Friday, November 6, 2015

Lessons Learned : Rabun Jauh + Rabun Ayam

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hurm dalam tempoh 2 hari berturut-turut ni aku terkena kejutan dekat jantung. Bukan sebab aku ada penyakit darah tinggi tapi ianya berpunca dari masalah mata. Ya. Mata.

Aku ada masalah rabun jauh. Mata kiri dah capai 400 degree, mata kanan pulak 175 degree. Kenapa x sama/lebih kurang sama, tu nanti aku jawab di belakang hari. Part paling best ialah aku rabun malam aka rabun ayam.

Semalam, jam 8.30 malam selepas selesai beli barang untuk peserta program Azam Kerja, aku drive sendiri untuk balik ke rumah. Aku keluar dari simpang KR1M, kat depan simpang tu rumah orang dan ada sungai. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad plus lampu jalan x terang mana pun, aku hampir terlajak menuju ke rumah orang tu walhal aku nak belok kanan menuju ke jalan Buangsiol. Nasib baik sempat tekan brek kuat-kuat. Sudahlah masa tu ada kereta dari arah jalan Buangsiol tu. Laju jugak jantung berdegup huhuhu...maunya x, kalo aku terrrlebih lajak kompom kereta masuk ke dalam sungai huhuhu...

Petang tadi. Hujan lebat bermula seawal jam 4.00 petang. Siap dengan pakej blackout dekat opis. Tunggu punya tunggu, jam 5.30 petang baru ada letrik. Lepas punch card, nak balik la ni. Singgah Maybank pegi cucuk ATM. Sib baik ATM x cakap minta maaf sebab kredit anda x mencukupi. Lepas dari Maybank, nak singgah dekat Pertama Coldstorage. Konon nak beli ayam @ ikan. Tapi, banyak la pulak kereta parking kat depan kedai. Sudahnya kensel la. X jadi beli dekat sana. Dekat kawasan taman, ada kedai runcit. Beli je la kat sana, kataku sendiri.

So, aku teruskan pemanduan. Sampai dekat round about kerbau (dekat area opis), air bertakung sebab hujan lebat. Di tempat air bertakung tu jugaklah aku sikit lagi terrrnaik di divider round about. Sebab x nampak. Air kan bertakung huhuhu...

Balik tu memang aku sengaja la ikut jalan IPD dan Kg. Tebabang untuk balik ke rumah. Jalan yang ni jauh sikit dari jalan Buangsiol tu, tapi dari segi keselamatan memang ok la. Lebih-lebih lagi bagi diriku yang sememangnya rabun dan susah nak nampak jalan ketika memandu di kala hari hujan dan juga di malam hari. Drive pun hanya dengan kelajuan 20KM/J huhuhu...tapi awas! Kalo cuaca baeeek punya, aku boleh drive ala2 Torreto okeh haaa ko hado!

Kadang-kadang rasa down juga sebab kekurangan yang ada pada diri. Ya la, rasa diri tu tak sempurna. huhu. huhu. dan huhu lagi. Tapi, walau apapun aku tetap bersyukur sebab masih boleh nampak. Ada orang lain lagi yang tak beruntung macam aku. Jadi, benda ni la yang boleh buat aku cool down. Jadi, pengajarannya, aku x payahlah sebok2 nak lalu jalan Buangsiol tu lagi dan kalo boleh elakkan la memandu di kala hujan lebat...bahaya! Ini baru Limbang. Bandar kecik. Kalo di bandar yang besar, habislah aku kena hon2 sebab bawak kereta 20KM/J.

By the way, thanx kepada yang sudi blogwalking/singgah/komen dekat blogku yang x seberapa ni. Nak juga berbalas BW dan singgah-menyinggah. Tapi, aku masih sibuk lagi dengan kerja dan keluarga. Tak menang tangan dibuatnya. Yang ni pun update blog sambil memasak k. Ya. Sambil memasak huhuhu...so, kalo aku free, nanti aku akan membalas komen2 dan BW ye...tq, sayang korang...mmuuaahhxx!

No comments: