Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Aku pagi-pagi ni ada hangin sikit bila aku baca entri dari Yui tajuk dia Pengantin Tipu Hantaran Kahwin. Errrmmm...terus terflashback perbualan antara aku dengan seorang adik ni. Adik tu perempuan tau. Perempuan. Dia nak tolong bakal suami dia untuk cukupkan duit sebab mereka berdua pun dah sampai seru nak kawin dah.

Cerita macam mana aku dapat 'berbual' dengan adik tu macam ni. Aku memang ada banyak group WhatsApp jual beli yang aku join. Sebab aku pun jual barang. So, tetiba adik ni tanya jika ada member group yang tau di mana senang nak buat loan. Aku pun entah kenapa laju je pergi PM adik tu.
So, itulah butir perbualan kami. Jangan plak kecam aku kata aku buka aib orang, sebab di sini aku tak exposed pun nama dan no telefon adik tu. Aku nak kita semua berfikir dengan lebih mendalam dan cuba kaitkan dengan post entri sis Yui tu. Persoalannya : sampai bila akan ada keluhan serupa ini???
Kes yang ini aku nampak si bakal pengantin perempuan juga berusaha membantu pasangan demi mencukupkan wang belanja perkahwinan mereka. Dalam kes lain macam dalam entri sis Yui tu, sampai ada yang sanggup menipu kononnya duit hantaran lesap disamun orang dan end up kedapatan menipu. Lepas tu apa jadi? Mestilah si lelaki tu dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu. Kan dah menyusahkan. Silap-silap tak jadi kawin la kan.
Aku nak kata satu je. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Apa yang perlu dibetulkan tu aku rasa aku tak payah nak karang panjang lebar dekat sini sebab banyak dah orang lain yang share pasal benda ni di media sosial.
Jangan bebankan anak-anak kita dengan perkara yang berat untuk mereka laksanakan. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalo rasa mereka tu tak mampu, kita sebagai ibu bapa tak salah pun kalo nak bantu anak-anak dari segi kewangan untuk merealisasikan impian mereka. Dah namapun anak kita kan. Tapi, aku tak katalah ibu bapa ni mesti ataupun wajib tolong. Sekiranya mereka (anak dan bakal menantu) mampu, teruskan sahaja dengan perancangan asal. Tetapi, sekiranya mereka tak mampu, tak salah jika kita mengalah dan mudahkan urusan mereka. Buat yang afdhal terlebih dahulu, kemudian, jika ada rezeki lebih, jika nak buat majlis besar sikit, buat sajalah.
Aku berpendapat macam ni bukan disebabkan apa, aku ada kawan rapat yang mengalami masalah yang sama di mana sampai sekarang beliau masih belum berkahwin gara-gara nak menunggu duit belanja kawin tu cukup. Umur dia dan pasangan baya aku juga. 31 tahun. Disebabkan mak bapak kepada pasangannya yang berkeras nak juga tunggu sehingga duit tu cukup, makanya sampai sekarang pun masih belum berjalan majlis even bernikah sekali pun.
Kata orang, kalo ada jodoh tak ke mana. Memang betul. Tapi, jika duit untuk jalankan yang afdhal dahulu (nikah), apa salahnya bernikah dahulu kan. Halalkan yang haram. Jangan sampai perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang ni, lebih baik bernikah awal. Tak kisah la bernikah di usia muda sebab godaan dan dugaan tu banyak. So, jika dah rasa dah sedia nak bernikah, nikahlah. In Shaa Allah, rezeki akan datang selepas berkahwin. Percayalah.
Panjang tazkirah aku petang ni kan. Hurm...

3 comments:
zaman skrg semua nak kawin ala2 retis..lupa mana yg wajib.huhu
alahaii..itulah zaman skrg..sebenarnya mmg benda ni simple jak tp pemikiran manusia skrg ni yg menyusahkan huhuhu takut pula nak kahwin nnt mcm2 jadi haha
alahaii..itulah zaman skrg..sebenarnya mmg benda ni simple jak tp pemikiran manusia skrg ni yg menyusahkan huhuhu takut pula nak kahwin nnt mcm2 jadi haha
Post a Comment