Tuesday, May 30, 2017

Best Betul Main Google Maps Nih! Jom Kenali Tempat Lahir Saya!~Kuala Penyu~

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~~~

Salam Ramadhan keempat!

Godek2 google tadi tetiba plak teringin nak tengok tempat2 yang aku pernah pergi dulu. Godek korek gali last2 terrrjumpa tempat aku lahir. Rasa terharu, rindu...semua ada. Mula2 stalk rumah mak kat kampung. Al maklumlah tak lama lagi raya kan. Rindu keluarga kat kampung. Tapi kat kampung takde street view. Hanya mampu tengok dari atas je la. Habis group wasap family aku banjirkan dengan gambar2 KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa) hahaha...


09.09.1985. Di rumah ini la aku lahir. Lahir dengan bantuan bidan klinik desa yang memberikan nama Norazwati kepadaku. Bidan yang aku langsung tak ingat mukanya sehingga kini padahal mak bagitau dulu selalu jugak jumpa makcik Marinun (nama bidan). Tapi sumpah aku tak ingat! T_T

By the way, bapa mula bertugas kat sini dari tahun 1982 lagi. Sebelum aku lahir. Lama kannn...1982 - 1995. 13 tahun kooo duk sini. Sebelum tu, bapa bertugas kat balai polis Sindumin. Cari kat google sekarang hahaha...


Yang ni sekolah rendah. Dari tahun 1992 - 1996 (darjah 1 - darjah 5) aku sekolah kat sini sebelum bapa dipindahkan ke balai polis pekan Kuala Penyu.


SK. Menunggang, Kuala Penyu. Jangan ditanya kenapa namanya macam tu. Ada kisahnya. Nak aku ceritakan jugak ke? Ok macam ni. Kononnya dulu dekat kampung ni pengangkutan yang mereka gunakan ialah kerbau. Mereka menunggang kerbau untuk ke sana sini. Maka dengan itu la kampung itu dinamakan Kg. Menungggang. SK. Menunggang ni memang terletak di Kg. Menunggang. Makanya aku pun lahir di Kg. Menunggang hahaha...


Sooo tahun 1996 kami berpindah ke balai polis pekan Kuala Penyu. Which means pindah sekolah gak la. Yang aku tanda bulatan bujur warna merah tu la rumah kami dulu. Tingkat satu dekat hujung.


Main entrance. Dari 1996 bapa bertugas kat sini sampailah tahun 2004. Bapak pencen dah time tu. Januari 2004 kami pun berpindah ke kampung mak di Kg. Buang Sayang, Bukit Garam, Kinabatangan.


1996. Aku sambung darjah 6 kat sini. Tapi sekarang dah jadi Pejabat Pendidikan dah. Sebab ada bangunan sekolah baru dibina. SK Pekan Baru Kuala Penyu. So, semua dah berpindah kat sana. Bangunan yang lama ni dijadikan PPD.


Yang kotak merah empat segi tu kelas darjah 6 yang lama. Kemudian disebabkan kelas lama perlu dibaiki kami disuruh berpindah sementara ke kelas sebelah atas tu. Di situ la jugak kami pernah didenda oleh cikgu yang ajar Sains sebab kami nakal. Dia tukul paku kat depan pintu supaya kami semua tak boleh balik. Memang mendapat jugak la kami time tu. Waktu balik sekolah jam 12.40 tengahari. Dia bagi keluar jam 2 hahaha...tu la sapa suruh nakal, kan dah kena...


Pokok2 yang sabar dengan kerenah monyet kami hahaha...Taktau kenapa aku dengan kawan2 aku yang dulu suka sangat bergayut kat pokok-pokok ni. Siap dapat berpindah dari satu pokok ke satu pokok lagi tu. Betul-betul macam monyet hahaha...


Padang bola dan astaka yang banyak kenangan. Di astaka tu la titik tolaknya sejarah kenapa mata kiri aku lebih tinggi power dia dari mata kanan. Sebaaab...time astaka tu sedang dalam pembinaan, aku pernah temankan kawan aku gi jumpa abang angkat dia. Malam. Tetiba ada suluhan lampu dari arah balai polis (astaka betul-betul berhadapan dengan main entrance balai polis). Kami panik. So, kami pun bertempiaran lari. Aku tak bernasib baik malam tu bila aku terlanggar kayu beruti yang kena cucuk kat dalam mesin mixer simen. Kena kat mata kiri aku. Mau 2 minggu jugak mata aku lebam. Oh ya time tu aku 13 tahun. Tingkatan 1 dah pun hahaha


Kalo tak main dekat pokok2 sabar tu, kitorang main dekat sini. Tempat ni masih wujud walaupun tak digunakan lagi. Tapi kami sempat menikmati zaman kanak-kanak kami bermain di sini. RINDUUU!


