Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Monday, October 28, 2013

I Don't Think So...

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Akhir-akhir aku banyak berfikir. Ya. Sangat banyak. Stress pun ada. Dengan permasalahan yang tiba-tiba jadi besar. Ini semua cerita minggu lalu.

Inilah kelemahan terbesar aku. Aku terlalu memikirkan tentang masa lalu. Aku bukan orang yang senang-senang boleh let go tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi benda yang sebenarnya aku sudah berfikir masak-masak sebelumnya. Sekarang terlintas di kepala hotakku yang becabang ni soalan-soalan yang sebenarnya sudah terjawab. Tapi entahlah...laju jak soalan-soalan tu bersliding di layak perak dalam otakku ni...burghhh!!!

Soalan-soalan paling utama adalah "betulkah tindakan aku sekarang ni?" "Apa akan jadi nanti?". Inilah. Sebenarnya aku ni dulu seorang yang cepat melenting, cepat marah, panas baran dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sekarang bila aku cuba untuk berubah aku pandai rasa serba salah walaupun benda tu sudah masak lagikan bergoreng aku fikir. Tapi, bila hari selepas kejadian sesuatu keputusan mulalah soalan-soalan tadi berkumandang. Masa yang aku amik untuk betul-betul let go mungkin 3 hari, mungkin sebulan, mungkim setengah tahun. Mungkin. Semuanya bergantung dengan what will happen next, next & next...

Sangat complicated kan minda aku ni. Inilah fitrahnya seorang aku. Aku petik kata-kata boss baruku semasa kami otw to Lawas. We had a small chit chat all the way. Dia cakap, "ramai orang salahkan takdir bila berlaku sesuatu dalam hidup. Sedangkan takdir hakiki adalah warna darah kita. Semua manusia berdarah merah. Itu takdir dari Allah SWT. Takdir yang lainnya, takdir pilihan diri sendiri. Kita yang pilih sama ada mahu berjaya atau terus gagal. Kita yang tentukan sama ada mahu jadi yang terbaik atau tidak. Itu takdir yang kita boleh mengubahnya. Jangan sesekali terus menganggap apa yang jadi di dalam kehidupan kita adalah takdir dari Tuhan semata-mata".

Dari situ aku semacam terbangun dari tidur yang panjang. Betapa selama ini aku banyak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku di dalam kehidupanku seharian. Dari situ aku mula menanam semangat baru, aku ingin buang tanggapan buruk aku tentang takdir. Aku hanya mau fikirkan yang baik-baik saja. Aku cuba mempositifkan pemikiran aku. Tapi, namanya juga hidup manakan lari dari masalah. Di situ aku teruji lagi.

Tapi, kali ini aku lebih berhati-hati. Aku x mau terburu-buru dalam membuat keputusan. Aku hanya maukan yang terbaik. Tetapi yang terbaik yang aku maukan menyebabkan hati aku sendiri terluka dan hati orang lain tercalar. Salahkah aku?

Pssst : aku ingin katakan, andai dapat ku putar masa...tapi itu semua cliche!

Monday, October 7, 2013

Gambar : Sila hayati...


Sumber : SINI

Friday, December 10, 2010

Mo bagitau awal2...

Hurm...

Esok dah start outstesen gi Kinabatangan...then lusa kena gi Lahad Datu sampai hari Isnin...maybe Selasa baru dapat update blog...dalam excitednessku aku rasa sedih sebab tinggalkan blog 2,3 hari ni...wuuu...T_T

Saturday, December 4, 2010

Teman datang dan juga pergi...ada juga yang kembali...

Saja jak header tu amik line salah satu lagu Hujan - Empayarmu...

Baru-baru ni aku dapat perkhabaran dari salah seorang teman yang baru jejak kasih di Facebook, member ni sms aku bahawa ada seorang dari classmate kami akan melangsungkan majlis perkahwinan hari ini. Member tu sempat tanya, " Member yang sorang tu kahwin esok...ko tau ka???ko pegi x???"...dan aku blurrr sekejap~~~then aku reply..."aku xtau plak dia kahwin. Dia xda bgtau & xda jemput aku pun. Segan la aku mo pegi"...

