Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!
Semalam aku mengalami mimpi yang cukup menginsafkan bagi aku la...
Kononnya ada seorang wanita ni meminta pertolongan dari aku untuk 'menipu' suaminya tentang keberadaannya. Wanita ni tadi baru lepas bercerai dari suamninya tetapi semasa perceraian berlaku kedua-dua mereka x tau yang si isteri (wanita) itu tadi mengandung.
Setelah itu, apabila wanita itu sudah bersalin, dan si suami dapat tau, si suami ini tadi ingin mengambil anak tersebut daripada wanita itu. Kebetulan, semasa aku melintasi rumah wanita itu, dia memanggilku dan memohon pertolongan dari aku untuk menyamar sebagai penyewa baru di rumah wanita tersebut. Jadi, apabila si suami datang ke rumah wanita itu, aku yang tadinya telah berpakat dengan wanita itu berbohong mengatakan bahawa wanita itu sudah lama tidak tinggal di rumah itu dan akulah penyewa barunya.
Perkara ini dapat dihidu oleh orang setempat (penduduk yang tinggal berhampiran) kerana merasa hairan dengan kewujudanku di rumah itu. Orang ramai mulai bertanya mengenai hal itu dan aku tanpa sebarang masalah menceritakan dari A-Z mengenai peristiwa itu dan untuk menyedapkan cerita dalam mimpi, aku secara tidak sengaja 'termengumpat' wanita itu dan wanita itu mendengar setiap tutur patah perkataan yang aku ceritakan kepada orang ramai yang ketika itu berkerumun di dalam ruang tamu rumah wanita itu.
Setelah selesai bercerita, aku masuk ke dalam dan melintasi wanita itu yang sedang meng'iron' baju. Wanita itu terus berkata, "Lain kali jangan sibuk ceritakan hal orang. Ceritakan saja pasal kisah dirimu". Tenang dan mendatar saja nada suara wanita itu tapi terasa sentap di hati.
Bila aku bangun, aku berfikir dalam-dalam maksud mimpi tu. Mungkin selama ini aku asyik bercerita hal orang yang membawa kepada mengumpat ataupun mencela. Insaf aku.
Pssst : Jangan main-main dengan mimpi. Kadangkala ada maksud yang tersirat disebaliknya. Wallahualam.
2 comments:
Betul. Mungkin Allah hantar sesuatu melalui mimpi kita. ;)
Bagaimana pula tu klu kita mimpi slalu ada perempuan muncul & mau membunuh kita
Post a Comment