Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Well...aku dah janji kan. Haritu lagi aku dah janji untuk post gambar-gambar time kitorang kursus dekat Kundasang.
Sedikit kronologi. Kitorang bertolak dari Limbang seawal jam 6.00 pagi. Singgah di Lawas untuk ambil sorang peserta dari PTK Lawas iaitu Cik Mariam. Dari Limbang kitorang bertiga iaitu aku, Che Sue dan driver.
Well...aku dah janji kan. Haritu lagi aku dah janji untuk post gambar-gambar time kitorang kursus dekat Kundasang.
Sedikit kronologi. Kitorang bertolak dari Limbang seawal jam 6.00 pagi. Singgah di Lawas untuk ambil sorang peserta dari PTK Lawas iaitu Cik Mariam. Dari Limbang kitorang bertiga iaitu aku, Che Sue dan driver.
Kitorang singgah di pekan Beaufort untuk sarapan. Well, perut ai kan double diesel, so mestilah nak kena suap cepat-cepat. Cepat benor lapar hahaha...
Selfie itu harusss...lihat ditepi sebelah kiri tu...Satay Perut Kambing RM 1.00
Siap menyate kitorang teruskan perjalanan ke KK pulak untuk ambil En Shamsul dari PTK Lawas yang kebetulan memang dah berada di KK. Bak kata orang Limbang, selajur la (sekali lalu je). Sampai KK, dah ambil En Shamsul kitorang pegi Alamesra (berhadapan dengan 1Borneo). Gi sana untuk makan tengahari. Time tu pun dah jam 12 lebih. Berirama dangdut kencorong sudah perut aku huhu...
Tengahari aku melaksa penang la pulak...kecur liur bila nampak dalam menu ada laksa penang
Selepas makan, kitorang rest sekejap around 10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Masa pun dah menunjukkan jam 2 petang. Kursus sepatutnya bermula pukul 4 petang. So, dalam masa rest sekejap tu aku sempat call mak aku bagitau tentang keberadaan aku hihihi...Itu memang perkara wajib yang aku selalu buat kalo travelling. Aku memang akan inform dekat mak aku.
Dah mendaki ke lokasi kursus iaitu Pusat Latihan Islam Kundasang. Nyaman je hidup udara segar
Sampai je...kitorang terus masuk kelas untuk taklimat ringkas
Kalau diikutkan boleh kot kami sampai cun-cun jam 4 petang. Tapi, kitorang dah tersalah masuk simpang la pulak. Dah mendaki tu, ada satu perkampungan ni...ada simpang ke kiri untuk ke Pusat Latihan Islam tu. Tapi, kitorang jalan straight je. Tiba-tiba sampai ke jalan mati. Patah balik. Lepas tu tanya dengan orang kampung. Oh rupanya kitorang salah jalan hahaha...
Ni gambar time dah siap simpan barang dekat dalam bilik masing-masing. Harus pakai jaket. Sejuk kooo...warna bibir pun dah sama pucat cam warna tudung hahaha
Ok. Selepas ini gambar yang aku ambil dari camera En. Alyfee. Jurukamera yang dijemput khas untuk membuat liputan sepanjang kursus berlangsung hehehe...Aku saja letak watermark supaya orang tak boleh curi. Boleh kan En. Alyfee? *wink wink* ~(^,^)~
Sesi ice breaking...tolong urut-urut badan kawan hehehe...nampak hujung tudung aku tu pun jadilah hahaha...
Yang ni jangan bagi belon cecah tanah...macam-macam aksi koo...
Kena denda...terpaksa menari-nari comel ala-ala gitewww hahaha...
Cabaran seterusnya...kena berdiri di atas suratkhabar dengan syarat semua ahli kena berpijak pada suratkhabar yang sama...mula-mula 4 keping, last sekali 1 keping je...ha kau menyembah bumi group kitorang yang dekat belakang tu hahaha...
Keropok Tasen yang mengembung disebabkan oleh tekanan udara. Kan kitorang duduk di kaki gunung Kinabalu...
Gambar penutup part 1. Keropok Tasen. Aku memang suka keropok ni. Aku beli time singgah makan tengahari di Alamesra. Dekat Limbang takde jual ni. Jenuh aku cari. Nak makan, kena pergi Sabah dulu baru boleh jumpa keropok ni. Asal keropok ni dari Sandakan. Ye la dah kilang dia dekat sana hehehe...
Ok. Aku nak rehat dulu. Kalo aku rajin selepas ni aku sambung Part 2. Tapi, mata aku dah sakit sebab asyik mengadap komputer je. Rehat dulu naaa...Kbai!
No comments:
Post a Comment