Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Hari ni aku ada pening sikit. Sebab dari awal pagi tadi asyik terbelek-belek resume calon pencari kerja untuk jawatan Kerani dan Pegawai di sebuah bank dekat Limbang ni. Ya la, kan dah tugas aku sebagai Pembantu Perhubungan Perusahaan memang kenalah buat screening awal resume calon-calon sebelum diserahkan kepada majikan untuk sesi panggilan temuduga.
So, hasilnya banyak resume yang aku reject disebabkan banyak faktor kesalahan dan kepincangan di dalam resume tersebut. Antara yang aku dapat detect ialah :
- Resume tidak lengkap - Contoh : Calon hanya hantar sijil-sijil akademik sahaja. No. telefon pulak main tulis dekat salinan Kad Pengenalan.
- Resume tidak disertakan dengan gambar berukuran passport.
- Resume ada gambar, tetapi bukanlah standard berukuran passport.
- Resume dah cantik, tapi tetiba ada kesan liquid dan dibetulkan dengan tulisan menggunakan pen.
- Resume tidak disokong dengan sijil-sijil yang berkaitan. Contoh : Jawatan kerani nak calon ada Sijil Kemahiran Komputer/Applikasi Microsoft dan yang berkaitan. Dalam resume ada ditulis kemahiran tersebut, tetapi sijil sokongan tidak disertakan. We need prove.
- Resume dibuat dalam bentuk karangan.
- Resume panjang lebar iaitu lebih daripada dua mukasurat.
- Resume banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, kata nama khas dan kata nama am, dan grammar ( bagi yang membuat resume menggunakan Bahasa Inggeris).
- Resume tidak dibuat dengan betul. Ada yang main klip saja. Ada yang stapler tapi masih tertanggal-tanggal mukasuratnya. Ada yang print resume menggunakan kertas sijil.
Baiklah. Sebagai manusia yang bertimbangrasa, aku xla reject buta-buta semua resume tu kecuali pada point yang pertama sekali tu memang aku reject la. Aku pun kena jaga kredibiliti aku sebagai penjawat awam untuk tidak buat kerja hentam keromo atau asal ada saja. Aku kena jaga imej penjawat awam di mata umum lebih-lebih pelanggan kami yang terdiri daripada majikan di sektor swasta.
Ok, berbalik kepada tajuk entri. Jika korang rajin (WAJIB rajin merajinkan diri), bolehlah ke portal JobsMalaysia. Dekat sana ada disediakan Pusat Maklumat Kerjaya (Career Info Centre). Korang klik jak dekat link tu dan boleh baca tips penyediaan resume, jenis-jenis resume, the do's and the don'ts di dalam penyediaan resume.
(Klik gambar untuk ke pautan Portal JobsMalaysia)
(Klik gambar untuk ke pautan Pusat Maklumat Kerjaya)
Ok, dekat dalam Pusat Maklumat Kerjaya tu banyak maklumat dikongsikan untuk dijadikan bahan rujukan seperti tips penyediaan resume yang berkesan dan tatacara menghadiri temuduga. Jadi, jangan malas dan rajinlah membaca info-info terkini. Kalo boleh online FB hampir 24 jam, takkan yang ini tak boleh kan?
Kalau nak request untuk hadir ke Klinik Kerjaya pun boleh. Nanti akan diumumkan bila tarikh Klinik Kerjaya akan diadakan. Tunggu tau!
Selepas entri ini, aku akan kongsikan pula susun atur sijil-sijil akademik bagi temuduga di sektor awam. Terima kasih kerana sudi membaca. Peace yo!
Psst : Maaf bahasa agak informal. Supaya pembaca lebih senang faham. Hehe...
No comments:
Post a Comment