Showing posts with label Blog Pilihan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Blog Pilihan Malaysia. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Yay!!!Featured lagi dalam 1 Jam 1 Blogger : Nor

Ehem...

Hari ni bila cek Blog Pilihan Malaysia baru ternampak my punya entri hahaha...ayat cam budak yang x gi sekolah wakakaka...jangan banyak buang masa...baca la entri paling skema yang aku pernah buat hahaha...

( Entri digodek dari SINI> )

Nama blog dan url?


Nama blog : Nor Adzwaty Rokkafella


Sejak bila anda buat blog ini?

28 Januari 2010. Sebelum itu pernah muncul dengan blog bernama The Gudnite Production tapi blog itu hanya bertujuan untuk mempromosikan produk yang dijual oleh kakak saya. Blog tersebut diwujudkan pada tahun 2008. Oleh kerana pada masa itu saya belum ada pengetahuan yang banyak mengenai cara-cara untuk memperhebatkan blog dan mempromosikannya, saya telah padamkan blog itu.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Seorang blogger antarabangsa, bukanlah seorang yang popular tapi saya suka dengan intipati entri yang telah diposkan oleh beliau. MISSY namanya, warganegara Sweden. Dia yang berjaya memberikan saya inspirasi untuk berblog semula.Url beliau, http://drownedindreams.blogspot.com. Kemudian saya menjadikan salah satu blogger Malaysia ini untuk dijadikan sumber inspirasi. Mereka ialah Farah Ilyana Khairuddin dan Hazwan Faiz Abdul Rahim. Mereka berdua bersatu di dalam blog dan menceritakan tentang kehidupan seharian mereka yang saya rasa sangat menarik. Thumbs up kepada mereka berdua. Url blog mereka ialah http://petisuaraku.blogspot.com.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Kebanyakannya adalah mengenai kehidupan saya seharian. Kadang-kadang saya akan postkan lirik-lirik lagu kesukaan saya. Selain itu saya suka postkan tentang aktiviti saya bersama Sandakan Photography Lover. Satu group yang diwujudkan di Facebook yang mengalu-alukan golongan yang meminati dunia fotografi tidak kira sama ada mereka menggunakan kamera handphone, kamera compact mahupun DSLR untuk join group tersebut.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Ya, saya akui pada awalnya memang duitlah keutamaan saya sejak saya buat blog The Gudnite Production. Tapi lama-kelamaan saya merasakan keseronokan berblog bukan kerana duit tetapi kerana saya dapat berkongsi kepada pembaca mengenai kehidupan harian saya. Memang saya ada memasang iklan Nuffnang di blog Nor Adzwaty Rokkafella tetapi sekarang saya tidak ambil peduli sangat tentang buffered earning dan lain-lainnya kerana saya hanya mahukan kepuasan lain iaitu dapat meluahkan isi hati dan juga apa yang saya fikirkan ketika itu.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis : bila ada orang yang sudi membaca apa yang saya postkan biarpun adakalanya saya terfikir penggunaan bahasa yang saya gunakan lebih menjurus kepada Bahasa Melayu Sabah mungkin menyukarkan pembaca untuk memahaminya.

Pengalaman pahit : dikritik dan dikutuk hebat oleh teman lain kerana mereka beranggapan saya hanya membuang masa saya dengan berblogging.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Disiplin. Bukan dekat sekolah saja yang perlu berdisiplin. Bagi saya, apa-apapun yang kita tuliskan di dalam setiap entri perlu ada nilai disiplin. Maksud saya, jangan ada budaya copy paste entri orang lain tanpa memberitahu kepada si tuan empunya. Pernah heboh tentang penipuan blogwalking dan saya rasa perkara itu sangatlah tidak patut dilakukan oleh seorang blogger untuk mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Sehinggakan ada yang seakan fobia dan memadam widget chatbox untuk mengelakkan dari ditipu. Biarpun saya tidak pernah menyentuh tentang hal ini di dalam entri-entri saya tetapi saya masih juga ikut perkembangan semasa dunia blog.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Jika bercerita tentang pengalaman, saya rasa saya masih kurang berpengalaman kerana blog saya pun baru setahun jagung. Dari pengamatan saya, kekerapan mempost entri dan juga info terkini boleh menarik minat pembaca. Kreativiti juga adalah salah satu aspek utama yang penting untuk menarik minat pembaca sekaligus menjadikan blog kita dikenali ramai. Saya ada mengikuti blogger-blogger yang terkenal seperti Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Hentakbelipat & Petisuara, Carl Samsudin dan lain-lain. Mereka ini sangat kreatif dan telah mempunyai ramai pengikut.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Kepada yang baru bermula seperti saya, jangan pernah berputus asa. Carilah ilmu bukan setakat ilmu ilmiah tetapi ilmu di dalam dunia blogging jika anda ingin berjaya seperti mereka yang lain. Untuk blogger yang telah berjaya, teruskan usaha anda untuk menjadi sumber inspirasi kepada blogger baru.