Haaa...ni sekolah menengah aku dulu. SMK Kuala Penyu. Aku sekolah kat sini berperingkat. 1998 - 2000 (Tingkatan 1 - 3). Lepas tu, tingkatan 4 & 5 aku pindah sekolah kat Sandakan. Yang itu nanti aku cerita. Then, 2003, selepas dah habis SPM di Sandakan, aku balik ke Kuala Penyu dan sambung Tingkatan 6 Rendah kat sini jugak. Pening? Ah sudah! Hahaha...


Main entrance. Itu dia sekolahku tercinta. RINDUUU!


Sini tempat aku selalu tunggu bas sekolah. Kat papan tanda NO PARKING tu. Dulu ada kerusi simen kat hujung kedai tu. Tapi dah takde dah. Kisah memalukan banyak gak kat sini. Tengah syok tunggu bas sekolah ade plak burung ni baik hati bagi aku hadiah taik dia. Tepat kena kat tudung betul2 kat badge sekolah. Apalamatsaaammm...buruk muka aku terus.

Ada lagi satu kes, senior setahun dari aku. Dia dengan langkah penuh hati-hati untuk masuk ke dalam perut bas. Tiba-tibaaa...zrtttt!~~~ Beliau tergelincir. Aku dah tak nampak dia tapi aku nampak kasutnya melayang ke udara hahaha...

Ni dulu tempat feri berlabuh. Tapi sekarang dah takde feri lagi dah since dah ada jambatan kena bina. Dulu kalo nak ke seberang tu perlu naik feri. Kalo kenderaan macam kereta boleh muat 7 or 8 buah kereta depends on size. Free plak tu. Kalo nak cepat boleh je naik bot penambang bayar 20 sen je dulu. Sekarang tak tau la berapa.


Tempat pekerjaan aku yang pertama sekali. Habis SPM, aku balik Kuala Penyu. (SPM amik kat Sandakan). Seminggu aku huha huha kat KK dengan kakak no.3 sebab dia keja kat KK. Dah seminggu, aku balik. Seminggu selepas balik bapak tolong carikan kerja kat sini sebagai pam atendan. Hahaha...mula2 aku gi kerja jalan kaki. Awal kooo. Shift pagi jam 6.00 pagi hingga 1.00 petang. Shift petang, 1.00 petang hingga 9.00 malam. Gaji dulu, satu shift RM10. Kalo buat 2 shift terus dapatlah RM20 sehari.

Dapat je gaji pertama, aku beli basikal. Lama gak la aku keja kat sini. Dari Januari sehingga April 2003 sebelum aku mendaftar masuk ke tingkatan 6. Apa yang best, aku bayar yuran, beli barang sekolah pakai duit gaji aku. Tak mintak kat bapak pon. Sebab aku dapat simpan duit banyak masa tu. Hampir setiap hari (kecuali offday) aku ambil 2 shift. Kira je la. RM 20 X 26 = RM 520.00. Belum campur komisen. Paling kurang komisen aku dalam RM50 haaa...kecik2 dah workaholic hahaha...

Bila dah daftar masuk sekolah, bos pulak tanak bagi aku berenti. Dia sanggup bayar aku double walapun aku cuma kerja 1 shift je iaitu sebelah petang. Aku balik dari sekolah jam 1.40pm. Sampai rumah jam 2.00pm. Kadang2 tak balik rumah, bawak uniform kerja siap2 then tukar baju je kat tandas Petronas tu. Settle! Bos siap belikan tapau makan tengahari lagi sebab masa tu aku dah tak jadi pam atendan. Aku dah jadi kerani masa tu sebab hanya aku sorang je pekerja perempuan dan hanya aku sorang je yang tau guna komputer masa tu.

Tapi, 2 minggu je la aku tahan kerja macam tu. Bila kelas dah mula, aku tak dapat nak fokus belajar. Mana lagi nak gi kerja kan. So, aku berenti. Sedih gak la boss sebab dia kene cari orang baru yang tak seperti aku hahahaha...

Well, itu je setakat ni. Maybe lepas ni akan ada siri kedua tapi tu cerita aku kat Sandakan pulak.

Pssst : Aku sekarang ni ejen Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM). Kalo nak beli produk SHOM boleh WA aku.

012-8134672 (Che Tie)

#ProjekSTG
#ElitKingdom

Sempaaat~~~hahaha!

No comments: