom Kenali Tempat Lahir Saya!~Kuala Penyu~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Salam Ramadhan keempat!

Godek2 google tadi tetiba plak teringin nak tengok tempat2 yang aku pernah pergi dulu. Godek korek gali last2 terrrjumpa tempat aku lahir. Rasa terharu, rindu...semua ada. Mula2 stalk rumah mak kat kampung. Al maklumlah tak lama lagi raya kan. Rindu keluarga kat kampung. Tapi kat kampung takde street view. Hanya mampu tengok dari atas je la. Habis group wasap family aku banjirkan dengan gambar2 KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa) hahaha...


09.09.1985. Di rumah ini la aku lahir. Lahir dengan bantuan bidan klinik desa yang memberikan nama Norazwati kepadaku. Bidan yang aku langsung tak ingat mukanya sehingga kini padahal mak bagitau dulu selalu jugak jumpa makcik Marinun (nama bidan). Tapi sumpah aku tak ingat! T_T

By the way, bapa mula bertugas kat sini dari tahun 1982 lagi. Sebelum aku lahir. Lama kannn...1982 - 1995. 13 tahun kooo duk sini. Sebelum tu, bapa bertugas kat balai polis Sindumin. Cari kat google sekarang hahaha...


Yang ni sekolah rendah. Dari tahun 1992 - 1996 (darjah 1 - darjah 5) aku sekolah kat sini sebelum bapa dipindahkan ke balai polis pekan Kuala Penyu.


SK. Menunggang, Kuala Penyu. Jangan ditanya kenapa namanya macam tu. Ada kisahnya. Nak aku ceritakan jugak ke? Ok macam ni. Kononnya dulu dekat kampung ni pengangkutan yang mereka gunakan ialah kerbau. Mereka menunggang kerbau untuk ke sana sini. Maka dengan itu la kampung itu dinamakan Kg. Menungggang. SK. Menunggang ni memang terletak di Kg. Menunggang. Makanya aku pun lahir di Kg. Menunggang hahaha...


Sooo tahun 1996 kami berpindah ke balai polis pekan Kuala Penyu. Which means pindah sekolah gak la. Yang aku tanda bulatan bujur warna merah tu la rumah kami dulu. Tingkat satu dekat hujung.


Main entrance. Dari 1996 bapa bertugas kat sini sampailah tahun 2004. Bapak pencen dah time tu. Januari 2004 kami pun berpindah ke kampung mak di Kg. Buang Sayang, Bukit Garam, Kinabatangan.


1996. Aku sambung darjah 6 kat sini. Tapi sekarang dah jadi Pejabat Pendidikan dah. Sebab ada bangunan sekolah baru dibina. SK Pekan Baru Kuala Penyu. So, semua dah berpindah kat sana. Bangunan yang lama ni dijadikan PPD.


Yang kotak merah empat segi tu kelas darjah 6 yang lama. Kemudian disebabkan kelas lama perlu dibaiki kami disuruh berpindah sementara ke kelas sebelah atas tu. Di situ la jugak kami pernah didenda oleh cikgu yang ajar Sains sebab kami nakal. Dia tukul paku kat depan pintu supaya kami semua tak boleh balik. Memang mendapat jugak la kami time tu. Waktu balik sekolah jam 12.40 tengahari. Dia bagi keluar jam 2 hahaha...tu la sapa suruh nakal, kan dah kena...


Pokok2 yang sabar dengan kerenah monyet kami hahaha...Taktau kenapa aku dengan kawan2 aku yang dulu suka sangat bergayut kat pokok-pokok ni. Siap dapat berpindah dari satu pokok ke satu pokok lagi tu. Betul-betul macam monyet hahaha...


Padang bola dan astaka yang banyak kenangan. Di astaka tu la titik tolaknya sejarah kenapa mata kiri aku lebih tinggi power dia dari mata kanan. Sebaaab...time astaka tu sedang dalam pembinaan, aku pernah temankan kawan aku gi jumpa abang angkat dia. Malam. Tetiba ada suluhan lampu dari arah balai polis (astaka betul-betul berhadapan dengan main entrance balai polis). Kami panik. So, kami pun bertempiaran lari. Aku tak bernasib baik malam tu bila aku terlanggar kayu beruti yang kena cucuk kat dalam mesin mixer simen. Kena kat mata kiri aku. Mau 2 minggu jugak mata aku lebam. Oh ya time tu aku 13 tahun. Tingkatan 1 dah pun hahaha


Kalo tak main dekat pokok2 sabar tu, kitorang main dekat sini. Tempat ni masih wujud walaupun tak digunakan lagi. Tapi kami sempat menikmati zaman kanak-kanak kami bermain di sini. RINDUUU!