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Another Day Of Being Me
Tapi blog ini hanya sebagai tempat saya untuk mencuba template dan widget baru.

Pssst : hari ni bz sakan buat proposal untuk dibawa ke kursus esok...seminggu la aku 'cuti' dari berblog wuuuu...T_T

Wednesday, March 2, 2011

Wuuu T_T nama aku featured dalam 1 Jam 1 Blogger : Suzan Ok

Yeehaaa!!!

Hehehe...x sia2 aku pakai baju merah peberet aku selepas berjaya turunkan berat badan hehehe...biarpun harini aku terlewat 2 minit untuk sampai ke opis tapi ianya terubat bila aku terbaca post di Blog Pilihan Malaysia iaitu 1 Jam 1 Blogger : Suzan Ok...thanx babe...

Nampak yang aku hi-lite dalam box merah tu*wink2*

Apa2pun aku sangat x sangka ada juga orang yang sudi jadikan blog aku sebagai sumber rujukan...thanx babe...terharu sangat2...jadi sebagai pernyataan terima kasihku kepada kawan sekampung aku ni...aku akan buat satu entri khas untuk dia...tunggu tau...hehehe...

Friday, February 25, 2011

Blog Pink

Yay!!!

Rasanya ini kali kedua aku join segmen yang dihostkan oleh Blog Pilihan Malaysia...last year aku join Blog Baru Pilihan 2010...kali ni aku join untuk segmen Blog Mengikut Warna sebab hari tu terlepas untuk join segmen Kekanda/Adinda hehehe...syarat dia mudah jak...kena tengok balik apa warna yang banyak digunakan dalam blog masing2...so aku rasa la kan wajah baru blog aku ni lebih banyak warna pink dan kebetulan ketika aku tulis entri ni aku pun berpakaian serba pink dengan style hijab ala2 Hana Tajima...style gitu wakakaka...malangnya no photo to be displayed hurm...T_T

Kisah disebalik ke"pink"an warna blog aku ni bermula apabila aku tengah sebok2 cari template baru untuk blog aku...tujuan x lain untuk kasi tambah mantop meletop la kununnya...aku sebenarnya la kan...kaler pink ni not one of my favourite kaler...aku suka MERAH tapi ntah la bila aku nampak background yang aku guna untuk blog aku yang sekarang ni...aku terjatoh chenta la plak...suma credits tu thecutestblogontheblock.com...

Errr...pink ka ne???Lantak la kan...tapi aku rasa macam ramai jak tu warna pink...

Hehehe...tu jak la rasanya ceta sal sejarah blog aku yang pink ni...kununnya la hehehe...ya la aku anggap dia pink sebab chatbox aku warna pink...daisypath tu pun warna pink kecuali cewek chomel warna oren yang duk di siring blog ku tu warna oren hehehe...kira pink la ba tu kan...

So sapa2 yang blognya kaler pink sila Klik Sini untuk join segmen blog pink...semoga anda2 semua cute dengan warna pink dan warna2 yang lainnya...aku dedicatekan lagu Warna by Sheila Majid...Oh warna2...lalalala...(lupa lirik hahaha)...

Dan aku tag 2 orang ni sebagai mencukupkan syarat...


Pssst : masih lagi dalam dilema sebab x dapat upload gambar...urgh!!!