Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Aku dan blog...kenapa?


Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Sebelum tu, aku ingin bagitau...aku sangatlah sengsara menahan tawa selepas menerima sms dari kawan baik aku iaitu Kichie...boleh-bolehnya dia sms aku perkataan ini "Samkaulokyipatman" hahahaha...kureng punya kawan baik...natijahnya aku sekarang ni kesengsaraan menahan ketawa sebabnya sekarang ni di opis sangatlah sunyi sepi...semua orang buat keja sendiri tanpa bunyi...nanti semua orang akan terkejut sakan kalo tiba-tiba aku mengilai x tentu hala gara-gara sms yang aku dapat tu hahahaha...tolonglah!!!aku x boleh berhenti ketawa...bahuku terhinggut-hinggut sudah ni gara-gara menahan...aduh!!!

Ok...berbalik kepada tajuk entri...aku dan blog...kenapa?

Kenapalah juga aku dengan blog ni? Ada masalahkah? Hehehe sebenarnya tiada juga apa-apa...cuma sekarang ni aku rasa aku banyak luangkan masa berbelog dan blogwalking...dan aku rasa aku sudah aktif semula di dunia blog...wah, betapa aku sangat rindukan saat aku masih aktif di dunia blog beberapa tahun lalu...aktiflah sangat!!! (mata di atas, tangan ke bahu) hahahaha...

Errr...sebenarnya aku tulis ni sebab mengelak dari mengantuk di tempat kerja...biarpun sebenarnya aku boleh jerrr menaip tanpa tengok keyboard...tapi aku bukan keyboard warrior k...xda kena mengena sama sekali ka, dua kali ka...berkali-kali ka...xda sama sekali ok...hahaha...merepek jerrr ni...

Pssst : kalau hati sakit, buat apa layan sakit hati? Better cari benda-benda cute or lawak untuk kita senangkan hati yang sakit...peace yooo!!!

Wednesday, November 17, 2010

Andai Aku Bisa Dimengerti

Pelit...
Sensitif...
Ego...
Bodoh...
Manja...
Cengeng...

Cepat marah...
Pemaaf...
Cepat lupa...
Kelam kabut...
Lurus...
Penipu...

Hipokrit...
Drama queen...

Thursday, November 11, 2010

Fakta seorang aku : Bila aku di hadapan camera~~~

1st of all...
credits to my fren Mz Norazrina Azmie atas suma gambar-gambar 'maut' ni hahaha...

* * *

Aku malas mau cakap banyak...tengok jak la apa jadi bila aku di hadapan lensa camera...

enjoy!!!

* * *


Ok...apa yang x kena dgn gambar ni???Gambar ni di ambil di dalam Dewan Masyarakat Sandakan. Ada ka orang pakai payung dalam dewan???Hujan ka???

(Pelakon Aku tu yang pegang payung merah ala-ala seram tu)

* * *


Yang ni kira aksi paling sopan seorang pelakon Aku tu...tapi dia ni suka menyampuk dalam gambar orang...sukahati dia jak kan...

* * *


Hah!!!Tu...isi dalam mulut tu rasanya fries yang belum sempat di telan dek si pelakon Aku tu...
Orang len tengah pose baek punya last-last dia gak yang mencacatkan panorama...

* * *


Menyampuk di tepi pun jadik la...biar putus separuh wajah dalam gambar janji dapat menyampuk hahaha...

* * *


Ok...yang nih masa kitorang gi rumah terbuka kak Nilam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2009...Pose masih ok lagi...

* * *


Hah!!!Start sudah...

* * *


Yang ni memang super-howt!!!hahaha...pakcik Manaf menang pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh kak Nilam...bila turn penyampaian hadiah ada plak pelakon Aku tu gi menyampuk lagi hahaha...tengok la betapa blurrr-nya pakcik Manaf dekat budak sorang nih...

* * *


Wahlauweiii!!!~~~Ni pose yang paling menang la hahaha...

* * *


Ok...yang ni ngeri sikit...cuba perhatikan senyuman 'evil' pelakon Aku tu...menyeringai habis...

(errr...ni bukan lesbo k...jangan salah paham...dua-dua straight nih...)

* * *


Makan siku hahaha...besar gilak bukaan diameter mulut budak sorang ni...yang mamat tu selamba jak buka mulut kecik...memang dak pelakon Aku ni kuat makan...

(Dua gambar terakhir di ambil time Ofis Terbuka PTK Sandakan sempena raya tahun lalu)

* * *


Hahaha...tensen muka aku tengok post Fakta seorang aku : Bila aku di hadapan camera...
ntahapahapantah la~~~

(Sebab tu la aku sesuai jadi orang belakang tirai...hahaha)

* * *

Pssst : gila mereng pekala hotak aku!!!