To be honest aku macam kecik hati jugak la...member ni memang agak rapat dengan aku dari sekolah dulu. Kitorang gi sekolah sama-sama, then kalo lewat sampai kitorang kena denda sama-sama jugak. Masa form 4 - 5 kitorang classmate & memang nakal sesama. Tapi masa ni kita berlainan bas. Dulu-dulu naik bas sekolah. Naik ke form 6, baru la kitorang naik bas mini sesama untuk gi sekolah. Tu yang selalu kena denda sebab selalu lambat sampai. Asal sampai mesti dah start perhimpunan. Cikgu yang bertugas jaga pintu pagar bersama pengawas-pengawasnya mesti akan suh kami cari sampah tiga. Apa-apa jenis sampah pun. Tapi kami pandai...asal di suh cari sampah kita akan cari sama-sama dan bahagi kepada dua hahaha...senang~~~

Sampailah habis sekolah kitorang still contact. Cuma...baru-baru ini jugak ada perkara yang terjadi. Tapi ni tidak melibatkan dia. Aku xngam ma kawan satu keja dia. So aku attack la orang tu sampai la orang tu remove & block aku terus dari FB. So, bila aku dapat tau yang orang tu sebelah office dengan dia & orang tu plak friend member aku d FB, aku pinjam wall member ni untuk counter attack orang tu. Mula-mula tu member aku ni tekejut sakan sebab dia ingat aku marahkan dia. Bila aku explain dia ok. But, aku perasan after that dia mulai menjauh.

Aku perasan tu semua. Memang salah aku. Sebab terlalu ikutkan perasaan. Mungkin salah satu sebab aku cerobohi privacy & hak dia sebab aku terjah wall dia untuk kenakan orang tu. Dan lagi mungkin dia sudah x perlukan seorang kawan yang macam aku ni. So...apa boleh buat. Aku hepi jugak haritu sebab selepas beberapa lama dia mendiamkan diri dari aku after kejadian tu dia ada call tapi hanya untuk bertanyakan no. tel seseorang ni. Hurm...

Sekarang ni aku cuba untuk think positive...I let her go. Mungkin keceriaan di masa lalu terpadam dari ingatannya disebabkan kebodohan aku sendiri. Biarpun dia x remove aku dari friendlist, but still rasa empty sebab seolah-olah aku adalah annonymous person. Sabar la...let the time heals the pain...

Pssst : Lagi sakit bila kawan hilang satu persatu dari hilang kekasih...kekasih boleh dicari tapi teman tiada galang ganti~~~

Tuesday, November 16, 2010

Sentimental

Entah kenapa sekarang ni aku terasa sentimental...

Adakah mungkin disebabkan pengumuman boss tadi yang memberi keizinan bagi wanita muslim untuk balik rumah jam 1.00 petang nanti atau disebabkan perkara lain???

First thing...aku memang sedih sebab sudah 3 raya haji berturut-turut aku tidak balik kampung untuk beraya bersama keluarga. Aku paling rindu my mom, my dad, my sisters, my brother and anak-anakbuahku terutama sekali si Putri and si Wawa...

Secondly, sebab aku tetap tidak dapat balik jam 1.00 petang nanti. Jam 2.30 petang nanti masih ada sesi dialog industri yang akan diadakan oleh Miss Mui & me...Tugas tetap diutamakan...

Ketiga, raya haji kali ni sama juga dengan raya haji pada tahun-tahun lepas. Maafkan aku mak. Bukan aku sengaja tidak mau pulang tapi anakmu ini terikat dengan tugas dan ada perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Mama mesti mengerti kan???

Gelasku yang berisi nescafe susu hampir separuh aku minum untuk menghilangkan sebak di dada. Ada perkara yang mengganggu di kotak fikiranku tika dan saat ini. Apapun itu, biarlah ia menjadi rahsiaku. Tambahan lagi aku terbaca post salah seorang kawanku yang membuat aku terimbau kembali kisah lalu yang menyayat hati. Mungkin itu juga puncanya kenapa aku sentimental sekarang ni.

Arghhh!!!Walaupun perkara tu sudah lama berlalu tapi bila teringat kembali bisanya menikam kalbu. Orang kata senang untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Aku tetap bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk memperbetulkan segala kesilapan lalu.

Ni la yang aku malas. Bila aku sedih, satu persatu tragedi masa lalu bermain di kepala hotakku yang sememangnya padat dengan kenangan-kenangan itu. Ahhh...sakit dada menahan perasaan. Ada juga baiknya aku tidak pulang nanti sebab mesti aku akan merembeskan air mata pilu. Kena-kena lagi aku memang tinggal berseorangan. Tiada siapa di sisi untuk menenangkan aku. Tapi itu pilihanku untuk hidup bersendirian. Teman rapatku mesti tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya haji esok. Bestnya dia.

Ok...aku mesti hentikan semua ini. Sepatutnya hari raya haji disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Bukan dengan linangan airmata. Aku patut bersyukur kerana mesti ada orang lain lagi yang lebih menderita daripada aku yang kuat mengeluh ni.

Doa ku panjatkan kepada penduduk di kawasan Merapi mudah-mudahan raya haji tahun ni dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Pssst : Aku hampir menangis bila menonton Majalah 3 pada hari Sabtu lalu berkenaan Merapi. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban di Merapi dan juga kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah dalam perjuangan untuk mendekatiNYA di Mekah baru-baru ini. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...