Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-fatihah. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah

Pagi kemarin kami di SPL dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada salah seorang member SPL iaitu Hanafi Junaidi aka Napie Luffy...berita mengenai pemergian arwah juga disiarkan di dalam akhbar My Metro & Kosmo Online...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diharap bro Napie dapat menguatkan semangat beliau kerana beliau sekarang masih lagi melanjutkan pelajaran...diharap tumpuan di dalam pelajaran tidak terganggu...Al-Fatihah...

Psst : petikan berita di My Metro & Kosmo Online

Wednesday, December 22, 2010

Masak tapi x makan...apa kes???

Ok...

Semalam aku masak sup ayam untuk diriku...tapi last2 aku x makan jugak...kepala aku nyut2an terus...sampai aku terpaksa ikat rambut ketat2 untuk melawan rasa sakit itu...lepas tu aku gi mandi untuk kedua kali...petang lepas balik dari office aku terus mandi dengan air panas2 kuku...lepas tu aku mandi kali kedua dengan air seram sejuk...

Ingatkan semalam lepas masak tu mo makan nasik then baru makan ubat tapi aku x larat even mo buka mata sekalipun...kepedihan menyucuk2 di urat2 kepalaku...kan aku sudah gitau awal2 tu aku kena migrain kelas 3...memang dasat berabis la...pagi ni pun masih sakit lagi...cuma x seteruk semalam...semalam memang teruk...

Dalam lingkungan jam 8.45pm gitu la aku terpaksa melelapkan mata kerana x tahan dengan kesakitan itu...sedar2 aku terbangun lagi semalam...tengok jam eh baru jam 12.45am...wuuu...aku x dapat tido pulak...bangun lagi, basahkan rambut dengan air...keringkan rambut n try untuk tidur...tertidur jugak tapi terbangun lagi jam 3 lebih...parah...

Aku x suka bila kepala aku wat hal...kompom merusakkan mood di awal pagi...aku paksa lagi tidur...last2 aku terbangun jam 6.00am...aku malas mo tidur...aku gi panaskan sup...rebus jagung 5 batang...aku hirup sup sambil makan jagung sambil baca blog...bila aku terbaca blog Cloud Nine sikit lagi aku tertelan tulang ayam...dia ada mention pasal kehilangan sorang blogger ni...[Klik Sini]

Aku rasa dugaan aku ni la yang terhebat tapi ada insan lain lagi yang maha hebat dugaannya...AL-fatihah untuk keluarga Meen...biarpun aku x mengenali beliau tetapi aku faham tentang erti kehilangan seseorang yang amat berharga di sisi kita...Moga roh suaminya ditempatkan di kalangan orang beriman.Amin...

Pssst : mata berkaca2 bila membaca entri beliau...T_T...aku tersentuh...