Nota : Gambar-gambar diamik pada tahun 2009. plis take note wakakaka...

Monday, November 8, 2010

Epilog Seorang AKU


Kadangkala aku terfikir bila aku menangis sendirian...ada masanya aku rasa aku menangis sedih tapi dalam masa yang sama aku rasa sakit hati. Kenapa ya???


Hakikatnya aku ni seorang yang periang secara luaran tapi di dalam hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku. Bukan ingin menjadi hipokrit tapi mesti semua orang akan melakukan perkara yang sama sekiranya mereka berada di tempatku. Apabila aku dikelilingi teman-teman seperjuangan adalah sangat tidak wajar bagiku untuk memperlihatkan kepada mereka bahawa aku tengah bersedih. Aku rasa semua orang pun mungkin pernah ataupun selalu menyembunyikan perasaan masing-masing. Sehebat manapun dugaan yang ditempuhi akan cuba untuk dihadapi setabah mungkin. Macam kata-kata cliche yang aku selalu dengar...HADAPI DENGAN SENYUMAN...

Tetapi sejauh mana HADAPI DENGAN SENYUMAN itu mampu menyembunyikan apa yang tersirat di dalam benakku tanpa dapat dihidu oleh teman-teman yang berada di sekelilingku???

Di sini aku ingin bicara soal hati dan perasaan. Kadang-kadang ada teman yang seakan-akan mempunyai sixth sense yang boleh kesan bahawa aku menghadapi masalah. Dia perasan aku ada masalah. Dia cuba mendekatiku dan mengorek kisah disebalik topeng wajah riang yang selalu aku pamerkan kepada semua sedangkan dalam hati 1001 rasa sedih, marah, kesal, kecewa dan lain-lain menghantui diriku.

Dan seperti kebiasaan aku menafikan sekeras-kerasnya bahawa aku tiada masalah. Aku okey. Hahaha...dusta belaka. Apa yang pasti aku faham bahawa bukan aku seorang saja yang menghadapi masalah di dunia ini. Semua orang ada masalah tetapi tidak semua mahu berkongsi masalah kan??? Begitu juga aku. Sebaik mungkin dan seerat mungkin aku cuba untuk menggenggam kemas masalahku ini. Aku hanya luahkan kepada seorang teman yang ku anggap saudara sedarah sedagingku iaitu Kichie. Hanya dia yang menjadi tempat untukku meminta pendapat, meluahkan perasaan, melampiaskan segala isi airmata yang bersisa di kolam airmataku yang senantiasa bertakung di tubir mata.

Adakalanya bila aku menghadapi sesuatu masalah aku sibukkan diri dengan pelbagai benda yang boleh membuatkan aku dapat melupakan sebentar masalah itu dari mengusuti kotak hatiku yang serba rapuh ini. Kenapa aku tidak mahu meluahkan masalah itu??? Kerana aku tidak mahu dicop atau dilabel sebagai PEMINTA SIMPATI. Aku tidak perlu simpati dari sesiapa. Aku tahu aku lemah dan rapuh tapi aku hanya mahu orang memahami aku sebab personalitiku agak berbeza dari kebiasaan orang lain. Aku boleh menjadi seseorang yang kadangkala aku sendiri tidak percaya adakah aku masih diriku atau orang lain??? Susah untuk memastikannya kerana aku perlu sesuaikan diri aku dengan pelbagai jenis situasi dan keadaan. MUNAFIK mungkin ya mungkin tidak. Tapi aku rasa HIPOKRIT adalah yang paling sesuai untuk aku.

Kenapa HIPOKRIT??? Aku baru saja nasihatkan kawan aku untuk jadi dirinya sendiri tapi aku sendiri sering memendam rasa menjeruk luka di dalam hati sehingga menjadi basi. Tapi sikap EGO yang sukar untuk aku kikis dari diri ini kadangkala memakan diri sendiri juga akhirnya. Aku EGO. Tetapi aku tetap kalah pada keadaan dan sering menangisi kebodohan diri ini.

Kejamnya aku pada diriku. Hahaha...tapi beginilah diriku. Aku tetap aku dan tiada siapa yang boleh mengubahnya selain aku.

Apa-apapun kesimpulannya, aku harap semua faham kenapa dan mengapa ini semua terjadi. Aku kurang memperhatikan diriku. Aku selalu menjadi lilin yang menerangi hidup orang lain tetapi diri sendiri yang terbakar...RAPUHNYA seorang AKU.