Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Pagi semalam Che Tie macam biasa turun opis. Bawa peralatan menconteng sebab ada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri kat Wisma Persekutuan Limbang ni. Majlis mula kol 10am. Che Tie menconteng dari jam 8am. Tak sampai sejam pun. Biasa la, yang jadikan kerja menconteng tu lambat sebab Che Tie online lagi, balas wasap lagi hahaha...
Ok tu je selfie Che Tie yang ngegade plus terover sedikit hahaha...
Ok lepas tu korang tengok gambar ni pulak
Tadaaa~~~Yakin je kan pakai bunga besar pink kat kepala hahaha...
Ok korang tengok video ni pulak k...
Sapa dah pernah tengok movie Isteri Untuk Dijual???
Che Tie seriously TAK PERNAH tengok lagi movie tu sampailah kawan-kawan opis Che Tie bagitau Che Tie pasal movie tu pagi semalam. Gara-gara pelakon extra yang kena interview oleh Nora Danish dalam scene yang Nora Danish nak casting jadi model dalam company Kamal Adli. Tu la akak yang pakai baju & tudung hitam yang ada bunga pink besar kat kepala tu muka dia exactly the same macam muka Che Tie.
Semua orang yang tengok scene tu ingat akak tu adalah Che Tie! Korang boleh tengok screenshot komen kawan-kawan fb Che Tie.
Hahaha...sampai sekarang Che Tie masih tak percaya. Tapi betul la kan, orang kata kat dunia akan ada 7 orang mukanya serupa. Che Tie dah jumpa 3 orang termasuk Che Tie & anak Che Tie sendiri iaitu Adik Icha, tinggal nak cari baki 4 orang lagi hahaha...
Sapa-sapa yang kenal akak ni tolong bagitau Che Tie k..nak jejak kasih hahaha
1 comment:
haha..memang sama.
Post a Comment