Wednesday, December 11, 2013

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni terpanggil untuk ikut segmen...so let's cekidaut!!!



Kelik Banner untuk join sekaki ya!!!

Pssst : Sori lama x update belog...belum ada idea la plak...soriii~~~

Thursday, November 21, 2013

Review Product : BB Doll Cream Foundation & Relian Mascara bought from Dolly Lens

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia!!!

Hari ni aku happy sebab barang yang aku order dari Dolly Lens sudah sampai!!! YAY!!!

Apa yang aku beli??? Ok jom terus tengok gambar laju-laju hewhew...

1. BB Doll Cream Foundation




Seller yang jual produk ni cakap BBDCF ni ringan pada kulit wajah dan dapat menutup cela seperti jeragat, jerawat dan segala jenis cela di wajah la senang cerita. Dan, aku telah mencubanya. Gambar testimoni ada dekat bawah. Nanti boleh la rujuk k.


2. Relian Mascara


Kalau aku x silap aku pernah juga buat review pasal Relian Mascara ni...Ok ada! Sila klik SINI untuk membaca entri pasal mascara ni ok...Kesan dia pada bulu mata ialah boleh melebatkan dan melentikkan bulu mata dan kelihatan seperti bulu mata natural, bukan bulu mata palsu. Dengan bantuan fiber tu, bulu mata akan kelihatan lebih anggun dan lentik. Waterproof semasa dipakai tetapi senang tanggal apabila dicuci. Tidak bersememeh di bawah mata seperti kebiasaan apabila mencuci bulu mata yang memakai mascara lain selain Relian Mascara. Ada sesetengah mascara tu akan kekal 2 or 3 hari sebab terlalu waterproof hehehe...


3. Free gift...


Ok, part ni aku paling suka. Part free gift ni. Hehehe...by the way, thanks to Puan Fifi Farini yang sudi memberikan daku free gift ini. Actually aku dan Puan Fifi ni bukan asing lagi. Kami pernah bekerja di bawah satu bumbung semasa di Sandakan dulu. Sebab itu aku percaya bila berurusniaga dengannya. Boleh add dia di FBnya Dolly Lens...Bukan baru pertama kali aku berurusniaga dengannya. Sebelum ini aku pernah beberapa kali membeli contact lens secara on9 dari beliau. So, aku memang rekemen 100% untuk berurusniaga dengan Puan Fifi. Banyak lagi produk yang dijual. Kebanyakkannya produk kecantikan dan kesihatan la. Pergi la terjah FB beliau. Beliau sangat peramah dan baik hati orangnya hehehe...


Test pakai BB Doll Cream Foundation


Cua kamurang tengok ni. Sebelah muka aku sapu dengan BBDCF tu, tapi bulu mata aku x letak Relian Mascara. Nampak kan perbezaannya??? Sebelah tu yang xda BBDCF tu nampak sangat jeragatku. Huhuhu T_T...Disebabkan aku sapu pakai jari saja dan bukan dengan span or brush, maka sapuan itu x rata. Sebab aku gelojoh sangat mau mencuba produk ni kan...time office hours lagi tu hahaha...

. FYI, kulit muka aku jenis kering dan berkupas. Aku sensitif dengan cuaca sejuk terutama dengan Aircond. Bila terlampau berAircond mulalah kulit muka aku menggelupas. Bukan itu saja, kulit di tangan pun jadi kering semacam. Bukan aku x rajin minum air. Boleh dikatakan rajin jugalah minum air tapi entahlah. Aku ni dehydration kali kan hahaha...

Then, the other side yang xda BBDCF tu aku pakai Relian Mascara dekat bulu mata aku. Nampak kan perbezaan antara bulu mata yang xda mascara dengan yang ada mascara. Itupun aku letak sukur-sukur saja tu...kalau aku letak tebal-tebal karang heran orang opis ni nanti hahaha...sudahlah sebelah muka ada foundation, sebelah plak xda. Pastu sebelah mata ada letak mascara, sebelah plak xda...pengsan nanti dorang hewhew...

Kenyataan yang agak pahit apabila aku sedar dari sejak azali lagi aku dilahirkan dengan bulu mata yang pendek. Kenyataan hokay!!! Tapi dengan Relian Mascara, ianya tiada masalah lagi. Ajaibnya kuasa mekap kan hahahaha...

Pssst : kamurang x terliur ka mau order? Pigi la terjah FB Puan Fifi sekarang untuk mengorder hewhew~~~

Tuesday, November 19, 2013

Untitled : Bab 3


Cepat sekali masa berlalu. Aku baru balik semalam setelah berkursus di Bintulu sejak hari Jumaat yang lalu. Hari ini pula hari Selasa. Aku masih dilanda kemalasan yang luarbiasa. Hari ini aku berselipar ke pejabat. Kasut wedges aku patah semasa berada di Bintulu. Itu mungkin menandakan bahawa aku harus menurunkan berat badan. Berat badan. Cerita berkaitan berat badan, aku sangat bangga dengan figure badanku sewaktu aku masih remaja. Yalah, bukanlah solid molid sangat tapi boleh dikatakan badan aku fit dulu.

Apa tidaknya, balik dari sekolah terus makan tengahari. Lepas makan tengahari, seawal jam 2 petang aku sudah berbasikal ke perpustakaan. Bukannya menelaah pelajaran pun. Hanya sekadar membaca novel ataupun membaca majalah kesukaanku iaitu Archipelago. Kalau belum sampai majalah terbaru Archipelago, aku akan membelek majalah Going Place keluaran MAS. Malaysia Airlines ya bukan MAS MONA hehe. Berbalik kepada topik tadi, ya aku sememangnya suka membaca. Paling wajib untuk aku baca ialah buku berkenaan Sabah Below The Wind. Buku tu sangat tebal dan banyak gambar. Sememangnya aku pada masa itu selalu terpegun dengan kecantikan gambar yang dimuatkan di dalam buku tersebut. Memandangkan aku lahir di daerah Kuala Penyu, Sabah maka aku sentiasa memuji akan keindahan negeri Sabah biarpun kini aku berhijrah ke negeri sebelah iaitu Sarawak.

Ok, semacam sudah menyimpang dari isu asal. Dulu aku sangat aktif bersukan. Badminton, bola tampar, aktiviti riadah luar bersama rakan-rakan dan macam-macam aktiviti aku buat. Di sekolah pun aku selalu menjadi wakil rumah sukan ataupun sekolah untuk acara-acara ini ditambah lagi dengan acara padang iaitu lompat tinggi, merejam lembing, melontar cakera dan acara balapan 200 meter dan 1500 meter. Tidak percaya? Terpulanglah. Biarpun susuk tubuh badanku kecil atau kemetot atau kalau dalam bahasa Sabah biasanya digunakan istilah pindik-pindik tegap (pendek-pendek tegap), tapi aku memang macam lipas kudung hahaha. Ya, itu dulu. Tahun 2001, apabila aku berpindah ke daerah Sandakan di situ aktiviti aku terhenti. Tiada lagi badminton, tiada lagi bola tampar. Daerah Sandakan itu sendiri asing bagi aku apatah lagi isi kandungan di dalamnya. Sebulan aku culture shock. Sebulan aku berendam airmata dan meronta-ronta mahu balik ke daerah Kuala Penyu. Ketika itu aku berusia 16 tahun dan dipindahkan ke Sandakan untuk bersekolah di Sandakan. Aneh bukan? Sebab ibu bapaku masih berada di Kuala Penyu waktu itu. Bapaku masih berkhidmat sebagai anggota polis. Ya, aku menumpang berteduh di rumah makcik sebelah mak aku. Paling tepat, adik ketiga mak aku memandangkan mak aku anak sulung.

Dan bila mengimbas kembali tentang bentuk badan aku, betapa aku ingin kembali solid. Tapi, adakah mungkin. Sekarang tahun 2013, aku sudahpun mempunyai 2 orang anak. Selepas melahirkan anak kedua, berat badan aku naik mendadak. Mungkin disebabkan oleh suntikan perancang keluarga yang aku ambil. Mungkin hormon di badan aku terganggu. Mungkinkah juga disebabkan oleh selera makanku yang semakin membuas sejak akhir-akhir ini? Segalanya mungkin.
Aku sebenarnya masih memikirkan apakah tajuk yang sesuai untuk aku letak pada bakal novel yang aku tulis separuh mati ini? Di dalam kepala otakku yang agak kurang bergeliga sekarang ini, aku ingin letak Blogku, Diariku. Atau Blogku, Hidupku?

Haih.