Haaa...ni sekolah menengah aku dulu. SMK Kuala Penyu. Aku sekolah kat sini berperingkat. 1998 - 2000 (Tingkatan 1 - 3). Lepas tu, tingkatan 4 & 5 aku pindah sekolah kat Sandakan. Yang itu nanti aku cerita. Then, 2003, selepas dah habis SPM di Sandakan, aku balik ke Kuala Penyu dan sambung Tingkatan 6 Rendah kat sini jugak. Pening? Ah sudah! Hahaha...


Main entrance. Itu dia sekolahku tercinta. RINDUUU!


Sini tempat aku selalu tunggu bas sekolah. Kat papan tanda NO PARKING tu. Dulu ada kerusi simen kat hujung kedai tu. Tapi dah takde dah. Kisah memalukan banyak gak kat sini. Tengah syok tunggu bas sekolah ade plak burung ni baik hati bagi aku hadiah taik dia. Tepat kena kat tudung betul2 kat badge sekolah. Apalamatsaaammm...buruk muka aku terus.

Ada lagi satu kes, senior setahun dari aku. Dia dengan langkah penuh hati-hati untuk masuk ke dalam perut bas. Tiba-tibaaa...zrtttt!~~~ Beliau tergelincir. Aku dah tak nampak dia tapi aku nampak kasutnya melayang ke udara hahaha...

Ni dulu tempat feri berlabuh. Tapi sekarang dah takde feri lagi dah since dah ada jambatan kena bina. Dulu kalo nak ke seberang tu perlu naik feri. Kalo kenderaan macam kereta boleh muat 7 or 8 buah kereta depends on size. Free plak tu. Kalo nak cepat boleh je naik bot penambang bayar 20 sen je dulu. Sekarang tak tau la berapa.


Tempat pekerjaan aku yang pertama sekali. Habis SPM, aku balik Kuala Penyu. (SPM amik kat Sandakan). Seminggu aku huha huha kat KK dengan kakak no.3 sebab dia keja kat KK. Dah seminggu, aku balik. Seminggu selepas balik bapak tolong carikan kerja kat sini sebagai pam atendan. Hahaha...mula2 aku gi kerja jalan kaki. Awal kooo. Shift pagi jam 6.00 pagi hingga 1.00 petang. Shift petang, 1.00 petang hingga 9.00 malam. Gaji dulu, satu shift RM10. Kalo buat 2 shift terus dapatlah RM20 sehari.

Dapat je gaji pertama, aku beli basikal. Lama gak la aku keja kat sini. Dari Januari sehingga April 2003 sebelum aku mendaftar masuk ke tingkatan 6. Apa yang best, aku bayar yuran, beli barang sekolah pakai duit gaji aku. Tak mintak kat bapak pon. Sebab aku dapat simpan duit banyak masa tu. Hampir setiap hari (kecuali offday) aku ambil 2 shift. Kira je la. RM 20 X 26 = RM 520.00. Belum campur komisen. Paling kurang komisen aku dalam RM50 haaa...kecik2 dah workaholic hahaha...

Bila dah daftar masuk sekolah, bos pulak tanak bagi aku berenti. Dia sanggup bayar aku double walapun aku cuma kerja 1 shift je iaitu sebelah petang. Aku balik dari sekolah jam 1.40pm. Sampai rumah jam 2.00pm. Kadang2 tak balik rumah, bawak uniform kerja siap2 then tukar baju je kat tandas Petronas tu. Settle! Bos siap belikan tapau makan tengahari lagi sebab masa tu aku dah tak jadi pam atendan. Aku dah jadi kerani masa tu sebab hanya aku sorang je pekerja perempuan dan hanya aku sorang je yang tau guna komputer masa tu.

Tapi, 2 minggu je la aku tahan kerja macam tu. Bila kelas dah mula, aku tak dapat nak fokus belajar. Mana lagi nak gi kerja kan. So, aku berenti. Sedih gak la boss sebab dia kene cari orang baru yang tak seperti aku hahahaha...

Well, itu je setakat ni. Maybe lepas ni akan ada siri kedua tapi tu cerita aku kat Sandakan pulak.

Pssst : Aku sekarang ni ejen Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM). Kalo nak beli produk SHOM boleh WA aku.

012-8134672 (Che Tie)

#ProjekSTG
#ElitKingdom

Sempaaat~~~hahaha!

Bukan Setakat Berhabuk, Tapi Hampir TUTUP!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Salam 4 Ramadhan chu olsss!

Ya Allah...betul-betul la ni kali aku hampir melupakan blog kesayanganku.

Blog pun dah masuk 7 tahun you youuu!

Last update is on the 16th December, 2016 yawww!!!

TOING!!!

Masuk hari ini dah 5 bulan 2 minggu aku tak update apa-apa. Nangis kat bucu meja jap!


Tuh bukti bergambar kan huhu

Maaf maaf maaf maaf maaf maaf...

Kejap lagi aku update cerita lain ye...

MAAF!