Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~
Apa pendapat kamurang sekiranya kamu berada di dalam badan seorang ibu yang merisaukan segala-galanya tentang anak-anaknya?
Dan apa pula bakal terjadi kepada kamu, yang menyarung badan si ibu tadi sekiranya kamu mendapati salah seorang daripada anak kamu ditimpa musibah?
Jawapanku untuk soalan yang pertama, aku pasti dapat memahami perasaan si ibu itu kerana aku juga seorang ibu. Seorang ibu yang mahu memberikan semua yang terbaik kepada anak-anaknya. Si ibu yang sanggup berkorban nyawa dan tenaga untuk anak-anaknya. Seorang ibu yang sanggup menelan jerih dan payah, semua semata-mata demi kesejahteraan anak-anaknya.
Jawapan untuk soalan kedua pula, aku pasti dirundung sedih dan pilu dan berharap serta berdoa semoga musibah itu bisa berakhir dengan pantas. Jika boleh dipindahkan, pasti akanku mohon untuk dipindahkan segala musibah itu kepada diriku dan bukan kepada anak-anakku.
Tapi siapalah kita di sisi Allah swt yang menuliskan jalanan takdir untuk kita? Aku cuma insan biasa. Aku memang senang tersentuh sekiranya terjadi sesuatu musibah terhadap kanak-kanak terutama bayi biarpun mereka bukan di kalangan orang yang aku kenali. Cukup mendengar atau membaca artikel, airmata ini dengan mudahnya berguguran. Nipisnya kekuatan diriku. Aku memang seorang yang fragile. Very very fragile.
Aku teringat kata-kata jurulatih kami semasa Kursus Pemantapan Semangat Kerja Berpasukan anjuran jabatan kami yang diadakan di Kem Bina Negara Kundasang. Pakboi cakap, emosi itu hanya sementara. Kesedihan, kegembiraan itu hanya sementara. Mungkin hari ini, kita bersedih. Mungkin esok kita sudah bisa tertawa riang. Tapi, tidak siapa tahu apa yang tersirat di dalam lubuk hati masing-masing. Akulah salah satunya insan yang sangat pencengeng. Mudah tersentuh. Mudah terluka. Mudah tersinggung. Atau mungkin disebabkan aku jenis orang yang berwarna jingga. Seorang yang bebas. Seorang yang tidak bisa di kawal. Mungkin, mungkin dan mungkin.
Sebenarnya, kini aku baru sedari betapa hebatnya emosi seorang ibu itu. Diri ini dengan mudahnya terkoneksi dengan ibu-ibu lain yang mempunyai perasaan yang sama. Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dulu aku sangat tidak sukakan kanak-kanak apatah lagi yang masih bayi kerana aku beranggapan mereka ini leceh untuk dijaga. Kini, aku tidak mengharap orang lain dapat menjaga anak-anakku sebaik diriku. Jika ada pekerjaan di dalam dunia ini yang membenarkan ibu berkerjaya boleh bekerja di rumah tetapi tetap dibayar gaji penuh, akulah orang pertama yang akan memohon. Anak-anakku adalah madu dan racunku. Aku sangat tidak sanggup berpisah biar seharipun dengan anak-anak. Apa boleh buat, atas tuntutan kerja terpaksa juga ditinggal-tinggalkan. Aku teringat satu pepatah, kata orang, biar berpisah kasih antara suami isteri tetapi jangan berpisah kasih dengan anak-anak.
Nukilan ini aku tulis setelah beberapa hari ini aku tersaji dengan newsfeed di FB berkenaan musibah yang berkaitan dengan bayi. Bayi dibuang di dalam lubang tandas yang berjaya diselamatkan. Video budak lelaki jatuh dari eskalator tingkat 2 sebuah bangunan pasaraya besar di Russia setelah berpaut pada pemegang eskalator tersebut. Video kanak-kanak perempuan di Jepun yang terjatuh dari tingkat 6 bangunan sebuah pangsapuri setelah bermain di tingkap rumah dan tidak dapat menarik semula dirinya masuk ke tingkap tersebut. Status fb sepupu kepada ex tunang aku yang baru tadi aku baca, anak maksu masuk icu disebabkan paru-paru berkuman. Semua ini membuatkan dadaku rasa tertumbuk oleh perasaan sedih.
Anakku, Azrul Ariff Lee @ Chang2...sekarang berusia 1 tahun 6 bulan (lagi dua hari bakal mencecah 1 tahun 7 bulan)...dia seorang bayi pramatang...lahir dengan berat 1.9kg pada usia 31 minggu, lagi dua hari bakal masuk ke 32 minggu. Seperti yang semua orang sedia maklum, bayi pramatang selalunya imunisasi dan ketahanan tubuh mereka tidak sekuat bayi yang kelahirannya cukup matang. Dan sudah tentu c Chang2 memang mudah sakit. Dan apabila satu hari, dia pernah disahkan mengidap paru-paru berkuman, aku sangat sedih. Dua hari dua malam aku menangis semasa menjaganya di wad kanak-kanak. Ketika itu umurnya sudah mencecah 10 bulan. Ngam-ngam 10 bulan pada 1 Sept. 2012. Dan pada ketika itu aku pun sarat mengandung anak kedua, Nur Alisha Azwa Lee @ Icha yang masa itu berusia 34 minggu. Selama 6 hari aku berada di wad bersama c Chang2 perlahan-lahan aku cool down.
Rupanya musibah yang aku terima sangatlah kecil berbanding ada sepasang suami isteri yang bukan warganegara yang kehilangan putra kecil mereka yang pada ketika itu berusia 1 bulan disebabkan ada darah beku di dalam otak gara-gara bayi itu terjatuh semasa berada dalam jagaan ibubapanya di rumah. Pada malam hari ketiga kami di wad, jam 8 malam tiba-tiba beberapa orang doktor dan nurse bergegas ke katil bayi tersebut kerana terdapat komplikasi. Tidak lama selepas itu, kami semua mendapat berita bahawa bayi itu sudah pergi. Aku sempat terlihat ibu bapanya menangis semahu-mahunya. Dan aku apa lagi, segera kembali ke katil anakku dan memeluk c Chang2 semahu-mahuku. Betapa aku sangat menghargai detik-detik yang aku ada bersama anak-anakku.
Aku sedar, mereka ini cuma pinjaman sementara. Aku juga sedar Yang Maha Esa bila-bila masa boleh menarik balik nikmat yang aku ada. Jadi dengan kesedaran itu, aku tidak mahu membazirkan masa yang ada selain bersama anak-anak. Aku tidak kisah jika hanya spend time with them di rumah. Bagi aku itu lebih baik berbanding keluar dengan rakan-rakan tanpa sebarang aktiviti yang penting. Aku bukan anti sosial kerana aku tukar method. Aku minta kawan-kawan yang datang ke rumah untuk bersosial bersamaku tanpa perlu aku tinggalkan anak-anak biar dengan pengasuh sekalipun.
Adakah emosi seorang ibu seperti aku ini berlebih-lebihan? Aku pun tidak tahu. Yang aku tahu aku sangat sayangkan anak-anakku. Tiada harta yang lebih berharga yang aku pernah miliki selain anak-anakku. Maaf sekiranya aku telah membuat kamu terasa membuang masa membaca tulisanku yang sebenarnya berdasarkan perasaan semata-mata.
Akhir kata, hargailah ibu kamu selagi mereka masih ada. Bagi yang sudah pergi, titipkan doa buat mereka. Mereka pasti merinduimu.