Showing posts with label bumper car. Show all posts
Showing posts with label bumper car. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Syukur Alhamdulillah...Kereta Dah Sihat!

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Semalam, si husband dapat panggilan telefon. Rupanya dari orang yang melanggar keretaku tempoh hari. Dia kata keretaku dah siap dah...Yay!!! So, pagi ini my husband pergi ke workshop. Sementara tu, aku terpaksa angkut anak-anak naik opis sekali. (Sib baik boss xda hehehe)...

Tadaaa!!!

Syukur alhamdulillah. Akhirnya aku dah dapat drive kereta sendiri. Serius, aku seriau bawa kereta orang walaupun kereta tu kereta baru dan selesa. Barang orang kan. Anyway, aku sangat berterima kasih kerana orang tu bertanggungjawab malahan menjaga kebajikan kami yang ketiadaan kereta selama seminggu dan siap isikan minyak kereta lagi. Full lagi tu. Terima kasih sangat.

Sementara kami menunggu si husband pergi workshop, kami (aku dan anak-anak) sempatlah juga pose dengan props dekat kaunter depan yang dibuat khas oleh staff opis sempena Hari Natal yang mendatang. Ada banyak sebenarnya props tu, tapi since Chang2 dengan Adik Icha ter-over-eksaited dengan props2 tu, maka aku stopkan dorang dari terus eksaited hahaha...

Chang2 dengan misai melentik dan Adik Icha dengan topeng ala-ala rimau gituh!

 Abaikan rupa wajah Chang2 yang agak setim di situ sebab dia x sihat sebenarnya. Selsema dan batuk. Mula-mula Chang2 demam, lepas tu selsema daaan terus pakej batuk sekali. Esoknya, mamanya la pulak yang kena. Lusa, giliran Adik Icha plak yang kena. So, ini memang pakej family la ni hehehe...Tinggal si Mr. AIL saja yang masih terselamat. Kuat sangat antibodi dia kan. Aum!

So, kepada mereka yang xda idea macamana perkara perlanggaran tu boleh berlaku bolehlah baca di SINI untuk cerita throwback nye yeee...

Monday, November 30, 2015

Throwback : Siri Bumper Car II

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

25.11.2015
Again. Di hari payday keretaku main bumper car lagi...tapi kali ni situasinya lain sikit. Kali ini orang langgar keretaku time keretaku sedang diparkir di tepi jalan. BTW, time tu bukan aku la yang pakai kereta. My husband. Dia dan kawannya pergi memancing malam tu. Daaan, yang melanggar tu pun bukan orang lain, pangkat anakbuah husband aku jugak. Dia reverse kereta terlalu laju plus tempat tu gelap xda lampu. So, malang x berbau, maka terlanggarlah keretaku. Mujurlah dia nak tanggung gantirugi.


T_T
 
26.11.2015 
Setahun lalu. Aku pulak yang melanggar kereta orang. Wira VS Wira. Sila ke entry INI untuk membaca kenangan kemalangan tu huhuhu.

27.11.2015
Aku ambil cuti. Duduk rumah dengan anak-anak while si husband pergi cari workshop bersama-sama anakbuah dia untuk hantar kereta. Cari punya cari, last-last hantar di Soon Huat Workshop. Begitu begini, itu ini, si husband mesej aku, kos semua RM 1.5k...Wahlawei!!! Cepat-cepat aku mesej husband, "So, macam mana? Dia setuju ke?"..Husband reply, "Ya". Rasa bersalah pun ada. Hurm.

Husband aku balik. Tapi, bukan anakbuah dia tu hantar balik. Dia bagi kitorang pakai kereta dia selama seminggu mengikut tempoh masa kereta kami dapat disiapkan oleh workshop tu. Dah tu dia siap isikan minyak kereta tu sampai full untuk kitorang guna. Allah. Rasa bersyukur yang amat sangat sebab hari Jumaat tu aku dah berfikir macam mana aku nak turun pergi kerja nanti sebab dekat Limbang ni xda pengangkutan awam.

30.11.2015
Hari ini. Pagi tadi aku start enjin kereta. Bila mula drive, aku jadi kekok dan macam orang yang baru dapat lesen. Sebab apa? Sebab x biasa. Sebab tu kereta orang. Sebab aku risau. Sebab aku susah hati huhuhu...macam-macam sebab ada. Tapi, aku memandu dengan berhemah (ko hado?!) walaupun selama ni jika pakai kereta sendiri aku memandu macam pelesit atau ala-ala Torreto hahaha...

(Tentu dapat teka model kereta ni kan? Proton Saga FLX)

BTW, aku sangat bersyukur kerana dalam kesusahan macam ini, Allah limpahkan rezeki lain buat aku. Kalo la haritu keretaku pula yang melanggar kereta orang, nak lagi dengan kos yang semacam itu, aku pulun bayar pakai insurans kereta aku jak la huhuhu...

Psst : Aku x sabar nak tunggu kereta siap. I Miss You Miss Wira